Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Janganlah berbuat kerana fadhilat

Seluruh penduduk kampung diundang untuk menghadiri majlis hari raya dirumah tok penghulu. Diwar-warkan setiap penduduk akan menerima habuan berupa duit raya dan juga hadiah-hadiah lainnya. Maka pada hari yang ditetapkan,berbondong-bondonglah orang kampung menerjah kerumah ketua kampung untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan. Ada yang datang membawa anak isteri,berjalan kaki,ada juga yang menaiki basikal,motor dan sebagainya. Masing-masing dengan gaya tersendiri. Berbaju baru kemas dan wangi,tak kurang juga yang hanya berpakaian lusuh dan berbau hapak. Dalam keriuhan dan kekecohan itu tiada siapa yang mempedulikan orang lain. Semuanya fokus kepada apa yang bakal diterima. Bila dah ramai macamtu biasalah..bilik air rumah tok penghulu yang cantik pun dah jadi hancing. Maklumlah..bukan semua pandai guna toilet moden-moden sangat ni. Ruang tamu pun jadi berselerak dengan makanan yang bertaburan. Dapur lebih lagi lintang pukang. Tapi keadaan tu tidak pun menjejaskan para penduduk yan

Ish..gagah!

Aku tak kategorikan diri aku ni seorang yang rajin. Tapi aku rasa aku ialah seorang yang gagah. Bukan gagah perkasa macam badang tu ye. Gagah yang dimaksudkan disini ialah..entahlah tak reti nak terangkan. Rajin selalu digunakan untuk anak dara yang ayu. Buat kerja sopan santun. Kalau basuh pinggan sambil sinsing lengan baju kurung kemas je. Rajin mengemas rumah. Rajin menyapu. Gagah pula ialah sejenis kerja yang bila dibuat orang akan kata,gagah! Mungkin kerja yang dibuat tu orang lain tak buat kot. Samada berfaedah atau tidak. Huhu.. Aku akan gagah bila masuk bab makan contohnya. Tengah makan,tak rasa pedas. Aku akan gagah korek peti ais cari cili api. Lepastu ternampak pulak tempoyak budu. Mulalah cari limau nipis untuk padankan dengan benda alah tu. Itu bukan rajin,tapi gagah. Atau,akan gagah drive dari rawang sampai ceruk-ceruk KL semata nak cari makanan yang diidamkan. Orang tak akan kata,eh rajinnya.. Tapi orang akan mendengus dan berkata,ish gagah! Itulah serba sedikit

Kelahiran Ramadhan

Bismillahi allahu akbar..allahu akbar..subhanallah fatabarakallah.. Alhamdulillah..terima kasih Tuhan.. 26/7/2012 bersamaan 6 Ramadhan,jam 2.50 petang waktu Mekah,adik ipar kami Liyana telah pun selamat melahirkan bayi perempuan yang telah diberi nama NurAjibah Mubarakah binti Mohd Humam. Kelahirannya dijangka pada 25 Ogos namun Tuhan lah yang telah mentakdirkannya untuk berlaku pada hari ini. Pengalaman yang tak terlupakan bila Liyana bersalin dirumah dibantu oleh bidan Kak Solehah Patani. Tak perlu gunting dan jahit pun. Aku dan Kak Azwa pun secara tak langsung telah menjadi assistant bidan. Subhanallah..ini kali kedua aku menyaksikan proses kelahiran. Sebelum ni tengok Zainab anak Kak Atiah lahir. Kalini anak Humam pula. Rasa semput,berdebar,sesak nafas seolah aku pun bersalin sekali. Lebih-lebih lagi tengok betapa peritnya Liyana meneran Yaallah... Hinggalah saat mula nampak kepala bayi keluar debaran kian memuncak. Kami bertakbir ketika akhirnya si kecil meluncur keluar dari

Puasa tradisi

Rindunya nak puasa di Malaysia. Bila kawan-kawan hantar gambar bazar Ramadhan yang panjang berderet,hati memang ditarik-tarik. Diorang pun satu,tak sensitif langsung! Kalau kat Malaysia tu sape yang tak ke bazar kiranya macam jakun sikitla. Bazar tu dah kira termasuk dalam syarat sah puasa rasanya. Aku antara pejuang yang sangat gagah dimedan selera bazar Ramadhan. Walaupun payah akan ku jalani. Hebat tak hebat? Namun dalam rasa rindu yang memuncak terhadap 'nuansa' kemeriahan bazar disana,ada terselit kelegaan pada hatiku disini..cheh ayat tak boleh sastera lagi ke? Maksud dari bait syair diatas ialah,aku memang rindu gile dengan suasana Ramadhan(bazar)di Malaysia. Tapi jauh disudut hati sebenarnya aku lega sangat. Kenapa lega? Sebab disini tiada bazar. Bila tiada bazar,fikiran pun tenteram. Tak perlu nak beria merancang jadual untuk membeli makanan,nak makan apa,nak lahap yang mana. Aku hanya teringatkan makanan betul-betul bila juadah dah terhidang diatas meja untuk berbu

MAHU atau PERLU

" Tuhan tidak berikan apa yang kamu mahu,tapi Dia memberikan apa yang kamu perlu " Ungkapan diatas memang mudah untuk dilafazkan. Namun realitinya bila kita dihadapkan dengan situasi sebenar,tidak sedikit orang yang melatah,melenting malah ada yang menyalahkan Tuhan. Aku sendiri secara ilmunya cukup faham dengan apa yang dikatakan bahwa Tuhan memberi apa yang kita perlu. Tapi secara praktiknya,selalu je berlaku bila aku akan rasa sedih ketika Tuhan tak bagi apa yang aku mahu. Malah waktu tu aku fikir hal tulah yang aku perlu. Lupa dah kata bahawa Tuhan lagi tau apa keperluan kita. Memanglah manusia selalu lupa. Bukan orang melayu je mudah lupa ye. Orang arab,cina,india,orang putih,orang hitam kalau dah namanya insan semuanya pelupa. Bercakap ilmu semuanya cerdik pandai. Namun mengamalkannya semua macam keldai (dungu). Hal-hal dunia sangatlah kuat diingatan tapi hal berkait dengan Tuhan semua terlupakan. Aku sedang memotivasi diri sendiri untuk bersangka baik dengan Tu

Bukan semua mampu berjuang

Bukan semua orang boleh memperjuangkan kebenaran Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa kecuali kesusahan dan penderitaan Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar Dan mempunyai ilmu yang memandu perjalanan hidup para pejuang Orang yang setia dan telah menjual dunianya untuk Tuhannya sahaja yang tahan Orang yang memandang Akhirat itu besar, dunia itu amat hina Yang mampu berjuang bukan macam berkelah dan piknik-piknik Berjuang adalah berkorban, berkorban, terkorban Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran, memerlukan kesabaran Berjuang adakalanya terbuang, tidak kurang juga ke penjara Kemuncaknya mati dibunuh orang Para pejuang bukan senang hendak setia dengan pemimpin Bukan mudah bersama pemimpin di waktu susah dan senang Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran lari be

Puasa penuh rindu

Pagi-pagi lagi dah riuh rendah satu rumah semua sibuk bersiap untuk sahur. Maklumlah adik beradik ramai. Ada yang susahnya nak buka mata. Ada yang bangun-bangun je terus nak makan terlupa gosok gigi. Dah bergaduh pulak sebab orang dok bising mulut busuk. Nanti petang balik sekolah mesti ada aduan siapa-siapa yang tak puasa. Ada orang nampak dia makan bekal dengan kawan india/cina tepi bangunan sekolah. Habislah Abuya denda duduk dalam bilik air 2jam. Ada juga yang kena denda berbuka dengan tamar dan susu je. Tapi nanti dapat juga berbuka best akhirnya. Kalau kecik-kecik dulu sesekali dipanggil berpuasa dengan Abuya di Thailand/Singapore laaaagilah indahnya. Setiap hari Abuya tanya nak buka puasa apa. Mesti semua cakap nak burung puyuh goreng kegemaran seisi keluarga. Dapat duduk hotel. Makan pun sedap. Alah budak-budak..itulah hiburannya pun. Satu hal yang dah jadi seperti tradisi yang tak terlupakan..setiap kali lepas subuh Abuya akan kumpulkan semua anak-anak dan kami semua aka

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...

Yaallah..dah Ramadhan dah? Tak sedar sekejap je masa berlalu. Rasanya baru tahun lepas berpuasa di bumi suci ini,dan kini kemeriahannya kembali terasa.. Dan sekali lagi Tuhan rezkikan untuk menyambutnya di bumi perkampungan Allah dan Rasul ini. "Ramadhan bagaikan tetamu istimewa(vvip) yang datang setahun hanya sekali. Kedatangannya membawa 1001 kebaikan dan keindahan. Bukankah kedatangan tetamu itu membawa rahmat dan perginya bersama dosa? Tuhan..setahun menunggu ketibaan Ramadhan dengan hati penuh tanda tanya,apakah direzkikan lagi untuk bertemu? Menunggunya dimuka pintu bagaikan menanti ketibaan orang yang dicintai. Mengapa belum juga kunjung tiba? Namun bila detik pertemuan semakin hampir,hati gelisah pula. Tidak senang duduk dibuatnya. Bukan bencikan tetamu yang dinanti,tetapi bencikan diri sendiri. Bimbangnya andai tetamu istimewa tidak dilayani sempurna. Takutnya jika melanggar adab yang tidak sesuai dengan kebesarannya. Jadilah hati penuh dukacita,tangisan hiba. Menye

Tv3@ Chalet Nur Mohd

Harini team dari tv3 datang sini untuk shooting. Ingatkan nak shooting je,last minute depa minta sarapan sekali. Kami yang tengah sibuk lapah kibas untuk program bbq malam esok pun dengan lintang pukangnya masak nasi lemak ayam berempah. Fuhh..! Alhamdulillah sempat siap. Ada 6orang wakil tv3 yang datang untuk shooting program apa aku tak pasti. Mungkin jejak rasul kot. Tayangan untuk ramadhan. Yang aku kenal ialah Ahmad Fitri Yahya pengacara MHI tu. Lepastu ada sorang ustaz dan juga krew yang lain. Depa mai shooting tentang bagaimana pemerahan susu unta dibuat mengikut syariat. Nampaklah Fitri pun mencuba untuk perah susu unta walaupun dalam keadaan takut-takut. Yelah.. Mak unta memang garang. Lagi-lagi kalau dia tak biasa dengan orang. Cuaca yang terik gila tak menghalang untuk kami turut menyibuk nak tengok proses penggambaran dilakukan. Setelah selesai shooting mereka masih mahu menumpang rehat di CNM dan minta untuk makan tengahari pula. Agaknya depa ni suka buat surprise ko

Mohon pengertian

Bila update guna ipad ni memang seronok. Sambil baring pun boleh menaip. Kadang tu dalam toilet pun bawak ipad. Shhh..jangan gtau orang! Cuma mazmumah malas aku ni teruji sikitla bila guna app blogger ni,gambar tu tak boleh nak susun elok-elok macam update guna laptop. Siap boleh letak caption kat setiap gambar. Kalau nak,kena edit satu-satu. Nak jelaskan pun tak reti. Tapi memang renyahlah kerjanya. Jadi nak mudah cerita tu yang gambar selalu berada dihujung lepastu berderet memanjang macam nak main teng-teng pun ada. Nak try pakai blogsy. Orang kata best. Boleh adjust sesuka hati. Tapi tulah..yang ada semuanya berbayar. Yang free pulak tak boleh nak bukak. Dia tulis laman tu diblock dinegara ni. Memang kat sini agak terhad. Tak semua laman dibuka. Kalau ada yang tak elok sikit dia block. Macam soleh je kan? Aku tau ni bukanla pasal aku suka tegok mende tak elok. Laju je korang nak tuduh. Kadang tu nak download application,contoh macam blogsy tu la. Tapi tak boleh. Entah apelah ya

Mana boleh melenting!

Setiap kejayaan yang Tuhan hadiahkan biasanya akan diiringi dengan ujian dan kesusahan. Itulah cara Tuhan untuk kita sentiasa ingat padanya. Sepertimana kita bergembira menerima nikmatNya,maka setujulah atas setiap ujian yang menimpa. Itulah yang Abuya ajarkan pada kami sepanjang hayatnya. Kita akan lebih selamat jika mampu untuk hidup diatas pergiliran nikmat dan ujian yang akan terus berlaku hinggalah penamat kita tiba. Melihat perjalanan jemaah/syarikat GISB yang sudah sampai ke tahap ini,laluannya tidak semudah yang disangka. Hakikatnya apa yang berlaku ialah kita jarang diberi sebarang penghargaan terhadap setiap usaha baik yang dilakukan. Walaupun usaha-usaha itu jelas sangat memberi manfaat kepada negara dan masyarakat. Tapi jika ada hal yang dilihat tidak sesuai dengan kefahaman orang ramai,teruslah dihukum tanpa sebarang budi bicara. Terbentuklah keadaan dimana segala apa yang kita lakukan sekalipun positif tetap akan dilihat negatif. Namun kerana kita yakin Tuhanlah yang

Ladang kurma: Empayar melayu

Rasa macam dah terlambat je nak cerita hal ni. Tapi disebabkan ianya masih dan akan sentiasa relevan,evergreen,maka taklah segan sangat bila baru terhegeh nak cerita pasal ladang kurma GISB di Madinah. Ala..walaupun dah tau,dah tgk gambar..rai jelah tau! Awal-awal nak ambil alih ladang kurma kat Madinah tu aku memang ada terfikir,apa istimewanya? Mampu ke kita? Mungkin sebab waktu tu aku tak berapa suka makan kurma lagi. Dan..memang akal aku ni selalu mengandalkan logik. Bab rasa hati,perasaan ni kemudian sikit baru datang. Sedangkan nanti akal akhirnya akan mengalah pada kekuatan hati. Sekarang akal aku surrender habislah bila tengok perkembangan dan tarikan yang ada pada ladang kurma ni. Biasanya orang balik umrah ni ole-ole utama dia memang kurma. Lagilah nak dekat Ramadhan ni. Padahal bukan takde kurma kat Malaysia tu. Tapi itulah salah satu bukti bahawa pasaran kurma ni memang mantop. Hanya akulah yang ketinggalan zaman. Tapi sekarang aku dah semakin moden bila kurma itu aku u

Apa ada pada nama?

Aku pernah rasa dalam ramai-ramai adik beradik aku yang 39 ni,macam aku sorang je yang tak berguna. Mungkin Abuya dan Ummu pun tak harap apa-apa dari aku. Dengan nakalnya,degil,keras kepala,suka buat masalah... Satu hari Abuya panggil aku masuk bilik. Waku tu Abuya sedang baca paper. Abuya tunjuk kat aku satu artikel tentang sejarah Khaulah Al Azwar. Abuya suruh aku gunting artikel tu dan tampal dalam bilik. "Abuya nak kamu jadi macamni,"kata Abuya. Aku tersentak. Selama ni aku sangka buruk pada mak dan ayah. Orangtua mana yang lahirkan anak tanpa mempunyai harapan apa-apa. Lagi-lagilah Abuya sendiri memang bercita-cita untuk jadikan keluarganya sebagai tapak kepada perjuangan. Dah tentulah setiap anak yang dilahirkan bersama harapan dan doa setingginya moga Tuhan tunaikan impiannya itu. Memang pun setiap nama anak yang Abuya beri itu ibarat doa agar si anak kelak membesar seperti namanya itu. Dan terbukti bila kebanyakan watak kami macam 'kena' dengan nama yang d

Bangunlah wahai hati

Wahai hati... Bangunlah.. Lihatlah apa yang berlaku.. Betapa nafsu telah mengambil alih kuasamu.. Dengan kejamnya dia mengguling takhta.. Masihkah engkau lena? Wahai raja diri.. Bukalah matamu Besar-besar dan lebar-lebar.. Akal dan fizikal sedang ditawan oleh si jahat nafsu.. Bangkitlah.. Kasihanilah rakyat jelata yang sedang ditindas.. Engkau.. Tidak takutkah kelak ditanya Tuhan? Mengapa engkau tidak berperanan? Kenapa kau pejamkan mata,pekakkan telinga,diam tanpa bicara.. Walhal nafsu sedang bermaharajalela.. Ketahuilah.. Nafsu sedaya upaya mencuba membawamu ke neraka.. Menjerumuskan semuanya ke lembah durjana.. Jangan pernah bersangka baik dengan tipu helahnya.. Segeralah bertindak,sebelum binasa dihujungnya.. Hai nafsu,dengar sini! Tak selamanya kau ku biar disitu.. Aku sedang berusaha sekerasnya Untuk pastikan kau tewas akhirnya.. Janganlah terlalu angkuh dengan kemenangan palsu yang kau cipta Aku memohon pada Tuhan dan orang-orangnya Agar aku

Penangan artis

Dahsyat betul penangan artis ye. Bila tulis je enty pasal artis,bommm! Naik mendadak terus rating. Bukan main lagi korang. Tulis pasal Tuhan tak beria pun nak baca. Bila cakap pasal artis pujaan korang yang lawa dan hensem,dan-dan la semua pakat share link blog ni ke group bb tu. Hehe... Sebenarnya samalah kita pun. Dengan artis tu teruja lebih. Lagi-lagi tengok artis mai rumah,makan semeja,bergambar sekali,memanglah mata tak berkelip mulut ternganga. Itu fenomena biasa bila berdepan dengan artis kegemaran yang selama ni tengok kat tv dan paper je. Sekarang menjelma depan mata. Artis ni memang antara golongan yang memiliki pengaruh terbesar didalam masyarakat selain dari ahli politik. Apa artis pakai,artis buat,artis makan semua nak tiru. Padahal kenal artis tu di tv je. Tapi boleh sayang,cinta,taksub,fanatik gila-gila. Poster gambar artis penuh kat bilik,wallpaper hp semua boh gambar artis. Yang lagi teruk kalau sampai jadi kaki skodeng ngekor je artis pergi kemana. Untuk orang b

Artis datang rumah lagi!

Alhamdulillah...malam tadi seramai 15 orang team produksi drama Kau yang terindah termasuk pengarahnya Erma Fatima,pelakon Aqasha,Neelofa,Johan Asaari,Nazim Othman dan Hafil(pelakon Indonesia) telah datang bertandang untuk makan malam di Wisma GISB Mekah. Depa datang ni untuk shooting,sekaligus mengerjakan umrah. Pertemuan malam tadi tu boleh disebut sebagai jejak kasih jugakla diantara Erma Fatima dan Ummu setelah berapa tahun terpisah. Erma ni dulu pernah datang jumpa Abuya dan dah pun jadi anak angkat Abuya. Tak sangka sampai sekarang dia masih ingat dengan kami sekeluarga. Cerita nak terjumpa tu ialah bila ketua rombongan umrah iaitu Datuk Lajim Ukin (Timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan) bersama keluarga telah datang ke Chalet Nur Mohd untuk lawatan dan sarapan. Beliau berpuas hati dengan layanan dan persembahan yang diberikan. Datuk Lajim sampaikan untuk membawa semua rombongannya ke chalet termasuk para artis dan team produksi. Menurut Erma Fatima,mula-mula sam

Bila sakit..

Ada macam-macam cara setan buat untuk pastikan kita jauh dari Tuhan. Dengan meniti diatas kejahatan nafsu didalam diri manusia yang sedia ada,disitu mereka bermaharajalela. Nafsu dan setan yang tak pernah rehat ni membuatkan kita bila-bila masa saja berpindah diantara dua jalan. Sekejap baik sekejap jahat. Dibuatkan lintasan hati yang tak menentu. Kalau tak kuat mujahadah,memang dapat kat nafsu setanlah. Susahnya untuk pastikan hati dan malaikat itu sentiasa menang.. Contoh yang paling dekat bila kita ditimpa ujian. Katalah sakit.. Bila sakit,fizikal lemah. Kalau jiwa pun turut lemah,sakit yang sikit akan rasa macam tenat. Diwaktu itulah keluarnya segala keluhan,rungutan. Kalau tak sabar,mudah je nak marah-marah. Tak mudah untuk tenang didalam kesakitan. Bila tak dilayan,jauh hati. Tapi kalau dilayan,mengada-ada pulak. Arwah datuk pesan,sakit itu dari setan. Nak kena lawan. Abuya diwaktu sakitnya,dikeranakan jiwanya yang besar,masih boleh berjalan keseluruh projek dan premis didala

Orang bukit

Sedang kami sibuk melayan tetamu yang datang ke Chalet Nur Mohd pagi kemarin,tiba-tiba kecoh kata Liyana turun darah. Padahal due bersalin tu rasanya bulan depan. Teruslah bawa ke klinik. Hari jumaat semua klinik tutuplah pulak. Nak buat macamana ni? Mujur Abil teringatkan sorang bidan Patani yang tinggal nun diatas bukit. Padanla panggil orang bukit. Bila call mak bidan iaitu Kak Solehah,dia minta kami tunggu dia turun ke bawah. Lepastu kita pun bawa dia kerumah. Hasil pemeriksaan,didapati semuanya ok. Mungkin sebab Liyana lasak sikit,jadi ada urat yang tersepit ke apelah. Tapi alhamdulillah keadaan baik-baik je. InsyAllah bulan depan bersalin. Rupanya Kak Solehah ni dah 15tahun tinggal di Mekah. Datang ke Mekah sebaik saja berumahtangga,dan 2orang anaknya dilahirkan disini. Dia dan keluarganya tinggal tanpa sebarang dokumen dinegara ini dan penempatannya diatas bukit disekitar Masjidil Haram itu bersama ramai lagi warga asing yang sama status dengannya. Kak Solehah menyara kelua

Shooting

Bila kononnya sibuk,hanya mampu berkongsi gambar. Sekarang sedang pulun show sambil shooting untuk teater muzikal seterusnya. Waktu pula terhad hanya waktu malam je. Jadi habis shooting dekat nak subuh tu mestilah kena redha..