Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Sembahyangkah aku?

Apa agaknya yang berlaku pada hati para sahabat ketika sembahyang ye? Sampai bau hangit. Terbakar kerana takutkan Allah. Ada yang sejak dari ambil wudhu' lagi dah menggigil bahkan ada yang pengsan. Semua itu kerana didorong oleh perasaan takut yang teramat sangat kepada Tuhan. Apa pula yang berlaku pada hati aku waktu sembahyang? Bezanya perasaan yang dirasakan. Pening kepala,lebam mata menangisi diri yang belum mendapatkan rasa yang sepatutnya didapatkan oleh seorang hamba ketika bertemu Tuhan maha segalanya.  Aku tak bangga pun dengan sembahyang aku. Terlalu banyak pengkhianatan yang berlaku. Dalam sembahyang fikiran haru biru. Perasaan tak menentu. Bukan kerana Tuhan.. Tapi kerana berjayanya syaitan dan nafsu. Tuhan.. Aku pun nak juga rasa-rasa tu. Kalau mati sebelum dapatkan sembahyang yang agung,malangnya.. Neraka.. Nauzubillah Rezekikanlah aku juga.. Kadang aku bertanya,aku sembahyang,jumpa Tuhan yang sama,tapi kenapa rasa jadi berbeza? Yang sebenarnya,be