Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Surat dari Sofwah

Assalamualaikum  Kak Atiyyah yang sangat-sangat pernah berjasa pada kami adik-adik khususnya. Hanya Allah mampu membalasnya dengan menyelamatkan Kak Atiyyah dan kita semua di dunia dan di akhirat atas keberkatan para kekasihNya. Namun, atas nama kebenaran. Inilah yang kita kena sama-sama lalui. Moga kita di ampunkan. Atas keberkatan para kekasih Tuhan . 1- Memang  tak dinafikan Kak Atiyyah sangatlah seorang kakak yang prihatin. Sangat memastikan kebajikan kami bahkan orang lain. Makan minum pakaian. Tapi Kak Atiyyah tertipu, kerana Kak Atiyyah hanya pentingkan kebajikan lahir. Malah sanggup mencuri untuk keperluan lahir. Sedangkan  roh, sangat-sangat Kak Atiyyah tak ambil berat bahkan tak nak ambil berat!  2- Ummu ada beberapa kali ceritakan, yang mana dari dulu lagi Ummu tahan hati dengan  Kak Atiyyah. Sampaikan Ummu tanya pada Abuya. Kenapa Abuya tunaikan je kehendak Atiyyah. Atiyah minta duit, Abuya tak pernah tak bagi. Lepas itu Abuya jawab, "Tak apa, satu hari n

Surat dari Humam

Assalamualaikum. 1. Kak Atiyah kakak ku yang disayangi. Pertama dan utamanya Mam sebagai adik Kak Tiyah dan juga anak lelaki sulung Ummu nak mengajak diri Mam dan Kak Atiyah untuk kita teruslah tingkatkan rasa syukur kita pada Allah kerana Allah masih memberi peluang untuk kita terus hidup di muka bumi Allah ini. Dan kita juga kena tahu kehidupan kita ini bukan saja hanya di dunia. Tapi kita juga akan menempuh kehidupan di Akhirat. Itu lah takdir yang telah Allah tentukan, dan ini yang kita kena yakin dan akur. 2. Sedikit perkongsian untuk Kak Tiyah dan khasnya untuk Mam juga. Teringat kata-kata Tuan Nasir baru-baru  ini, Sebenarnya untuk rasa syukur itu rupa-rupanya mestilah kena sampai ke dalam hati. Istilah Tuan Nasir itu ialah syukur tu sebenarnya kena sampai hati tu meraung kerana terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada kita yang kita tak mampu nak hitung. Ya Allah sampai begitu Tuan Nasir pandu hati kita. Yang sebenarnya kita pun masih tak tahu nak nilai hati kita

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a

Surat dari Yah

Bismillahirrahmanirrahim... Kepada Kak Atiyah yang diingati, Mudah-mudahan apa yang Yah tulis ni untuk Yah sendiri terus mengambil pengajaran dari apa yang dah berlaku. Sebab Iman itu bukan boleh diwarisi walaupun atas nama darah daging sendiri.  1. Yah masih ingat macam mana pernah Yah sendiri tengok dari dulu lagi K.Atiyah kalau ditegur oleh Abuya (kadang-kadang ditegur tu hanya gurauan sahaja) tapi K.Atiyah akan merajuk dan tarik muka pada Abuya. Maksud Yah kongsikan ini, Sebab memang dari dulu lagi K.Atiyah ni sikap tu macam ni, macam yang dah diceritakan oleh K.Khaulah sendiri yang lebih kenal K.Tiyah.  2. Bahkan pernah sahaja K.Atiyah (ketika tu masih ada Ummu lagi) punyalah K.Atiyah geram dengan Zainab sebab adalah Zainab ni buat perangai (perangai sebagai budak kecillah, bukan Zainab tu dah dewasa) Sampai K.Atiyah punyalah tak sabar, ambil cawan baling hampir nak kena pada Umu waktu itu. Tapi Umu tenang sahaja sebab Umu kenal sikap K.Atiyah tu.  3. Ampun maaf

Surat dari Adib

‎ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، ‎ بسم الله الرحمن الرحيم .       Buat kak Atiyyah yang dikasihi.. Ini sedikit Luahan hati Adib untuk Kak Atiyyah, salah seorang dari 2 orang Adik lelaki kandung kak Atiyyah yang sangat  sangat mengharap Kak Atiyyah semakin nampak betapa hebatnya Allah membolak balikkan hati-hati setiap kita. Maha besar Tuhan dari menzalimi hamba hambanya, melainkan hamba itu sendiri menzalimi akan diri mereka.    Kak Atiyyah ingat tak Abuya Umu? Ayah dan Ibu Kandung Kak Atiyyah!!! dan yang paling besar Ayah ibu kepada hati hati kita yang ajar didik kita agar Takut Allah  Rindukan Nabi. membesarkan dan mentaati Pemimpin. Kak Atiyyah ingat tak? waktu Umu ada..sebelum Umu pergi tinggalkan kita. Umu selalu cakap dan ingat ingatkan pada kita. "dalam Al Qur'an yang kita baca, Allah ceritakan Aku siapkan Syurga Neraka untuk hamba hambaku tapi Allah ingatkan pada hamba hambanya..Akan Nikmat Syurganya dan azab api nerakaNya. Allah ju