Assalamualaikum.
1. Kak Atiyah kakak ku yang disayangi. Pertama dan utamanya Mam sebagai adik Kak Tiyah dan juga anak lelaki sulung Ummu nak mengajak diri Mam dan Kak Atiyah untuk kita teruslah tingkatkan rasa syukur kita pada Allah kerana Allah masih memberi peluang untuk kita terus hidup di muka bumi Allah ini. Dan kita juga kena tahu kehidupan kita ini bukan saja hanya di dunia. Tapi kita juga akan menempuh kehidupan di Akhirat. Itu lah takdir yang telah Allah tentukan, dan ini yang kita kena yakin dan akur.
2. Sedikit perkongsian untuk Kak Tiyah dan khasnya untuk Mam juga. Teringat kata-kata Tuan Nasir baru-baru ini, Sebenarnya untuk rasa syukur itu rupa-rupanya mestilah kena sampai ke dalam hati. Istilah Tuan Nasir itu ialah syukur tu sebenarnya kena sampai hati tu meraung kerana terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada kita yang kita tak mampu nak hitung. Ya Allah sampai begitu Tuan Nasir pandu hati kita. Yang sebenarnya kita pun masih tak tahu nak nilai hati kita ni. Itulah kata-kata yang selalu Tuan Nasir ulang-ulangkan.
3. Tuan Nasir selalu juga ingatkan pada Mam dan adik beradik lain. Nanti kalau kita dah mati peluang untuk taubat dah tak ada. Waktu tu jangan terkejut sebab waktu tu dah tidak ada siapa nak bela kita kecuali amalan-amalan yang kita bawa.
4. Kak Tiyah tahu kan kita akan mati? Mam akan mati Kak Tiyah pun akan mati. Semua makhluk akan mati. Itu juga ketentuan dari Allah. Jadi Mam menulis ni sebenarnya nak ingatkan pada diri Mam khususnya dan nak ajak Kak Tiyah untuk sama-sama kita terus muhasabah diri kita sebelum kita mati. Sebab kita ni tak pernah buat apa-apa perjanjian dengan Allah yang kita akan hidup sampai bila dan Allah pun tidak ada buat perjanjian dengan kita bila akan Allah ambil nyawa kita
5. Kak Tiyah yang sentiasa didoakan. Mam sangat tahu tulisan ini juga nanti Allah akan tanya di Akhirat nanti. Mudah-mudahan semua kata-kata yang ditulis memberi manfaat pada diri Mam, Kak Tiyah dan semua adik beradik.
6. 1 perkara lagi untuk pengetahuan Kak Tiyah, Tuan Nasir selalu ajak untuk kita khususnya anak-anak Abuya untuk takut dengan Allah. Sebab Allah boleh buat apa saja pada kita. Maaf Kak Tiyah kalau sekadar ilmu kita mungkin tahu, tapi untuk merasakan? apakah kita dah rasa? lagi-lagi apakah kita dah mengamalkan cara hidup yg Allah, Rasul dan pemimpin kehendaki?
7. Kalau untuk bercakap mungkin Kak Tiyah lagi pakar untuk bercakap. Sebab tu sekarang semua orang boleh terpengaruh dengan kata-kata Kak Tiyah sehinggakan berlaku tohmahan dan hinaan yg sangat-sangat dahsyat hasil dari mulut Kak Tiyah memburuk-burukkan orang.
8. Maaf Kak Tiyah sebenarnya kalau kita suluh hati kita sebenarnya dah sangat-sangat jauh hati kita ni dengan Tuhan. Kak Tiyah tahukan Abuya Ummu selalu ingatkan pada kita yang kita perlukan pimpinan. Sebab lagi-lagilah kita ni anak-anak Abuya yang sebenarnya sangat-sangat mudah nak sombong dan rasa diri berbuat. Sebab kita rasa kita anak Abuya. Lagi-lagilah Kak Tiyah seorang perempuan lebih-lebih lagi nak kena dipimpin. Sebab nak menundukkan 9 nafsu wanitu itu bukanlah 1 perkara yang mudah. Dan tidak boleh dibuat dengan sambil lewa. Mesti dengan satu panduan dari pemimpin yang takut Allah dan Rindu Nabi. Tapi kita ni masih susah sebab kita rasa kita anak Abuya. Boleh buat sesuka hati kita. Boleh cakap sesuka hati kita.
9. Pelik ye, satu dunia semua tahu akhlak Abuya yang sangat-sangatlah merendah diri dan sentiasa menghina diri. Abuya sangat-sangat menjadi model kepada masyarakat. Tapi kenapa kita anak-anak begitu sombong? tak boleh nak ditegur? tak sanggup nak hina diri? sebenarnya sebab kita ni dah rasa confident diri kita selamat di Akhirat. Mungkin mulut tak cakap. Tapi tindakan dan sikap kita jelas kita sangat-sangat rasa kita selamat.
10. Jadi untuk pengetahuan Kak Tiyah sekarang ni Tuan Nasir dan Cik Zuralah yang sangat-sangat ambil tanggungjawab untuk selamatkan iman kita. Kak Tiyah tahukan sejarah menunjukkan bahawa anak-anak nabi pun ada yg tidak selamat. Jelas menunjukkan hidayah tu milik Allah. Iman tu tak boleh diwarisi.
11. Baru-baru ni Mam ada baca, dikatakan oleh orang yang menulis tu lah, yang Kak Tiyah ialah anak yang paling Abuya sayang betul ke? Mam nak ajak Kak Tiyah fikir betul- betul bukan ikut akal dan merujuk pada nafsu yang jahat. Kalau secara fitrah memang semua orang sayang anak. Haiwan pun sayang anak. Sebab tu Abuya pernah cakap dengan Mam waktu tu di rumah tamu Jitra. Mam tanya soalan kat Abuya ”Abuya sayang ke kami ni anak-anak?” lepas tu Abuya cakap ”Humam, kucing pun sayang anak, tak kan manusia tak sayang anak. Sekarang ni kamu jangan persoalkan yang Abuya sayang kamu ke tidak, tapi persoalkan dalam hati kamu tu, kamu tu sayang Abuya ke tak?” itu lah kata-kata yang masih segar dalam ingatan Mam sampai sekarang.
12. Jadi sekarang Mam nak ajak Kak Tiyah, kita cek hati kita ni. Dah ada Abuya ke? Mam rasa kalau dalam hati Kak Tiyah ada Abuya, Kak Tiyah tak kan buat tindakan bodoh macam sekarang ni, yang sebenarnya sangat-sangat merugikan.
13. Mam nak ajak lagi Kak Tiyah terus berfikir secara normal sbb k tiyah pun cakap Kak Tiyah tak gilakan? sebenarnya atas dasar perjuangan cuba kita cek. Betul ke Abuya sayang kita? entah-entah sebenarnya Abuya sedang sangat-sangat menahan hati dengan sikap dan perangai kita. Abuya pernah cakap Abuya sayang perjuangan lebih dari semuanya. Kalau Abuya tinggal seorang pun Abuya akan terus kayuh perjuangan ini sorang-sorang, itu bukti Abuya orang yang sangat-sangat besar jiwa.
14. Sekarang jemaah ini telah disambung dan dipertahankan oleh Tuan Rasidi, Tuan Nasir, Tuan Dato Luqman dan baki Ahli Lembaga Penasihat GISBH yang 7 orang .Mereka terus mengambil tanggungjawab memikul beban dan sanggup untuk menggalas tanggungjawab yang sebelum ni Abuya dan Ummu pikul.
15. Bukan tanggungjawab pada jemaah sahaja yang mereka ambil, tapi mereka sangat-sangat mengambil berat terhadap diri Kak Tiyah dan semua anak-anak Abuya tanpa ada kepentingan. Sebab tu setiap kali mereka berdoa, mereka akan doakan semua keluarga Abuya.
16. Kak Tiyah, 3 tahun Tuan Rasidi, Tuan Nasir, Cik Zura, Ibu Gina dan semua pinpinan GISBH menjaga Kak Tiyah. Untuk kepung-kepung Kak Tiyah dan bagi kasih sayang untuk betulkan perasaan dan fikiran Kak Tiyah. Tapi apa yang Kak Tiyah balas? jelas sekarang Kak Tiyah sedang sangat-sangat bertindak mengikuti syaitan dan nafsu.
17. Mam nak ajak terus Kak Tiyah melihat dgn hati. Jadi sekarang ini Abuya Ummu tinggalkan kita anak-anak Abuya pada Tuan Nasir dan Cik Zura. Mam dengar sendiri waktu di KIMM (Australia), Kak Fatim pun ada waktu tu, Ummu cakap Tuan Nasir sahaja yang boleh jaga anak-anak Abuya. Sebab Tuan Nasir sangat-sangat faham Abuya dan keluarga Abuya. Dan Tuan Nasir sahaja yang sanggup ambil risiko nak tegur anak-anak Abuya.
18. Kak Tiyah, kenapa Ummu cakap begitu ye? Adakah cakap-cakap Ummu tu sia-sia?Tak tahulah kalau Kak Tiyah tak percaya kata-kata Ummu. Jadi sekarang dah jelas Kak Tiyah memang sebenarnya memang tak sayang pun Abuya dan Ummu. Sebab Kak Tiyah menghina-hina orang yang paling Abuya dan Ummu percaya iaitu Tuan Nasir dan Cik Zura
19. Jadi sekarang ni tak timbul lah yang mengatakan Kak Tiyah anak Abuya yang paling Abuya sayang. Setahu Mamlah Abuya buat sajak untuk Kakak dan Iyah adalah. Kak Tiyah pun tahu sajak tu. Sajak tu siap kita buat lagu lagi. Dalam sajak tulah Abuya luahkan rasa sayang dan rindu pada Iyah dan Kakak. Dan Abuya harap abang-abang dan Kakak-kakak dapat terus berjuang mempertahankan jemaah ini.
20. Mam nak ajak Kak Tiyah terus berfikir dengan berpandukan hati yang takut Tuhan. Waktu di bilik Tok, Kak Tiyah menjerit-jerit cakap Tuan Fadhil (Abang Long) paksa Kak Tiyah kahwin dan paksa tunjuk-tunjuk kemaluan. Setahu Mam, Ummu yang minta Kak Tiyah dikahwinkan dengan Tuan Fadhil dan Ummu sangat-sangat restu perkahwinan Kak Tiyah dan Tuan Fadhil (Abang Long) dan Kak Tiyah bukan tak tahu dalam keluarga dan dalam jemaah ini perkahwinan yang berlaku semua Abuya Ummu dan pimpinan yang menyusun. Malah semasa nikah Kak Tiyah rela disolek, tak lari pun. Ada gambar lagi (Kak Tiyah tersenyum) berdua dgn Tuan Fadhil (Abg Long). Macam mana boleh pula timbul cerita paksa kahwin? kenapa begitu berani Kak Tiyah fitnah dan cakap mcm tu? mana maruah? mana malu? mana didikan yg selama ni Abuya Ummu didik? cakap tu pula dalam keadaan menjerit-jerit. Kalau orang lain cakap masih boleh terima la tapi bila Kak Tiyah yang bercakap sebenarnya Kak Tiyah lagi teruk dari orang yang tak berpendidikan. Orang yang hati bersih sebenarnya sangat-sangat lah boleh menilai apa yang berlaku. Tapi kalau memang orang itu bermazhab alhasadiah (dengki) memang takkan nampak sampai bila-bila.
21. Mam nak ingatkan lagi Kak Tiyah. Kalau dalam jemaah pun syariat Kak Tiyah boleh terbarai apa jaminan di luar sana? Boleh ke nak memperjuangkan Islam? nak mempertahankan disiplin-disiplin ibadah? Sebab tu sebenarnya Mam tak pelik Kak Tiyah boleh buat video tunjuk lengan satu dunia tengok.
22. Mam nak cakap dengan Kak Tiyah sebenarnya kalau Kak Tiyah masih bersikap begitu, tak ada seorang manusia lepas ni yang sanggup nak jaga Kak Tiyah dah. Cukuplah dengan permintaan-permintaan Kak Tiyah yang tak masuk akal tu.
23. Mam sangat-sangat tahu yang sekarang ni memang ada golongan-golongan yang mereka sebenarnya nak gunakan Kak Tiyah untuk kepentingan peribadi mereka. Sebab tu sampai sekarang tidak ada seorang pun yang berani nak datang dan mendengar daripada pihak GISBH tentang Kak Tiyah ni.
24. Kak Tiyah kembalilah pada jemaah. Kenapa kita terus-terus nak mempertahankan kehendak kita? kenapa tak nak tundukkan nafsu? Kak Tiyah sanggup tolak Allah Rasul? Kak Tiyah jangan cabar Allah. Abuya cakap kalau kita tak berubah Allah akan bertindak tak patah, mati, tak mati gila. Itu semua kita anak-anak dengar Abuya cakap. Lagi-lagi cemas dan takut lagi kalau-kalau memang sebenarnya Allah tak nak rezkikan kita untuk faham kebenaran dari Allah ni.
25. Ampun Ya Allah. Sekarang atas kasih dan sayang Allah, Kak Tiyah dianugerahkan seorang anak hasil perkahwinan dengan Dr Mahmood. Satu soalan Mam nak tanya Kak Tiyah, Kak Tiyah betul ke sayang Zainab? apa bukti sayang Kak Tiyah pada Zainab? Kak Tiyah faham ke maksud kasih sayang sebenarnya? kasih sayang pun Kak Tiyah dah tak faham. Sebab sikap Kak Tiyah sekarang ni menunjukkan betapa Kak Tiyah bukan orang yang sedang berkasih sayang.
26. Waktu di rumah Tok yang sebelum Kak Tiyah lari tu, kenapa tengking-tengking Tok?Kak Tiyah siap boleh buat-buat arahan pada Tok. Boleh Kak Tiyah suruh Tok turunkan gambar 10 orang Ahli lembaga Penasihat GISBH. Sambil mencarut-carut depan Tok. Sanggup Kak Tiyah cakap dengan Tok mcm tu ye. Memang tak sedar diri. Kak Tiyah tak tahu ke umur Tok berapa? atau buat-buat tak tahu?
27. Mam nak cerita kat Kak Tiyah. Waktu Mam musafir dengan Tok ke Turki waktu dalam flight bila ada paramugari tahu umur Tok 110 tahun, mereka semua sangat-sangat nak berkhidmat dengan Tok. Sangat-sangat menjaga dan menghormati Tok. Memang lah mereka buat mungkin sebab kerja mereka. Tapi yang dahsyatnya lagi bila di airport Dubai ada dibuat pengumuman mengatakan yang dalam flight ini ada org yang berumur 100 lebih tahun. Nampak tak Kak Tiyah? orang yang tak ada kena mengena pun boleh membesarkan Tok. Tapi yang kita ni sebagai cucu, Kak Tiyah bukan sahaja tak menghormati Tok, bahkan boleh bawa pula orang yangTok tak suka. Kalau lah sudut jemaah Kak Tiyah dah tak boleh terima. Tapi sudut fitrah Kak Tiyah sebagai cucu Tok? ini ke yang Kak Tiyah kata sayang Zainab? Mana pergi pertimbangan Kak Tiyah? kalau dengan Tok pun tak berakhlak boleh ke nak jaga Zainab? kalau Zainab tengok mama dia macam ni dia sendiri akan lari dari mama dia.
28. Satu lagi bila Abang Fauzi (Abg sepupu) cakap kat Kak Tiyah di rumah Kak Lin. ”Atiyah balik ni khidmat sungguh-sungguh dengan Tok. Tak payah fikir pasal orang dah. Buat penebusan dosa dengan khidmat sungguh-sungguh dengan Tok. Tapi apa yang Kak Tiyah buat? Kak Tiyah boleh ugut-ugut Tok. Boleh tunjuk-tunjuk pisau pada Tok. Boleh menjerit-jerit depan Tok. Yang paling teruk boleh mencarut-carut depan tok. Kak Tiyah sebenarnya memang dah buta hati.
29. Bila Abang Fauzi bagi nasihat lagi ajak Kak Tiyah berdoa supaya nanti Allah yang akan selesaikan masalah kita. Kak Tiyah boleh cakap dengan Abang Fauzi. ”Atiyah dah doa dah tapi tetap tiada respon dari Allah”. Jelas-jelas Kak Tiyah sebenarnya dah putus asa dengan Allah. Sanggup ye Kak Tiyah cakap macam tu. Orang yang bukan Islam sahaja yang cakap macam tu Kak Tiyah. Taubatlah kak Tiyah.
30. Kak Tiyah sekarang ni 1 dunia sangat-sangat menghormati Tok. Lagi-lagi Tuan Nasir dan Cik Zura yang sangat-sangat memandang besar pada Tok. Sebab tu Tuan Nasir dan Cik Zura sanggup bawa Tok pusing dunia sebab nak ambil berkat Tok. Nak tunjuk pada Tok juga yang Tuan Nasir dan Cik Zura sedang sangat-sangat membela Abuya dan Ummu di luar negara. Tapi kita dengan Tok buat apa? kita cakap kita sayang Abuya, kita buat apa?
31. Kak Tiyah cakap Kak Tiyah sayang Jordan tu Kak Tiyah buat apa? Jangan nak ungkit jasa-jasa kita. Abuya lagi banyak jasa pada kita dan jemaah tapi Abuya rasa Abuyalah yang paling tak buat apa. Tak payah la Kak Tiyah cakap Kak Tiyah nak bela Islam, dengan Tok pun buat-buat tak nampak, tak reti nak hormat. Depan Tok pun boleh buat kurang ajar. Ini ke akhlak Kak Tiyah?
32. Mam ingat lagi waktu Tuan Nasir dan Cik Zura nak berpisah dengan Tok. Cik Zura ada masej Mam. Cik Zura cakap kat Mam “Terima kasih Mam bawa Tok pada kami” .Terima Kasih Mam tolong jaga Tok untuk kami”. Ya Allah!!!! Satu kata-kata yang terus menyucuk dalam hati, yang Mam sendiri pun tak buat jasa apa pun pada Tok. Di airport Istanbul waktu Tuan Nasir dan Cik Zura nak berpisah dengan Tok. Mam tengok jelas muka Tuan Nasir dan Cik Zura, waktu tu ada En Yahya sekali. sebelum berpisah dengan Tok suasana sangat-sangat sayu. Mam ckp dalam hati, apa ye yang ada dalam hati Tuan Nasir, Cik Zura dan En Yahya. Sebab sanggup nak bela keluarga Abuya tanpa ada kepentingan? Sebab kalau peribadi Mam sendiri pun masih melihat Tok tu mcm org biasa je. Tapi nak sangat belajar dengan hati Tuan Nasir, Cik Zura dan En Yahya.
33. Kak Tiyah kenapa lari tinggalkan Tok? kenapa buat Tok susah hati? kenapa sanggup buat semua ni pada orang yang dah berumur 100 tahun? mana hilangnya perasaan fitrah Kak Tiyah tu. Kalau mcm tu lebih elok Zainab tak payah duduk dengan mama dia. Ramai lagi orang yang boleh jaga Zainab dan bagi kasih sayang pada Zainab. Kak Tiyah tak perlu risau. Tuan Fadhil (Abang Long) lagi boleh jaga Zainab lahir dan roh.
34. Kita taubatlah Kak Tiyah dah banyak sangat dosa kita pada Allah, Rasul, Abuya Ummu dan pemimpin. Kita dah jahat sangat. Tapi sekarang kita masih masih diberi peluang untuk taubat.
35. Ampun Ya Allah atas segala kata-kata yang tak beradab. Mam tak niat nak buka Aib Kak Tiyah tapi demi mempertahankan kebenaran, Mam terpaksa jelaskan. Mam doakan supaya Kak Tiyah kembalilah pada jemaah dan perjuangan yang Kak Tiyah kata Kak Tiyah sayang. Buktikan apa yang Kak Tiyah cakap tu. Jangan sedap bercakap sahaja. Tindakannya tak ada, Malu lah dengan Allah, Rasul, Abuya, Ummu dan semua pemimpin. Mudah-mudahan dengan keberkatan Rasulullah dan kekasihnya kita semua dapat diselamatkan di dunia dan di akhirat. Ampun maaf dari Mam yang masih sangat-sangat lemah.
Humam, Malaysia
Comments