Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Jom main masak-masak

Resepi ni ialah satu resepi yang sangat senang dan budak darjah 3 pun berkemampuan untuk membuatnya tanpa keizinan orang tua Bahan-bahan:- 2 bungkus biskut merie 1 kotak krim putar/whipping cream 1 cawan air nescafe gula lebih Cara-cara:- Sediakan 1 loyang/bekas. Celupkan biskut merie satu persatu dan susun kedalam loyang. Setelah itu lapiskan dengan krim putar. Kemudian,celup dan susun lagi biskut merie itu untuk lapisan seterusnya. Dan akhir sekali tutup dengan krim putar. Boleh buat berapa lapis yang anda suka. Tidak terhad ye. Terpulang diatasnya nak tabur buah dan sebagainya. Letakkan didalam peti sejuk selama sejam/semalaman. Setelah itu boleh makan. Selamat mencuba

Mentadak mentadu,macamana kami tidur..?

Assalamualaikum Bismillah.. (ok,ramai yang tak tau,mafi kalam qobla salam. Terjemahannya,tiada kata-kata sebelum mengucapkan salam. Jadi sila jangan baca Bismillahirrahmanirrahim,assalamualaikum) Teguran diatas tiada kena mengena dengan tajuk entry eh. Sekadar ingatan buat diri,keluarga dan masyarakat.. Diantara keajaiban yang Tuhan ciptakan ialah manusia itu tidur dengan berbagai-bagai gaya. Nampak kecik,macam tak ajaib. Tapi cuba bayangkan kalau bentuk kita tidur sama je. Katalah tidur lasak. Ha..tak ke haru kalau satu rumah tidur lasak? Ataupun satu asrama tidur ganeh? Na’uzubillah.. Saya memiliki 38 adik beradik. Yang batch saya sekitar lebih kurang 20 an orang. Maksudnya ialah,adik beradik yang saya sempatla tengok mereka tidur. Yang lain tu tak dan sebab semuanya sudah berumahtangga sebelum sempat saya membesar dan pandai menilai tidur orang. 20 tu pun..hish..macam-macam gaya! Antara gayanya ialah:- Tidur tegak tanpa bergerak dari malam ke pagi Tidur bergerak seperti s

Di kejar dosa.

Aku melihat lembaran-lembaran hitam itu. Ia tetaplah terus menghantuiku. Mengejarku,mengekoriku hingga aku lelah untuk terus menghindarnya. Ada yang datang dari belakang,dari depan,kiri dan kanan,dari atas juga ia menjelma. Ia bagaikan satu peringatan,satu amaran untukku. Agar aku tidak pernah melupakannya. Bingung. Kenapa semua itu harus muncul lagi? Sementara aku rasa sudah jauh aku meninggalkannya. Tidak pernah sekali aku menoleh kearahnya lagi. Tapi kenapa ia masih disitu? Menungguku? Aku tidak menciptanya. Jauh sekali punya keinginan untuk mewujudkannya. Tapi ia datang..bersama satu pengajaran. Kini aku sedar,sejauh mana aku berlari,ia tetap akan menghampiri. Aku kira bukan ia datang sendiri. Tapi ada yang mengirimnya kemari. Untuk aku sentiasa menginsafi. Ya..dosa-dosa itu terus berlegar diruang mata. Agar aku tahu untuk selalu bertaubat padanya. Agar aku sedar hakikat diri hamba. Tidak pernah lepas dari dosa. Walau tiap hari aku teruslah menambahnya. Namun ku harap den

Hadiah buat para kekasih

Sakan betul tengok orang sambut Hari Kekasih/ Valentine’s Day. Macam-macam bentuk hadiah dipersembahkan sebagai bukti cinta. Bunga,coklat,cincin,teddy bear dan sebagainya. Itu semua dilakukan tak lain tak bukan untuk menyenangkan hati orang yang dicintai. Malah ada yang sanggup berhabis-habisan demi membahagiakan kekasih hati. Diwaktu sedang mabuk cinta inilah bermacam-macam janji ditaburkan. Semuanya indah-indah belaka. Yang tak logik pun ada. Lautan api sanggup ku renangi. Bomba pun tak berenang dalam rumah terbakar. Biarlah kita sehidup semati. Kembar siam ke? Hai..macam-macam.. Tapi tahukah kita apa pula syarat untuk bercinta dengan Tuhan? Pernahkah kita memikirkannya? Cukupkah dengan apa yang telah kita lakukan selama ini untuk membuatkan kita benar-benar dicintai oleh Tuhan? Tuhan meletakkan syarat yang cukup tinggi sebagai tanda aras sebesar mana saja cinta kita kepadaNya. Janganlah kita sangka cinta Tuhan itu semurah bunga atau cincin yang biasa kita berikan pada mereka yan

Keluarkan dulu produk,baru buat iklannya!

Syariat Tuhan hanya akan dapat ditegakkan dengan sebaiknya,tepat seperti yang Tuhan mahu,jika manusia itu telah benar-benar dapat mencintai Tuhan sebagai cintanya yang paling agung. Kerana cinta itulah yang membuatkan kita akan sanggup lakukan apa saja sebagai pembuktian cinta. Tanpa cinta,mustahil seorang hamba itu akan dapat berbuat sehabis mungkin untuk Tuhan yang dicintainya. Kerna itu Rasulullah saw mengambil masa yang lebih lama untuk memperkenalkan Tuhan berbanding dengan masa yang diambil dalam mengajarkan syariat. Itu adalah bukti bahawa syariat akan jadi mudah diamalkan jika manusia itu sudah mengenali,mencintai dan takutkan Tuhan. Namun,kenapa hari ini sukar sekali didapatkan golongan manusia yang benar-benar mampu mempraktikkan syariat dengan sebaiknya? Apa salahnya dengan sistem pendidikan yang ada hinggakan manusia melihat syariat itu sebagai satu hal yang sangat susah? Ada orang yang hanya mengambil sebahagiannya saja. Ada juga yang merasakan sudah melakukan semuanya t

Turki..tandas paling mahal di dunia?

Setelah beberapa jam didalam perjalanan,bas berhenti disebuah R&R untuk solat subuh. Kami diberi masa sekitar 1 jam untuk buang air,solat dan makan. Adik-adik sudah mendahului turun dari bas menuju tandas. Setelah mata agak celik,saya pun menyusul mereka. Pelik! Dari jauh kelihatan adik-adikku itu masih diluar,belum masuk ke bilik air. “ Kenapa tak masuk lagi ” tanya saya dengan mulut yang dikawal kerana belum berus gigi “ Macam biasa...” jawab mereka “ Yaallah..” keluh saya sambil mengeluarkan dompet dan menyerahkan 1 lira setiap orang untuk membolehkan mereka beratur untuk masuk ke bilik air. Itulah fenomena paling menyebalkan ketika berada di Turki. Dimana-mana pun kena bayar masuk tandas. Tak kisahlah tu. Masalahnya mahal! Standard rate ialah 1 lira Turki-2.50 rm. Kami 10 orang dalam rombongan. Tiap kali nak masuk tandas kena keluarkan rm25. Tak aci betol!!! Semua toilet tak terkecuali. Yang dikampung mahupun dibandar. Malah ada juga bilik air dikampung yang menggunakan

Resepi terer buat yang seterusnya

Nasi goreng tomyam (resepi ni sempat dibuat oleh adik saya,fah yang memasuki pertandingan masak dan kalah) Bahan-bahan Nasi putih 5 ulas bawang putih ditumbuk 1/2 biji bawang besar dipotong nipis Daun limau purut dipotong nipis Cili kering siap giling/blend Serai dipotong bulat Ayam/daging dipotong kecil Sos tiram Nampla/air ikan Sedikit perahan limau nipis Garam Gula Cara-cara Panaskan sedikit minyak kedalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Masukkan ayam/daging serai dan cili giling. Setelah cili masak,masukkan sos tiram,nampla juga daun limau purut. Tuang air perahan limau nipis,perasakan dengan garam dan gula. Rasanya agak masam manis. Kemudian masukkan nasi dan adun dengan api yang agak kuat. Boleh juga dicampur cili padi,sayur-sayuran. Ikut suka la.. Anyway,nasi goreng ni kalau jadi memang sedap. Tapi kalau tidak,akan kalah ye dalam pertandingan memasak peringkat Jerash. Fah jangan tegang..! Sup siam Bahan-bahan Bawang besar dibelah 4 Se

Bingkisan

Ada satu hal yang tak mungkin diucapkan Apa lagi untuk dizahirkan menjadi sebuah kata-kata Cukup rasanya jika hanya dipendam Kerana mungkin dengan itu nilainya lebih tinggi Kalau sampai ia diluahkan Harganya tidak mungkin boleh sama Seperti ketika ia masih bersemadi dilubuk hati Tapi apakah ia tidak bisa dibaca? Atau sama sekali tidak cuba diteka? Tidak bolehkah dilihat dari renungan mata? Yang pasti Ianya bukan lah rahsia Kerana hati bukan milik hamba Hati adalah milik Tuhannya Dan dialah yang mengetahui segala-galanya Telah diungkai sebuah rasa Didalam untaian doa sepanjang masa

Hukum mewujudkan alternatif

Salam semua.. Hidup ini satu pilihan. Tuhan memberi kita hak untuk memilih. Pilihannya cuma dua. Jalan yang baik dan jalan yang buruk. Tidak ada jalan tengah-tengah untuk mereka yang tidak mahu memilih diantara dua jalan itu. Kerana dihujung jalan itu hanya ada dua penyudah,syurga dan neraka. Tidak ada pilihan bagi mereka selain kedua itu. Kita tak pernah dengar pula kalau siapa yang tak nak ke syurga(ada ke?) atau neraka,boleh tinggal kat dunia. Tak pernah kan? Hmm.. Jadi itulah dia.. Kita melihat fenomena dunia hari ini penuh dengan pelbagai pilihan. Ambil contoh pilihan jenama beg. Ada orang suka prada,ada yang suka louis vuitton,chanel,ada yang suka jenama swan(hanya untuk 12 tahun kebawah) ade juga yang hanya suka ber beg kertas ataupun plastik. Terpulang pada selera masing-masing ye. Tapi,jika satu hari ada syarikat yang datang mengatakan semua jenama beg tu tak bagus,mahal,tak cantik,jangan beli dan sebagainya,syarikat itu WAJIB lah mewujudkan satu alternatif kepada jenama be

Resepi yang suka/pandai buat

Kalau tengok muka saya(even tgk muka sendiri kat cermin) tiada siapa yang menyangka salah satu kecintaan saya ialah masak. Kecintaan makan mungkinla.. Tapi bukan ke mengikut logiknya,orang yang suka makan ni biasanya suka masak? Sebab dia ada taste tersendiri yang kadang-kadang memerlukan dia untuk masak sendiri.. Tak pasti betul atau tidak,tapi saya begitulah..Saja la nak share/simpan buat kenangan resepi masakan yang saya expert masak. Tak..bukan resepi sendiri. Resepi yang semua orang tau,dan saya sendiri suka dan agak pakar didalam membuatnya. Kalau siapa tersinggah sini,nasibla nak tengok resepi ni. Kalau tak ada yang singgah,(memang tak adalah) saya saja tulis buat kenangan. Memang tulis blog ni pun untuk kepuasan sendiri sahaja :-) Nasi Mansaf (makanan tradisi Jordan) Bahan-bahan:- A Bawang besar Buah pelaga Daun salam/Bay leave Garam Minyak sapi/Ghee Ayam/Kambing/Lembu B Yoghurt Asli(kalau diJordan ada khas) Kunyit serbuk Rebuskan ayam/kambing/lembu bersama den

H A T I

HATI. Apakah itu hati? Kita diberitahu bahawa hati itu ialah satu organ penting didalam badan. Diantara fungsi hati ialah :- Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati. Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu. Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino. Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu. Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin. Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia. Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus. Menguraikan molekul hemoglobin tua. Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan. Tapi apa yang tidak ketahui tentang hati ini? Biasa orang cakap, “ ini soal hati ” Ada juga yg cakap “ hati tak boleh menipu ” dan macam-macam lagi yang disebutkan terkait dengan hati. Orang bercinta,dengan hati. Orang sedih,dengan hati. Orang bahagia,de