Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Cerita Kaabah

Buat pertama kali ibuku direzkikan untuk menunaikan ibadah umrah ke Makkah pada tahun ini. Pulangnya dari umrah tidak membawa air zam-zam,kurma mahupun ole-ole yang biasa dibawa orang pulang dari Mekah,tapi ibuku pulang membawa bersama cerita dan semangat umrah yang aku kira jauh lebih berharga dari buah tangan biasa.. Saban tahun ummat islam dari serata dunia mendatangi Mekah untuk menunaikan ibadah kemuncak iaitu haji. Tak kurang juga yang pergi untuk mengerjakan umrah. Hingga ada yang mati disana. Ada yang mati kerana sakit,ada juga yang mati kerana dipijak ketika berasak-asak untuk mencium hajarul aswad. Begitu sekali manusia sanggup berkorban demi memenuhi panggilan Tuhan ke rumah suciNya Kaabah. Namun mengapa umrah atau haji hingga saat ini belum benar-benar menjadi kekuatan untuk ummat islam? Kenapa masih ramai yang sering berulang alik kesana,tapi belum mampu berubah menjadi peribadi yang agung? Bukankah tujuan kesana itu untuk akhirnya bisa membawa pulang semangat dan kekuatan

C.I.N.T.A dan Bahagia

Seorang teman suatu hari berkata pada saya, “ Untung kamu,Khaulah.. Hidup kamu sempurna je. Ape nak,semua dapat ”. Saya hanya tersenyum.. Tuhan tidak menjadikan manusia itu sempurna melainkan penuh dengan kekurangan. Jika Tuhan lebihkan yang ini,Tuhan juga akan kurangkan yang itu. Begitulah biasanya yang berlaku. Dengan kelebihan yang diberikan Tuhan minta kita bersyukur. Dengan kekurangan yang ada Tuhan minta untuk bersabar. Kelemahan juga adalah jalan terbaik untuk kita tetap merasa hamba. Janganlah sampai menjadi Fir’aun yang akhirnya merasa diri Tuhan kerana tidak melihat sama sekali kekurangan pada dirinya. Saya percaya setiap orang punya kebahagiaannya tersendiri. Setiap orang juga pasti ada kesedihannya yang tersendiri. Jika tidak,masakan ada orang yang kita lihat hidupnya dilimpahi kekayaan,kemewahan,harta,pangkat dan lain-lain hal yang sangat diimpikan manusia,tetapi akhirnya mati bunuh diri? Itu banyak terjadi pada artis-artis yang punya gaya hidup seperti syurga dunia. Denga