Harini team dari tv3 datang sini untuk shooting. Ingatkan nak shooting je,last minute depa minta sarapan sekali. Kami yang tengah sibuk lapah kibas untuk program bbq malam esok pun dengan lintang pukangnya masak nasi lemak ayam berempah. Fuhh..! Alhamdulillah sempat siap.
Ada 6orang wakil tv3 yang datang untuk shooting program apa aku tak pasti. Mungkin jejak rasul kot. Tayangan untuk ramadhan. Yang aku kenal ialah Ahmad Fitri Yahya pengacara MHI tu. Lepastu ada sorang ustaz dan juga krew yang lain.
Depa mai shooting tentang bagaimana pemerahan susu unta dibuat mengikut syariat. Nampaklah Fitri pun mencuba untuk perah susu unta walaupun dalam keadaan takut-takut. Yelah.. Mak unta memang garang. Lagi-lagi kalau dia tak biasa dengan orang.
Cuaca yang terik gila tak menghalang untuk kami turut menyibuk nak tengok proses penggambaran dilakukan. Setelah selesai shooting mereka masih mahu menumpang rehat di CNM dan minta untuk makan tengahari pula. Agaknya depa ni suka buat surprise kot. Nasib baik bahan memang sedang banyak. Sempatlah masak nasi ayam untuk lunch. Haritu team Erma Fatima tu pun macamtu. Sekali makan lepastu nak order lagi. Kami pun berbesar hati untuk menyambut dan melayani para tetamu yang singgah disini. Chalet tu pun dah macam rumah tamu. Bila-bila je datang bolehlah singgah untuk berehat.
Kami mohon maaf atas segala kekurangan yang berlaku disepanjang kunjungan anda kesini. Mudah-mudahan kami terus dapat membaiki khidmat kami demi memberikan kepuasan kepada anda insyAllah..
P/s: Korang janganlah boring dengan cerita CNM ni ye. Dah ini dunia aku sekarang. Memang cite ni jelah keluar. Kalau korang tak suka,boleh baca entry pasal lain ;-) Apapun terima kasih atas sokongan.

Comments
Kalau tengok gambar, ustaz tersebut ialah Ustaz Muhammad bin Abdullah ( saya panggil, Amin ) itu pun jika tak silap.... keluarganya yang jalankan perniagaan jenama Al Amin di Lembah Kelang... Pengamal AM dan Abuya pernah berjumpa dan menziarahi ayah beliau ( sekarang dah arwah) juga seorang khalifah AM di Batu Pahat sebelum berpindah ke KL.... Popular di TV9.... Rasanya Syeikh Salleh Saliyan kenal sangat begitu juga dengan Ibu Nora ....