Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

1 Mei.. Warkah buat Bonda

Ummu.. Harini 1 Mei. Hari lahir Ummu. Khaulah minta izin nak tuliskan surat untuk Ummu di hari lahir Ummu yang sangat berkat ini.. Ummu mungkin tak ada di sini tapi Khaulah tau, Ummu boleh ‘membacanya’..  Ummu.. Khaulah ingat lagi macamana perasaan bila dapat berita dari Fatim di Australia yang bagitau Ummu masuk hospital. Setiap saat Khaulah berdoa dan berharap agar Allah lakukan keajaiban. Hari-hari yang berjalan tu rasa macam bertahun lamanya. Tak terbayang hidup tanpa Ummu. Tak sanggup nak bayangkan pun.. Tapi Allah lebih menyayangi Ummu. Allah ambil juga akhirnya Ummu dari kami semua. Perkara yang paling menakutkan. Tapi Allah buat juga untuk hamba merasakan bahawa kuasaNya mengatasi segalanya. Dan hamba perlu akur dengan setiap keputusanNya. Selalu Ummu sebutkan, kita kena setuju dengan Allah.. Bukan tak pernah Khaulah berharap Ummu akan muncul depan mata. Datang semula dan semuanya kembali seperti biasa. Tapi itu tak berlaku. Kerana rupanya Allah yang maha baik ada

Surat dari Adik Bar

Assalamualaikum Kak Atiyyah yang sangat kami sayangi dan kasihi. 1. Adik menulis surat ini untuk mengajak Kak Atiyyah kembali dan nak mengambil saham juga dalam nak membela Abuya, Ummu dan pemimpin. 2. Semua orang sangat sayang Kak Atiyyah, bukan adik beradik  sahaja, tapi satu syarikat ni, semua orang mendoakan Kak Atiyyah terutama para pemimpin khususnya Tuan Nasir, Cik Zura yang paling sangat-sangat mendoakan, adik selalu melihat Tuan Nasir dalam doanya menahan sebak dan pernah sebab tak mampu nak tahan, Tuan Nasir menangis  ketika menyebut, "Selamatkanlah, kembalikanlah anak, cucu dan keluarga Abuya ke pangkuan Abuya". Tapi kita pun tak rasa dan tak menangis macam tu sekali. 3. Kak Atiyyah, cukuplah! kita susahkan Abuya, Ummu dan pemimpin, baliklah. Adik tulis ni nak ingatkan Kak  Atiyyah dan adik juga. Bila Kak  Atiyyah buat macam ni Abuya dan Ummu yang dapat nama buruk, kalau Abuya dan Ummu ada, mereka yang susah, orang hina Abuya dan Ummu. Sedangkan kita yang te

Surat dari Abad

1. Buat Kak Atiyyah yang kami semua kasihi dan sayangi, tulisan ini Abad tuliskan untuk Kak Atiyyah dan untuk Abad sendiri belajar atas kesalahan yang telah kita lakukan, dengan harapan, Allah rezkikan kefahaman untuk kita sama-sama mengikuti jalan kebenaran yang telah Abuya dan Ummu sediakan, dibawah pimpinan-pemimpin GISBH yang telah Abuya lantik. 2. Abuya bina jemaah ini dan terus dipertahankan oleh Ummu dan pimpinan GISB sebagai jalan untuk nak selamatkan manusia, bawa kepada Allah dan Rasul, sudah tentulah Abuya dan Ummu paling nak sangat selamatkan kita anak-anak Abuya dulu dan Kak Atiyyah sangatlah tahu bagaimana didikan yang Abuya dan Ummu buat untuk kita. 3. Tapi Kak Atiyyah ketepikan semuanya demi nak memuaskan kehendak nafsu, nak kekalkan ego, Kak Atiyyah jadi orang yang hilang pertimbangan bila diuji. 4. Atas izin Allah, pada Tahun 2010 Ummu letakkan Abad duduk di Jerash bersama dengan kak Atiyyah selama 5 tahun. Boleh dikatakan antara adik-beradik yang dapat duduk l

Surat dari Jun

Assalamualaikum Bismillahirrahmanirrahim... Segala puja dan puji hanyalah untuk Allah, selawat sebanya-banyaknya untuk Rasulullah SAW. "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan yang beramal soleh dan yang saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran". 1. Untuk permulaannya Jun nak ajak dan mengingatkan diri juga pada Kak Tiyyah untuk berpesan-pesan pada diri yang kita ni manusia yang sentiasa dalam kerugian, jika kita tidak pandai menggunakan masa kita dengan tepat dengan apa yang Allah dan Rasul hendak dan juga nak menjadi sebahagian manusia yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Sedangkan masa yang diberikan pada kita semua bukan lama, mungkin selepas menulis ini Jun akan mati, atau selepas Kak Tiyyah membaca surat dari Jun ni, Kak Tiyyah pula akan mati. Jadi moga-moga kita betul-betul pandai mensyukuri segala nikmat masa yang dah diberikan pada kita. Cuba Kak Tiyyah fikirkan kembali, renung-renungkan ke

Surat dari Ajwad

Assalamualaikum  Buat yang dikasihi Kak Tiyah kesayangan kami semua. Ini surat terbuka dari Uda buat Kak Tiyah sebagai kasih sayang dan satu pembelaan kepada Abuya, Ummu, Tuan PE, Tuan Nasir, Cik Zura, Tuan CEO, Tuan Fadhil (Abang Long), Jemaah dan seluruh kepimpinan.  Mudah-mudahan dengan tulisan ini dapat meningkatkan iman dan taqwa kita bersama dan mereka yang turut membacanya. 1. Uda nak mengajak diri  Uda sendiri dan Kak Tiyah untuk kita sama-sama bertaubat diatas dosa-dosa yang telah kita lakukan pada Abuya, Ummu, Pemimpin Hati dan Jemaah. Dosa kita terlalu banyak Kak Tiyah, memang  sangat-sangatlah banyak. Dan sangat-sangatlah perlu sama-sama kita taubat. Dan kita akuilah segala kesalahan-kesalahan kita. 2. Kak Tiyah dalam keadaan sekarang ni sedang semakin lama semakin menyimpang. Menyimpang dari didikan yang telah Abuya, Ummu dan Pemimpin ajarkan yang membawa kita dekat dengan Tuhan dan Nabi. Malah keadaan Kak Tiyah semakin merisaukan dan membimbangkan. Sudah

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun