Skip to main content

Pasca Kursus

Setelah 2 minggu bergelut dengan ilmu dan pengalaman,maka kehidupan biasa bermula semula. Perkataan bergelut dipilih sebagai lambang kesibukan yang tidak bertepi. Tapi sekarang kiranya dah bertepilah. Begitulah kegawatan yang boleh dirasakan hasil kursus pemantapan akidah yang telah diikuti. Kenapa gawat? Kerana ianya sarat! Kenapa sarat? Sarat dengan ilmu,panduan,kenangan,kesedaran,keinsafan dan kebahagiaan bila mendapat ramainya kawan baru yang sama-sama cintakan islam. 




Pulang dari kursus,pembuktian haruslah dilakukan bagi memastikan kursus itu tidak berlalu sia-sia. Doa dipanjatkan semoga Tuhan yang menjadi saksi kepada semua ini akan membantu untuk terus memandu kami semua agar tidak lagi tersasar dari landasan sebenar. Juga diharapkan salam pengharapan yang dihulurkan oleh semua agensi yang terlibat tidak akan kami sia-siakan. Terasa macam masuk sekolah semula dan sedang berdebar menghadapi ujian penilaian. Yang paling cemas sudah tentulah apabila sedang dinilai hati kita oleh Tuhan.




Mengimbau sedikit kebelakang ketika melewati hari-hari terakhir di Jelebu. Pelbagai peristiwa yang berlaku dan salah satu yang paling sukar dilupakan ialah bila terkena birthday surprise yang dibuat oleh fasilitator untuk mereka yang lahir dibulan April. Sebelum ni aku je sibuk surprisekan orang. Bila sendiri terkena rupanya memang geram! Gila pucat muka,menggigil lutut,sejuk satu badan. Mana taknya.. Cara gimik tu memang menyakitkan jantung! Ada ke boleh depa kata nak isytiharkan nama-nama yang dikatakan gagal dalam kursus ini kerana telah melakukan hal-hal yang terlarang. Pulak tu nama aku first sekali kena sebut. Berderau! Tapi bila diteliti nama-nama sesudah itu,sempat aku bertanya,eh depa ni reti buat perangai jugak ke? Kalau aku memanglah dicop sebagai peserta yang paling selalu protes. Adui.. Tapi berbaloi baloi jugak bila akhirnya 3 biji kek secret recipe muncul dari pintu dewan. Fuhh.. Nasib baik kek sedap gile! Ok surprise tu memang sampai!





Hasil kursus ini yang sebelumnya kita hanya melihat ianya disudut negatif pasal ingatkan bakal di tocer habis-habisan ternyata membuahkan natijah yang sangat indah. Bergabungnya dua badan yang sebelumnya tidak pernah mahu bertemu,tetapi bila Tuhan mentakdirkan maka ia pun berlaku. Ajaran islam mengajar untuk mengalah sekalipun tidak bersalah. Lebih-lebih lagilah perlu mengalah bila kita memang bersalah. Allah Rasul lah sebagai saksi kepada setiap hati yang mengharapkan Malaysia akan bertambah kuat atas nama islam. Betapalah kami mengharap diterima kembali ditengah masyarakat arus perdana dan diatas semua itu terus memohon agar Tuhan sudi menerima kita sebagai hamba. Resolusi yang dibuat sedang giat dilancarkan. Dikemaskini kembali mana-mana yang terabai. Semua itu tepat dengan kehendak syariat islam yang sangat cantik sistemnya. Mengharapkan doa dan kerjasama dari semua untuk terus membimbing dalam menuju kearah hidup yang lebih baik dunia dan akhirat.






Kerja-kerja ofis yang dah lama ditinggalkan kian lama kini menanti. Berderet to do list aku! Finalkan video klip,projek album ramadhan syawal,pengeluaran bahan-bahan tv.. Tolonglah Yaallah berikan aku keistiqamahan untuk mendapatkan mardhatillah! Ayat akhir ni aku tujukan khusus untuk ibu-ibu seangkatan yang dirindui khususnya Cik Dila skirting! ;-)





Comments

Anonymous said…
Alhamdulillah....setelah berkursus apakah rancangan puan...

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...