Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

" Manalah aku tahu.. "

( Untuk adik-adik GH yang sedang berjuang menjayakan pendidikan di Puchong. Buat muraqib Puchong yang sedang didoakan agar bertambah cinta kepada islam. Kepada banat yang sedang sibuk dengan katering ) Mungkin berlaku pada kita. Atau sesiapa. Atau pada aku saja. Ada rangkap lagu yang akan terngiang dikepala sepanjang hari dan akan merubah keseluruhan mood kita pada hari itu. " Lahirnya ku telah mengisi Ramadhan tapi batinnya manalah ku tahu " Lirik lagu Ramadhan berlalu yang bakal dimuatkan dalam album Ramadhan Syawal oleh generasi harapan. Dengan alunan suara Fatim dan Mat walaupun sekadar demo ditambah garapan muzik oleh En Zai cukup membuat aku terbuai Aku betul-betul diganggu dengan satu kenyataan yang sederhana namun punyai sejuta makna.  Tiap hari manusia islam sedunia menunaikan ibadah kepada Tuhan. Secara lahirnya. Dan batinnya siapa yang tahu? Siapa yang ambil tahu?  Rasulullah beribadah bersama rasa tidak tahu itulah yang menyebabkan Baginda sanggup sembahyang hingg

Halus

Dalam proses kematangan yang aku lalui dalam hidup ni,satu hal yang aku belajar ialah perihal berhalus. Walaupun fizikal kini tidak lagi halus,tapi hati dan sikap perlulah berhalus. Berhalus boleh diertikan dengan dua makna : positif dan negatif. Dalam kata-kata misalnya,berhalus boleh dibentuk menjadi sindiran! Berhalus juga boleh dibentuk menjadi lapikan atau berlapik/berkias dalam berkata-kata. Nampak macam sama,tapi tak serupa! Ingat tu adik-adik,tak serupa! Disaat umur aku menginjak 18 tahun,semangat waja perjuangan memenuhi dada. Kononnya! Bila aku dan kawan-kawan dihantar ke Eropah,aku lah yang berlagak bagai ketua. Padahal ramai je yang lebih tua. Berhadapan dengan orang arab dan eropah yang berserabut dalam berurusan,darah panas pun membara sampai kepala. Pantang silap,mulalah aku bersilat. Tak cukup bahasa pun aku bantai bahasa isyarat. Semangat punya pasal. Waktu tu rasa akulah yang paling laju,paling betul! Yang paling aku tak boleh lupa ialah macamana sakannya aku bermujad

Musim kembara

Musim musafir bermula bagi mereka. Adib dan Iyah ke Perth angkut Musab dan Bar. Yang diangkut tu sebab nak hargailah peningkatan prestasi yang dilakukan. Moga bertambah matang rohnya. Kakak dan team sedang bersiap-siap nak ke Makassar dengarnya. Kakak nak angkut Jannah. Baguslah.. Harini depa masuk Thailand untuk shoot video klip Al Ikhlas. Moga dibantu. Humam pulak sedang mohon tenaga dari Malaysia untuk bantu show di Batam bulan Jun nanti. Buka main sibuk lagi Mam dengan team Sumatera. Cadang nak hantar Barak. Biar dia ambil pengalaman. Tenaga dari sini sebagai pembantu je. Sebab aku harap team disana yang menjadi tunggak utama.  Terasa besar rahmatnya sekarang bila dari dulu Ummu menyeru tentang pentingnya melahirkan pelapis. Jangan buat kerja sorang. Wujudkan team! Bila peluang dikongsi bersama,maka cepatlah kebolehan tercipta. Bila tengok Yassin yang dulunya budak pendiam,hobi jaga adik,tapi sekarang dah boleh shooting editing bahkan streaming,terharu.. Moga kebolehan lahiriah sei

Pasca Kursus

Setelah 2 minggu bergelut dengan ilmu dan pengalaman,maka kehidupan biasa bermula semula. Perkataan bergelut dipilih sebagai lambang kesibukan yang tidak bertepi. Tapi sekarang kiranya dah bertepilah. Begitulah kegawatan yang boleh dirasakan hasil kursus pemantapan akidah yang telah diikuti. Kenapa gawat? Kerana ianya sarat! Kenapa sarat? Sarat dengan ilmu,panduan,kenangan,kesedaran,keinsafan dan kebahagiaan bila mendapat ramainya kawan baru yang sama-sama cintakan islam.  Pulang dari kursus,pembuktian haruslah dilakukan bagi memastikan kursus itu tidak berlalu sia-sia. Doa dipanjatkan semoga Tuhan yang menjadi saksi kepada semua ini akan membantu untuk terus memandu kami semua agar tidak lagi tersasar dari landasan sebenar. Juga diharapkan salam pengharapan yang dihulurkan oleh semua agensi yang terlibat tidak akan kami sia-siakan. Terasa macam masuk sekolah semula dan sedang berdebar menghadapi ujian penilaian. Yang paling cemas sudah tentulah apabila sedang dinilai hati kita oleh Tu