Skip to main content

Keluarkan dulu produk,baru buat iklannya!

Syariat Tuhan hanya akan dapat ditegakkan dengan sebaiknya,tepat seperti yang Tuhan mahu,jika manusia itu telah benar-benar dapat mencintai Tuhan sebagai cintanya yang paling agung. Kerana cinta itulah yang membuatkan kita akan sanggup lakukan apa saja sebagai pembuktian cinta. Tanpa cinta,mustahil seorang hamba itu akan dapat berbuat sehabis mungkin untuk Tuhan yang dicintainya. Kerna itu Rasulullah saw mengambil masa yang lebih lama untuk memperkenalkan Tuhan berbanding dengan masa yang diambil dalam mengajarkan syariat. Itu adalah bukti bahawa syariat akan jadi mudah diamalkan jika manusia itu sudah mengenali,mencintai dan takutkan Tuhan.

Namun,kenapa hari ini sukar sekali didapatkan golongan manusia yang benar-benar mampu mempraktikkan syariat dengan sebaiknya? Apa salahnya dengan sistem pendidikan yang ada hinggakan manusia melihat syariat itu sebagai satu hal yang sangat susah? Ada orang yang hanya mengambil sebahagiannya saja. Ada juga yang merasakan sudah melakukan semuanya tapi kerana tiada panduan,islam yang diamalkan itu tiada keindahannya. Yang lebih malang bila terdapat golongan yang sama sekali tidak memikirkannya.

Kehebatan Rasulullah ialah apabila baginda berjaya mendidik bangsa arab yang tadinya merupakan bangsa yang paling hina diwaktu itu berubah menjadi bangsa yang sangat berwibawa. Empayar islam pada zaman itu diterajui oleh bangsa arab. Hinggakan Rom dan Parsi itu berjaya dikalahkan dikeranakan kehebatan islam yang dibawa oleh Rasulullah dan para sahabat. Dalam semua itu,percayalah! Rasulullah memulakannya dengan memperkenalkan Tuhan. Tuhan dijadikan modal terbesar dalam kehidupan. Tempat rujukan utama dan juga pemangkin untuk berjuang.

Jika ummat islam diwaktu ini dapat mengembalikan semula apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw,pasti kekuatan islam itu akan jauh lebih kuat berbanding sekarang. Islam hari ini lebih banyak orang yang memperkatakannya daripada mengamalkannya. Jika ada yang mengambil islam sebagai cara hidup didalam segala aspek,mereka akan dikatakan extreme. Islam itu cukuplah diambil sekadarnya,kata mereka. Sedangkan,untuk menjadi doktor pun seseorang itu mestilah mengambil keseluruhan ilmu tentang kedoktoran. Jika ada yang mengambilnya dengan ala kadar saja,dia akan merisikokan pesakit yang dirawatnya. Bagaimana pula dengan islam? Bukankah hal itu dulu yang akan ditanyakan Tuhan kepada kita diakhirat kelak? Tuhan tak akan tanya apakah kita doktor pakar ke,doktor gigi atau doktor haiwan!

Benarlah bahawa islam itu lemah kerana penganutnya sendiri. Ummat islam berbangga untuk bercakap tentang islam tetapi cukup takut untuk mengamalkannya. Malaysia ialah sebuah negara yang disebut sebagai pengamalan islam terbaik didunia. Tapi hakikatnya? Yang konon mengaku membawa islam pun,tidak ada satu pun model cara hidup islam yang diketengahkannya. Sedangkan menjadikan islam sebagai cara hidup itu ialah dengan mewujudkan sistem-sistem islam yang jika orang melihatnya,mudah bagi mereka untuk menirunya. Bukankah sesuatu hal yang baik yang dilakukan itu bertujuan agar orang lain boleh mengikuti dan menikmatinya juga? Dengan mewujudkan modelnya,bukan sekadar ilmunya. Sepertilah jika kita mahu memperkenalkan satu produk. Contohnya laptop. Bukankah kita akan mengeluarkan laptop itu serentak dengan iklan tentangnya? Atau kita hanya iklankan tentang laptop,tapi tidak pun mengeluarkannya?

Begitulah islam. Jika kita bercakap tentang sistem pendidikan Rasulullah,maka wajiblah untuk kita mewujudkan modelnya. Sama seperti jika kita bercakap tentang ekonomi islam,maka wujudkanlah satu bentuk ekonomi seperti perniagaan yang benar-benar mengambil Tuhan sebagai modal. Bukannya cakap tentang ekonomi islam,tapi bila nak berniaga,kita pun pakat pinjam bank yang mengamalkan sistem kapitalis. Bukan!

Kerana sibuk bercakaplah akhirnya pengamalan islam jadi haru biru sekali. Orang yang jahil tentang islam pun akhirnya mengamalkan islam mengikut cara yang mereka andaikan. Yang mudah bagi mereka dengan alasan mengatakan islam itu memudahkan! Itu kerana tiada model! Orang tak dapat gambarkan islam itu bagaimana rupanya. Bila mereka tanyakan,mudah saja kita jawab,ala..yang macam Rasulullah dulu buat.
Geleng kepala.



***Adat orang melayu ni kaya dengan kiasan. Kesimpulannya,jika Puan Siti mempunyai PHD bidang memasak(ada ke PHD bidang ni?) Bila dia lihat Puan Ani yang hanya lulus UPSR memiliki sebuah restoran 5 bintang yang terkenal dengan masakan yang sedap,sedangkan Puan Siti hanya mampu memasak maggi dirumahnya,janganlah dengki. Sebaiknya Puan Siti sering-sering lah bertandang ke Restoran Puan Ani untuk membeli lauk-pauk yang sedap itu untuk keluarga. Mana tau,kalau kerap sangat datang,nanti Puan Ani bagi diskaun! Tapi janganlah pula berkata,
“ Eh Puan Ani,awak ni lulus UPSR jekan? Tapi kenapa dapat masak sedap-sedap,pastu orang ramai datang restoran awak? Awak guna sihir ke? ”
Allah...inilah mentaliti kita umumnya.

Yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk hodoh tu datang dari nafsu saya yang belum terdidik. Mohon maaf...sekian.

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...