Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Ramadhan bersama Pemimpin Hati

Salam Pejam celik pejam celik, Ramadhan dah kian menuju ke penghujungnya. Aku pernah dengar orang cakap, tanda-tanda akhir zaman tu ialah bilamana masa dirasakan cepat sangat berlalu. Sebab dulu waktu aku sekolah rendah, nak tunggu cuti hujung tahun tu lama sangat. Jenuh tunggu. Tapi sekarang ni sedar-sedar je dah 2017. Rasanya baru je haritu 2015. Bila cepat masa berlalu, cepatlah juga umur meningkat. Tiba-tiba je dah 31 tahun. Rasa macam semalam baru je 18 tahun! Hmm.. Baru terfikir, apa yang aku dah perbuat dengan umurku di sepanjang 20an nya itu ye? Oh Tuhan.. Aku selama ni sebenarnya tak pernah fikir pun, tak pernah rasa besar pun nikmat berpemimpin. Hanya setelah benar-benar difahamkan oleh para pemimpin, lebih-lebih lagi pemimpin hati yang tugasnya mendidik hati, nak betulkan segala perjalanan hati, barulah nak belajar betapa mahalnya mendapatkan pemimpin dan pimpinan dalam hidup. Nak cari pemimpin yang boleh memimpin itu tak mudah, apatah lagi pemimpin yang boleh pimp

Sayu.Pilu.Rindu Ramadhan

Salam 14 Ramadhan. Dah lama tak naik keretapi jalur Alor Setar - KL Sentral. Dan Allah rezekikan aku untuk menaikinya setelah kali terakhir berbuat demikian di saat harganya masih sekitar belasan ringgit dan kini harganya dah sama dengan tiket kapal terbang. Lamanya..  Merenung ke luar jendela, melihat pemandangan yang jarang dapat dinikmati. Pemandangan dari tingkap sebuah keretapi. Namun yang lebih besar dari itu, aku baru tersedar bahawa telah lebih 2 minggu Ramadhan berlalu meninggalkanku namun aku belum mengisinya dengan apa- apa. Hatiku masihlah seperti dulu. Ibadahku tanpa rasa. Puasaku biasa-biasa saja. Terawikh tidak pun menambah rasa hamba.  Oh Tuhan.. Di Ramadhan ini, oleh para pemimpin hati aku belajar lagi tentang keagungan bulanMu ini. Kau tawarkan pelbagai hadiah untuk si hamba dengan syarat mereka itu bertaqwa. Hadiah istimewa itu pula bukan calang-calang nilainya. Hadiah terbesar ialah mendapatkan keampunan Tuhan. Siapalah yang tidak mahu diampunkan? Dengan dosa