Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Ramadhanku

Ramadhan. Berpuluh tahun sudah Allah rezkikan aku menghadapi Ramadhan. Nikmat yang cukup besar. Tak terbilang. Lebih lagi tidak setimpal dengan apa yang sering aku persembahkan. Ramadhan kali ni sekali lagi aku menyambutnya jauh dari tanah air. Bukan hal yang tak biasa sejak tahun-tahun kebelakangan. Hal yang luar biasalah jika dapat berpuasa di Malaysia tercinta. Berada jauh di tanah inggeris,berpuasa untuk 19jam benar-benar memberi warna yang berbeza disudut rasa. Warna yang terlahir dek suasana lahir juga warna yang tercorak oleh suasana batin.  Oh Tuhan.. Acapkali Ramadhan disambut dengan amukan perasaan yang bercampur baur dan saling berlawan. Berlaku juga ujian-ujian besar dalam hidup di bulan suluk agung ini. Diatas semua itu,hal yang paling ditakuti ialah bilamana hati menyedari bahawa kejahatan selama ini nafsu lah puncanya memandangkan syaitan diikat kuat dineraka namun maksiat tetap berlaku jua.  Dapatkah sebulan penuh berkat ini memadam dosa sekian tahun lama

Back to school part 2

Aku tulis lagi tentang salah satu kaedah Abuya didalam mendidik dan mengajar. Nak ulang lagi nih. Kisah Abuya mengajar tentang ilmu yang tinggi-tinggi tu dah semua faham. Dah semua tau tentang buku mengenal diri melalui rasa hati. Aku pun selalu jugak dah kongsikan disini. Tapi ini aku nak kisahkan bagaimana bentuk kami adik beradik belajar dengan Abuya dan mak-mak dirumah yang dah macam sekolah bahkan kadang-kadang lagi strict dari sekolah. Nak kongsi satu sisi lain dalam pendidikan oleh Abuya kepada kami. Moga-moga boleh jadi panduan untuk adik-adik dan anak-anak yang sedang dilatih menjadi pendidik ye. Banyak soalan tentang ni. Aku terpaksa jawab kat sini.  Orang selalu cakap yang kita ni macam tak belajar. Macam orang tak sekolah. Merata-rata. Muda-muda dah tunggu kat pasaraya kat kafe. Aku rasalah kan,kadang-kadang cara kita tu yang sebenarnya membuatkan orang merasa kita macam tak sekolah. Padahal Abuya Ummu adalah orang yang sangat menyekolahkan kita terutama kami anak-anak

Back to school

Baiklah. Harini terasa nak menulis sesuatu menggunakan akal fikiran dan perasaan seperti seorang pelajar sepanjang masa dan seumur hidup. Ya sesekali akan berfikir dan berperasaan  seperti seorang tukang masak sepenuh masa bila kena masak buffet tiap-tiap minggu dan menerima tempahan kenduri kawin secara mengejut. Kadangkala seperti seorang mak bila nak tinggal anak-anak menangis sorang-sorang dalam kapal terbang sambil doa Oh Tuhan tolong jaga anak-anak aku! Berlaku juga bak kata Abbad bagaikan perilaku seorang nenek. Entah waktu bila! Tapi kalini marilah berbicara seperti seorang pelajar. Okay. Yang lebih khususnya ialah seperti seorang pelajar sekolah. Atau pelajar universiti. Aku bercakap tentang menjadi seorang pelajar dengan skop yang kecil saja. Yang sempat dan bakal disentuh. Tanpa menafikan kewujudan skop yang lebih besar yang boleh kita diskusikan dimasa akan datang apabila Tuhan mengizinkan. Sebab kalau Tuhan tak izinkan,berjam-jam mengadap blog pun tetaplah tidak dapat

Sembahyangkah aku?

Apa agaknya yang berlaku pada hati para sahabat ketika sembahyang ye? Sampai bau hangit. Terbakar kerana takutkan Allah. Ada yang sejak dari ambil wudhu' lagi dah menggigil bahkan ada yang pengsan. Semua itu kerana didorong oleh perasaan takut yang teramat sangat kepada Tuhan. Apa pula yang berlaku pada hati aku waktu sembahyang? Bezanya perasaan yang dirasakan. Pening kepala,lebam mata menangisi diri yang belum mendapatkan rasa yang sepatutnya didapatkan oleh seorang hamba ketika bertemu Tuhan maha segalanya.  Aku tak bangga pun dengan sembahyang aku. Terlalu banyak pengkhianatan yang berlaku. Dalam sembahyang fikiran haru biru. Perasaan tak menentu. Bukan kerana Tuhan.. Tapi kerana berjayanya syaitan dan nafsu. Tuhan.. Aku pun nak juga rasa-rasa tu. Kalau mati sebelum dapatkan sembahyang yang agung,malangnya.. Neraka.. Nauzubillah Rezekikanlah aku juga.. Kadang aku bertanya,aku sembahyang,jumpa Tuhan yang sama,tapi kenapa rasa jadi berbeza? Yang sebenarnya,be

Menangislah!

Kali terakhir bawak kereta manual dengan jayanya ialah disaat ujian JPJ dan berjaya mendapatkan lesen! Setelah itu teruslah katakan tidak pada kereta manual yang meletihkan lagi mendebarkan. Sudahlah bawak yang auto pun sesekali debaran tetap ada,inikan pula terpaksa berfikir nak tekan minyak dulu atau nak angkat klash (ok ejaan) dulu atau tarik handbreak sepanjang waktu memandu. Tapi bila keadaan memaksa,maka kereta manual itu kembali (terpaksa) ku gagahi. Berdoa sehari sebelum,menjampi kunci kereta dan macam-macam upacara lagi yang dilakukan untuk memastikan pemanduan berjalan lancar. Harini cuba lagi setelah percubaan haritu terberhenti dua kali terima kasih sebab klash (ejaan lagi) tinggi kena tekan minyak banyak-banyak rasa nak lari!! Alhamdulillah harini Allah izinkan lancar. Pemangkin untuk terus menjadi driver kereta manual insyallah.. Itulah aku dari dulu. Sering memilih jalan mudah untuk berjaya. Dari kecik begitu! Bila masuk kelas sekali dengan budak-budak pandai ma

7 benua

Ada 7 benua Kita dimana-mana Disalah satu darinya Membawa cita-cita yang sama Memohon doa yang serupa Bersama aliran air mata Jauhnya merentasi benua Meninggalkan segala yang ada Menepis semua lintasan dijiwa Kerana percaya Tuhan bersama Walau kemana langkah dibawa Tinggal 1 benua yang belum diteroka Moga direzkikan akhirnya kesana Namun ada 'benua' yang sedang menanti kita Siapkah kita dengan bekal sebanyaknya? Walau dibarat,timur,selatan dan utara Kita tiada modal apa-apa Sekolah pun main-main saja Kerana itu jangan pernah lupa Panggil tanpa henti yang maha kuasa Serta semua yang bersamaNya Benuaku malam,benuamu siang Walau jauh sering terbayang Berpisah ini itulah sayang Dalam doa semuanya dikenang -11.32pm- ( Untuk semua yang sedang melalui 7.32am Juga buat 10.32am Tak lupa untuk 12.32am dan semuanya ) Selamat berjuang