Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Luar biasa

Selepas skrip teater umrah,menyusul pula skrip terbaru iaitu Alfatehah. Maka kami pun kalut malut menyiapkan susun atur babak sebab Ummu hanya bagi matan skrip dan masa 5 hari untuk bersiap. Tenaga tambahan dari Jerash baru sampai 3 orang telah pun aku kerahkan untuk menyiapkan props yang diperlukan. Sponsor untuk baju belum ada,jadi teruslah reka sendiri kostum yang akan dipakai. Kedai kain India yang murah telah kami terokai untuk mencari material. Tugas mereka cipta koreografi dah aku serahkan pada Ema',Jiha dan Fairuz. Ajwad dan Adib pun aku minta usahakan juga walaupun tau depa tu sibuk dengan kerja-kerja yang dah sedia ada. Tapi memang macamnilah..siapa yang tak sibuk kan? Ummu yang sibuk sesibuknya pun sempat je buat skrip. Takde alasanlaa.. Inilah gambaran biasa bila baru dapat skrip untuk persembahan. Kita memang tak cukup tenaga profesional,kurang pengalaman,peralatan serba dhaif,sponsor tak ada. Tapi dalam keadaan inilah kita terus mengorak langkah. Kita cukup yakin be

Jauhkan aku dari dunia

Aku sedih sekali dengan diriku Kenapa keinginanku pada dunia selalu saja melebihi keinginanku pada Tuhanku Untuk mendapatkan dunia aku sanggup buat apa saja Tapi untuk Tuhan selalu saja terlupa Aku mengenangkan dunia Bahkan mengkhayalkannya Berfikir tentangnya siang dan malam Sedang Tuhan tidak pernah sempat lama diingatan Tuhan.. Tolonglah jadikan kehendakku sama dengan apa yang kau mahu Biarlah kemahuanku seiring dengan redha dan rahmatMu Anugerahkan aku hati yang hanya menginginkanMu Biar dunia tiada tempat lagi dalam hati dan kehidupanku Kalau pun perlu biarlah dengan kadar yang engkau redhai Tidak lebih dari itu Aku cukup tersiksa dengan hakikat hatiku yang masih merindui duniaMu ini Aku benci kerana terpaksa brtarik tali Setiap hari aku berperang dengan nafsuku sendiri Sepatutnya hanya engkau saja dihati Namun hatiku sering saja berbelah bagi Diantara dunia yang fana dan akhirat yang kekal abadi Aku akur Tuhan.. Jika engkau seksa nafsuku Hingga tersungk

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Tiba-tiba

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b

Berpagi-pagi dengan kurma

Pagi ni ada busyro (berita gembira) untuk kami bila dapat bersarapan dengan 2 jenis buah kurma. Eh..makan kurma pun gembira ke? Kompemla.. Makan kurma tu sendiri dah memang best,bertambah best lagi bila kurma tu datangnya dari ladang milik sendiri. Amboi! Ladang kau ke? Ladang kurma Global Ikhwan yang ada di Madinah laa.. Masyallah..Alhamdulillah..Subhanallah.. Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan semua ini kepada kami. Tok aku kat Kampung Terbilang,Kodiang tu setiap kali musim buah dia mesti pesan kat orang untuk simpan sikit buah-buahan dari kebun belakang rumahnya tu untuk bagi kat anak cucu yang nak balik. Kalau tak jadi balik tok sanggup peram jadi jeruk semata-mata nak pasti anak cucu tak kempunan. Bayangkanlah..bila lepas ni kami pun boleh simpan jugak buah kurma ni dengan berbagai jenis untuk dikirim buat Nenda yang jauh dimata tapi dekat dihati. Oh..sungguh sayu seperti hari raya. Selama ni dok kirim yang tahun lepas punya yang dijual dikedai-kedai disini. Tapi sekarang

Nostalgia mengimbau kenangan

Entry lepas tiba-tiba nak cerita pasal hobi tu sebenarnya ialah sekarang ni dah beberapa hari kembali menjadi makcik kantin. Bukan kantin la. Lebih pada foodcourt kot. Entah apela bezanya. Dah lama tak masak beria-ia. Kat chalet awal-awal dulu memang sempat berselirat kat dapur. Tapi lepas sibuk dengan projek kat Madinah,dah takde sapa masak kat CNM tu,Ummu minta Abah,tukang masak dari Indonesia untuk bantu masak di chalet. Bila aku balik dari Madinah,Abah dah makin selesa memasak jadi aku pencenlah kejap. Kat rumah yang kami panggil istana ni sekarang sedang sunyi. Yang sebelum ni ramai semua dah keluar. Sementara menanti rombongan akan datang untuk masuk,kami 3 beradik Ummu panggil dok sinilah dulu. Fatim dengan Iyah sibuk editing. Aku macam biasa..kembali bergelumang ditempat terindah iaitu dapur. Dah 4 hari masak macam-macam resepi. Thailand,Singapore,Jordan dan lain-lain. Teringat kenangan sebelum berangkat ke Eropah untuk kali pertama,aku dan geng Mawaddah yang terpilih untuk

H O B I

Harini nak tulis entry santai boleh ke? Yang ringan-ringan sikit.. Nak cerita tentang hobi.. Setelah berumur lebih kurang suku abad ni aku semakin sedar akan hobi aku yang sebenar. Waktu kecik dulu selalu tulis hobi kat biodata yang dicatat dibuku/ diari yang setiap budak sekolah rendah wajib memilikinya kalau tak,macam ketinggalan zaman. Siap lengkap senarai kawan baik dan kawan yang dibenci. Huhu.. Antara hobi yang kekal dari dulu sampai sekarang ni ialah :- Membaca Ini memang yang pertama dan utama lah. Dari kecik setiap minggu akan beli buku baru di kedai buku Kancil Mas,Taman Tun (tak pasti ada lagi ke tak sekarang) Rajin pinjam buku di library walaupun kadang-kadang lupa nak pulang. Bila besar pergi merata negara mesti akan beli apa-apa jenis buku sebagai kenangan. Biasanya yang berbentuk novel. Terbukti hasil membaca ni dapat mempercepatkan proses pembelajaran contohnya banyak baca novel indon lepastu cakap indon berabuk. Alhamdulillah.. Melancong Kalau yang pertama

Artis berhijrah ke kampung Allah dan Rasul

Tuhan memberi hidayahnya pada sesiapa saja yang Dia mahu. Hidayah itu sangatlah mahal. Lebih mahal dari intan berlian habib jewels mahupun rafflesia. Jika sudah mendapatkannya,wajiblah menjaga sebaiknya agar Tuhan tidak menariknya kembali. Bila cahaya perunjuk itu telah datang,hati manusia akan mengalami satu perubahan besar bagaikan gelombang tsunami yang menyerang. Hati yang sebelum ini gelap tanpa cahaya bagaikan tertutup,tiba-tiba berubah bercahaya terbuka seluasnya untuk Tuhan. Dari hati yang dicampakkan hidayah itulah akal dan fizikal digerakkan untuk mengubah peribadi kearah yang lebih baik. Indahnya pengalaman yang baru saja Tuhan rezkikan bila Chalet Nur Mohd didatangi tetamu istimewa dikalangan artis yang baru saja berhijrah kearah satu cara hidup yang baru dan lebih baik. Bukanlah tetamu sebelum ni tak istimewa. Semuanya istimewa.. Tapi biasalah kita.. Teruja lebih dapat jumpa artis. Yang selama ni dok tengok kat tv kini muncul depan mata. Apa lagilah bila mereka itu ar

Kenangan

Haritu sempat kumpul adik beradik,anak sedara ramai-ramai kat sini. Meriah sungguhla.. Yang paling indah bila dapat umrah sesama. Bukan senang. Jordan dengan Saudi takla jauh mana. Naik bas dalam 24 jam je. Naik flight 2 jam. Tapi dikeranakan kekangan visa yang sungguhlah sulit untuk didapatkan,maka negara jiran pun terasa macam takde jiran langsung. Senang lagi nak melancong ke Eropah daripada nak balik ke kampung ummat islam ni. Harapnya dapat bersua kembali..

Kerana keluarga kecil itu..

Sudah jadi amalan sejak dulu,Abuya mengajarkan untuk berdoa dan berzikir selepas solat. " Bila lagi kita hendak memohon pada Tuhan kalau bukan diwaktu sembahyang (dan selepasnya) " pesan Abuya pada kami. Jadi macam janggal sikit bila tengok orang lepas solat terus bangun tanpa sebarang doa atau zikir. Memang sembahyang pun sudah merupakan doa,tapi apa salahnya kita panjangkan sedikit masa lagi untuk dapat bercakap,memohon pada Tuhan. Lebih-lebih lagi kita tak patut merasa lega dengan sembahyang yang baru didirikan memandangkan kita tidak tahu apakah ianya diterima atau solat kita akan dicampakkan kembali ke muka.  "Ini sajalah Tuhan yang dapat aku sembahkan..terlalu banyak kekurangan..tapi apakan daya..ini saja yang aku termampu.." Kita sangat pasti bahawa sembahyang kita itu tiada nilainya untuk disembahkan kepada Tuhan. Kita sedar sebenarnya solat kita selalu hanya akan menambah dosa derhaka kepada Tuhan. Tapi kita ingin sekali agar ianya diterima walau terla

Entry iseng 2: Kecik!

Baru ni kami bertandang kerumah rehat sorang kawan arab yang ada stable kuda besar gila teruja! Tapi sebesar-besar stable tu boleh pulak ada benda sofa kenit ni. Pantang sungguh melihat benda kecik camni rasa nak curik bawak balik.. Apa lagi..kami pun ambikla si kenit Aaira anak sedara ni,dudukkan dia kat situ. Haa..kemain kau macam datin sebijik nenek dia! So,sape nak order sofa kenit ni bolehla hubungi aku :-D

Chalet Nur Muhammad part 4

Sebelum aku terlupa nak sambung pasal sejenis lagi binatang yang berkampung di CNM ni,inilah dia.. Keldai. Didalam quran ada menyebut bahawa seburuk-buruk suara ialah suara keldai/himar. Hadis pun ada mengatakan,jika kamu mendengar suara keldai hendaklah kamu meminta perlindungan dengan Allah daripada syaitan kerana ia (keldai) melihat syaitan. Walau macamana pun,keldai ni adalah binatang yang taat dan setia. Ia selalu digunakan untuk mengangkat barang. Tapi di CNM ni kami tidaklah menggunakan keldai untuk angkut barang disebabkan keldai-keldai kat sini asalnya semua pemalas. Kalau nampak kita dari jauh dia akan menjerit meminta makanan. Kerjanya hanya makan dan tidur dan makan dan tidur. Bila kita dekat,depa akan lari. Tapi setelah kami lancarkan kursus intensif terhadap keldai-keldai ini,maka kini mereka lebih beradab. Dah boleh tunggang pun keldai-keldai ni. Bila depa dah baik,barulah kami memberi nama kepada mereka secara spontan. Paling depan ni Rambo,yang menyoro