Skip to main content

Surat dari Ajwad

Assalamualaikum 

Buat yang dikasihi Kak Tiyah kesayangan kami semua. Ini surat terbuka dari Uda buat Kak Tiyah sebagai kasih sayang dan satu pembelaan kepada Abuya, Ummu, Tuan PE, Tuan Nasir, Cik Zura, Tuan CEO, Tuan Fadhil (Abang Long), Jemaah dan seluruh kepimpinan. 

Mudah-mudahan dengan tulisan ini dapat meningkatkan iman dan taqwa kita bersama dan mereka yang turut membacanya.

1. Uda nak mengajak diri  Uda sendiri dan Kak Tiyah untuk kita sama-sama bertaubat diatas dosa-dosa yang telah kita lakukan pada Abuya, Ummu, Pemimpin Hati dan Jemaah. Dosa kita terlalu banyak Kak Tiyah, memang  sangat-sangatlah banyak. Dan sangat-sangatlah perlu sama-sama kita taubat. Dan kita akuilah segala kesalahan-kesalahan kita.

2. Kak Tiyah dalam keadaan sekarang ni sedang semakin lama semakin menyimpang. Menyimpang dari didikan yang telah Abuya, Ummu dan Pemimpin ajarkan yang membawa kita dekat dengan Tuhan dan Nabi. Malah keadaan Kak Tiyah semakin merisaukan dan membimbangkan. Sudah tentulah kami semua bimbang lebih-lebih lagi Tuan-tuan Pemimpin Hati yang Kak Tiyah hina-hina dan fitnah, khususnya Tuan Nasir dan Cik Zura. 

3. Uda nak tanya keadaan Kak Tiyah sekarang ni. Macam mana kehidupan diluar sana tu? Bagaimana ibadah? Bagaimana hubungan dengan Tuhan khususnya sembahyang. Bagaimana syariat Kak Tiyah di luar tu? Bagaimana makan minum Kak Tiyah?  Uda sangat yakin orang yang paling risau sekarang ni ialah Tuan Nasir dan Cik Zura. 

4. Kak Tiyah, Uda ni adik dan Uda bukan orang yang cerdik. Tapi Uda melihat ujian yang Kak Tiyah lalui, yang Kak Tiyah rasa berat tu, orang lain ramai juga yang melaluinya. Sebagai nak jadikan contoh disini, Kak Tiyah boleh belajar  dengan Kak Olah. Kak Olah (angah) juga diuji dengan ujian suami yang datangnya dari luar dan Kak Olah, juga isteri kedua. Soal detailnya ujian itu atau persamaan antara kedua kehidupan rumahtangga yang Kak Tiyah dan Kak Olah lalui bukan soal utama. Tapi yang penting bagaimana Abuya, Ummu dan Para Pimpinan memberi jalan penyelesaian terhadap segala permasalahan kita. Nak dipendekkan cerita, Kak Tiyah dianugerahkan seorang pemimpin suami yang pada Uda jauh lebih besar jauh lebih mulia beza langit dan bumi dari suami Kak Tiyah yang dulu (Dr.Mahmod) iaitu Tuan Fadhil Yassin. Tapi Kak Tiyah tak bersyukur atas anugerah Tuhan tu. Dan tak mengambil itu sebagai sesuatu yang akan buat Kak Tiyah akan kembali kepada Tuhan dan  Nabi. Tengoklah Kak Olah pun sama di anugerahkan seorang Pemimpin atau suami yang juga lebih mulia dari suami yang dulu. Dan bagaimana Kak Olah menerima itu sebagai anugerah besar dari Allah dan akhirnya Allah pasti akan balas dengan hati yang dekat dengan Tuhan dengan Nabi dengan Mursyid dengan Pemimpin. 

5. Kak Tiyah tak boleh nafikan hal-hal ini, kerana semuanya berlaku. Kak Tiyah boleh belajar, masih boleh melihat, boleh berfikir. Kak Tiyah bukalah pintu hati untuk kebenaran. Bukalah pintu hati semula untuk kebaikan. 

6. Dah banyak tulisan dan penjelasan dari adik-beradik yang lain tentang apa yang Kak Tiyah buat untuk Kak Tiyah tinjau diri Kak Tiyah supaya mudah untuk Kak Tiyah suluh diri kalau Kak Tiyah memang tak nampak atau tak perasaan terhadap perkara-perkara yang telah berlaku, yang sebenarnya semua itu jelas dan ramai bukti hidup yang melihat. Dan surat-surat itu juga sebenarnya untuk kami adik-beradik Kak Tiyah yang lain menyuluh diri dan bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan, keterlanjuran-keterlanjuran. Jadi kita sama-samalah.

7. Sama-sama kita baiki diri, buang segala perangai-perangai buruk kita. Itulah yang selalu diajak oleh Tuan Nasir. Tuan Nasir sentiasa nak melihat kita anak-anak Abuya dalam keadaan yang paling baik bahkan memberi manfaat kepada manusia lain. Dan sangat berusaha ke atas itu. Dalam nak membentuk peribadi-peribadi kita ni supaya betul-betul menjadi seperti yang Abuya dan  Ummu harapkan.

8. Tak pernah Tuan Nasir,  Cik Zura ajak kepada kejahatan keburukan. Malah sangat-sangat mengajak kita tiap saat tiap detik untuk  supaya Tuhan itu tak dilupakan dan dapat di takuti dengan sebenar-benar takut hingga ke dalam lubuk hati dan Nabi dapat di rindui dengan serindu-rindunya hingga berlaku pembelaan. Tak putus dari bibir mereka akan hal-hal ini. Tapi Kak Tiyah seperti  membutakan hati memekakkan telinga.

9. Takutlah kita dengan ancaman-ancaman dari Tuhan walaupun Tuhan itu sangat ditonjolkan dengan Sifat Maha Rahman dan Maha RahimNya, tetapi Tuhan juga Syadidul ‘iqab, sangat keras siksaanNya. Janganlah kita semakin jauh dengan Tuhan. Janganlah kita mempermainkan Tuhan,  berat padahnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

10. Kembalilah, kembalilah, Kembali kepada perjuangan yang telah Abuya, Ummu perjuangkan 50 tahun ini bersama dengan seluruh Pemimpin Hati dan Ibu-ibu Hati. Di sini kita akan dipantau nafsu-nafsu kita, ada yang memberi nasihat bila kita salah. Ada yang memperbetulkan kita bila kita tersilap. Di luar sana kita hanya diperalatkan. Kalau Kak Tiyah tak percaya Kak Tiyah boleh lihat dan rasakan sendiri nanti akibat dari berkawan dengan musuh-musuh Abuya (yang Kak Tiyah sendiri pernah tahu tentangnya). Mereka sangat busuk hati dengan penyakit hasad dengki dan sangat memperalatkan Kak Tiyah, mereka akan mengabaikan Kak Tiyah. Lebih-lebih  lagi hal-hal Kak Tiyah sangat-sangat akan terabai.

11. Semoga tulisan ini benar-benar bermanfaat buat kita berdua khususnya dan kepada sesiapa yang membaca.

Moga Pintu Taubat Masih terbuka Buat kita.

Ajwad 

(1.4.2018 / Wadi Barokah,Indonesia)

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...