Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Main redah saja!

Didalam mengajak manusia,atau dalam bahasa yang biasa digunakan ialah berdakwah,perkara apakah yang paling penting untuk kita lakukan dahulu agar dakwah kita diterima? Kerana tugas mengajak manusia ini tidak mudah. Kalau silap caranya,kita akan dianggap hendak 'mengajar' atau dikatakan konon merasa diri alim. Sudahnya,benda yang baik tapi dikeranakan tidak disampaikan dengan baik,maka orang pun tidak melihat ianya sebagai baik. Tuhan jadikan setiap kita bersama latar belakang yang berbeza. Pengalaman hidup,pendidikan,kesusahan,kegembiraan yang dilalui setiap kita tidak sama. Maka pendekatan atau cara setiap orang juga pastilah berbeza juga. Untuk mendapatkan (perhatian) manusia,kita perlu mendapatkan hatinya terlebih dahulu. Untuk mendapat hati,kita perlulah menggunakan hati. Apakah fitrah hati? Mencintai Tuhan adalah satu fitrah. Ia wujud didalam hati setiap manusia,dan manusia sangat senang dengannya. Cuma cara melahirkan cinta kepada Tuhan itu yang berbeza. Mari kita lih

Hajat

Lepas subuh dalam keadaan mengantuk tapi cuba ditahan-tahan supaya tak tertidur,tiba-tiba Ummu panggil makan. Cepat-cepat lari ke dapur. Hah? Betul ke apa yang mata aku nampak ni. Gosok-gosok..takut mamai. Waahhh.. memang betullah.. Sate Tembusu yang tersenyum Awesome kan? Kat Mekah ni apa yang dihajat memang akan dapat ye? Baru je haritu mengidam cicir liur nak sate tembusu ni. Tiba-tiba muncul. Siap dengan pakej tambahan tongkeng ayam goreng lagi. Benar-benar menceriakan hidup anda.. Terima kasih Tuhan. Terima kasih Kak Norlia. Susah-susah je bawak. Durian pun adaa.. Gambar haruslah ditempek dua kali! Sebelum terlupa nak ucap jutaan billionan tenkiu kepada semua yang telah bersusah payah mengirimkan barang pada kami diperantauan ni. Ada yang dikenali pengirimnya,ada juga yang tidak mahu mendedahkan identitinya. Tup tup dapat tudung depan pintu bilik bertulis nama Khaulah. Telekung dapat sampai dua helai. Tuhan ganti telekung yang adik aku Fah gadai. Korangg syukran

Takkan pernah tahu

Apa sebenarnya yang ada dihatimu? Aku tidak pernah tahu Apa yang sedang difikiranmu? Aku takkan pernah tahu.. Kau memikul segunung beban dibahumu Seberat apakah itu? Siapa yang tahu.. Airmatamu yang mengalir manakan sama dengan seluruh airmata didunia Cinta dan kasihmu sukarnya diterjemah jika bukan dengan hati yang benar-benar mulia Mengasihi yang membenci Mendoakan yang memusuhi Aku bahkan tidak pernah mengerti Mustahil aku pernah memberi apa-apa Kepada Dia yang memberi semuanya Sekalipun terpaksa memerah keringat untuk selama-lamanya Saban hari doaku Andai bukan gembira yang ku cipta untukmu Tapi janganlah derita yang ku ukir dihatimu Andai saja aku punya kuasa Merubah segala dosa Memadam seluruh luka Sungguh mana pernah akan ku bisa Munajatku tolong dengari Pintaku tolong penuhi Agar beban itu segera kau cabut dari bahunya Bonda yang dicintai..

Rumah kelahiran Rasulullah

Dah berapa malam berturut-turut show teater umrah untuk para jemaah umrah di Chalet Nur Mohd. Dah rasa macam Celine Dion pulak show tiap malam kat Vegas. Kalau ikutkan memang penat. Bukanlah penat macam buat rumah. Tapi lebih kepada penat kerana beban untuk mempersembahkan teater umrah itu sendiri terasa berat. Bukan main-main,bukan seronok-seronok. Nak sampaikan perihal perjuangan Rasul dan kekasih Allah ditanah haram ini memang kena dari hati supaya ianya akan jatuh juga ke hati. Perlu memohon kepada roh yang suci agar merekalah yang mengubah setiap hati yang melihat dan mendengar. Sebab tu walaupun ada renyahnya,letihnya,penatnya,nak berulang setiap malam ke CNM,tapi bila fikir tanggungjawab tu,maka digagahi juga. Oh ya..lambat pula nak kongsikan satu berita ni. Pada malam penghujung Rabiul Awal yang lalu,penutup bulan yang mulia dimana Tuhan ciptakan seorang manusia luarbiasa bagi rahmat keseluruh alam. Kerana menumpang keagungan Nur Mohd itulah kami direzkikan dengan satu pengal

Sang Pencinta

Wahai Tuhan yang sentiasa ada disiang malamku Wahai Tuhan yang temaniku setiap waktu Kala naik dan turunku Tika ria dan sendu.. Adakah yang bisa lebih setia dariMu? Wujudkah yang cintai aku melebihi cintaMu? Aku ragu tentang itu.. Janjiku mungkiri,Dia tetap disisi Taubatku palsu,Dia masih disini Dengan apa harus ku balas semua? Bagaimana harus ku menadah muka? Bilakah cinta itu dapat sepenuhnya Ku serah pada Dia Sang Pencinta..?

Banyak lemak

Kencing manis ialah penyakit yang disebabkan oleh kuantiti gula melampau yang telah dikonsumsi oleh pengidapnya. Atau kadang-kadang berlaku juga kencing manis itu diwarisi dari turun temurun. Kalau sudah tiada harta maka penyakit juga ialah satu warisan untuk mengikat keturunan. Namun boleh saja kencing manis itu menimpa orang yang bahkan sangat menjaga kesihatannya. Kun fayakun.. Satu bukti bahawa Tuhanlah yang mentakdirkan semuanya. Ada yang didatangkan bersama sebab,dan banyak juga yang berlaku tanpa sebab musabab atau diluar logik akal. Maka percayalah wahai akal bahawa anda tidak selalunya benar. Tak cukup lagi bukti? Ok.. Korang cakap jangan makan makanan berlemakkan? Tak kiralah lemak ayam atau kambing atau susu penuh lemak sekalipun sebab katanya makanan berlemak ialah punca kegemukan. Maka aku pun percaya bulat-bulat sampai badan aku pun dah bulat. Tapi kenapa ha ada adik beradik aku yang sama naik je makan lemak malah terliur dan sanggup berebut bila nampak lemak kambing me

Bernafsu

Malam kian larut. Mataku masih terkebil-kebil. Arghh.. Sukarnya untuk lelap. Tiba-tiba.. Aduh.. Segera ku capai iphone 5 ditepi bantal. Tak mampu ditahan. Ku toleh kiri dan kanan. Aku layari laman web yang tak sepatutnya aku buka lebih-lebih lagi ditengah malam yang sepi ini. Ku tatap gambar-gambar didalamnya sepuasnya. Walau hanya gambar namun tetap mampu melepas rindu..sedikit.. Aku bahkan telah lupa bilakah kali terakhir aku menikmatinya. Ampunkan aku Tuhan. Aku gagal.. Aku tak mampu.. Lemah melawan nafsu.. Sate Tembusuuuuuuu.. Hanya melihat gambarmu cukup mengubat rindu.. Tidak adakah yang sudi mengirimkannya kesini untukku? Konon nak dietla kan?! Tengah malam ini kerja kau? Kejamnya kau oh perut yang berkeriuk kelaparan. Tidooo!!   Posted with Blogsy

Rahmat bertimpa

Walaupun boleh dikatakan dah beratus kali jugak buat show,tapi penyakit nervous yang berlebihan masih kekal dihidapi. Rasa perut memulas,nak muntah,nak buang air,menggigil,seram sejuk,peluh dingin tu semua pakej yang tak dapat tidak bila hampir saat nak naik pentas. Rasanya penyanyi professional pun sesekali datang juga penyakit nih. Apa lagilah aku yang tak professional ni kan? Tapi kenapa kalau karaoke tak nervous pulak ye? Heh! Jadi bila pagi semalam ada permintaan untuk kami siap-siap show teater umrah pada malamnya,perut terus bergelodak walaupun kepala angguk setuju. Sebenarnya sedang sibuk siapkan montaj untuk TVNM,tapi disebabkan ada tetamu istimewa maka ku gagahi jua. Siapa tetamu istimewa tu? Ha... Ini dia.. Ade ke sape tak kenal Dato' Dr Fadzilah Kamsah? Rasanya satu Malaysia pun kenal kan? Motivator sejak aku kenit-kenit lagi. Dah tua ni baru dapat bersua muka. Tapi Dato' tak tua pun. Awet muda je nampak. Dahlah dah lama tak show umrah ni,tup tup kena buat ba

Kiut miut

Musim sibuk sesibuk sibuknya telah kembali. Rumah bertambah sepi. Susah nak bertembung sesama penghuni. Cari disana cari disini. Rupanya tak balik dah beberapa hari. Kemana pergi? Oh..jaga hotel,tolong katering untuk jemaah umrah yang diberkati. Saja try test je ni.. :-) Kurang dari sebulan GISB akan melancarkan tv satelit pertamanya yang akan berpusat di Bangkok,Thailand. Dah susah sangat nak buat tv dekat negara sendiri,maka kita pun usahakanlah di negara orang. Alhamdulillah ianya hampir menjadi kenyataan. Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan. Kita nak buat islam ni,kalau memang betul niat dan caranya,pasti Tuhan akan lapangkan. Tapi kalau mula tersangkut-sangkut tu segeralah bermuhasabah. Moga setelah itu semuanya akan kembali lancar. Segala halangan bukan alasan. Yang penting hati mesti tersangat yakin bahawa Tuhan lah yang akan menjayakan. Janganlah selamanya akidah kita bersandar pada kelebihan diri yang bersifat sementara. Lebih-lebih lagi untuk membuat sesuatu atas nama Alla

Selalu Ada..

Sudah sering ku ulang pada diri Tuhan itu melihat hati Bukan pada zahirnya peribadi.. Sudah sering ku pujuk hati Andai dirimu tersakiti Ingatlah janji yang kau patri Bahwa hidup itu untuk mati.. Setiap duka Setiap airmata Tuhan sedang 'senyum disana' Melihat tingkahmu bagaimana.. Tak mungkin ku damba dunia yang sementara Inginku lepaskan semuanya demi syurga Aku tagih bahagia pasca derita Ku yakini Tuhan takkan mempersia.. Untuk kesekian kalinya Ku adukan pada yang SELALU ADA Tidak ku alirkan airmata Selain untuk Dia yang sentiasa bersama.. Kabulkanlah..