Menyongsong 2013

Monday, December 31, 2012
Mengambil sempena hari terakhir ditahun 2012 ini,aku gagahkan jari jemari (yang pendek tak runcing layaknya orang tinggi) ini untuk mengetik discreen touch ipad 2 ku ini.

Kian kencang debaran didada bersama lemah longlai lututnya bila dihadapkan Tuhan dengan berbagai peristiwa yang memaksa hati diaktifkan untuk sentiasa terhubung dengan Tuhan tanpa putus-putus lagi. Melepasi semua kejadian turun naik jatuh bangun yang telah Tuhan tetapkan itu,bagaimanalah hati tidak menyerah dibawah takhta kekuasaan Tuhan yang maha agung dengan segala kebesarannya. Bukankah Tuhan raja segala raja itu pencatur kepada semua yang ada ini?

Pernahkah terbayangkan bagaimana gelombang hati Nabi Musa bersama pengikutnya ketika mana dihadapan mereka ialah laut sedang dibelakangnya tentera musuh sedang memburu. Apakah yang mereka rasakan? Bagaimanakah pergantungan hati diwaktu itu kepada Tuhan? Hanya membayangkan saja sudah cukup untuk nafas seakan terhenti,jantung bagai tidak berdegup lagi.

Tidak sanggup untuk terus menyelami pula rasa hati pengikut Nabi Allah Ibrahim ketika Baginda sedang dibakar api yang marak menjulang tinggi! Nabi yang menjadi sandaran dunia akhirat mereka sedang hilang ditengah bahangnya api,bukan sehari tetapi 40 hari. Apakah yang ketika itu dirasakan oleh setiap hati? Masih adakah airmata untuk ditumpahkan menangisi kejadian yang 'sengaja' Tuhan ciptakan ini? Harapan apa yang tinggal untuk kekal meyakini janji Tuhan dan Nabi?

Tak habis ku berfikir dimana logiknya bilamana Tuhan membiarkan kekasihnya Nabi Yunus untuk sampai ditelan ikan. Begitu sekali Tuhan sanggup lakukan. Diletaknya kebenaran itu benar-benar dijurang yang tiada siapa menyangka akan mampu terselamat tetapi Tuhan kemudiannya menyelamatkan semuanya.

Oh Tuhan..inikah yang terpaksa dihadapi bilamana diri berjanji untuk memilih jalan hidup para rasul dan nabi? Mustahil rasanya mengumpul kekuatan jika bukan kerana ada Nabi bersama.

Kalau beginilah caraMu Tuhan memperlakukan agamaMu,demi meminta hati si hamba benar-benar bergantung hanya padaMu,sungguh kami akur dan setuju. Andai menerima kemenangan itu bererti terpaksa melepas segala kebesaran yang disukai nafsu,kekalkanlah kami terus dijalanMu. Biar sampai kami tahu untuk mengangkat muka ke langit,sedang hati kekal dibumi.

Selamat menyambut tahun baru 2013 untuk semua yang setia disini. Semoga tahun ini kita dapat menyerahkan hati kepada Tuhan setelah memenanginya dari nafsu dan syaitan..

Tidak kalah lagi..

Tuesday, December 25, 2012
Ketika..
Semangatku kian sirna
Dayaku kian tiada
Kudratku entah kemana
Aku disapa..
Satu suara..
Suara yang mengembalikan segalanya

Bagaimana Tuhan bisa mencipta
Sesosok manusia
Yang kita hidup kerananya
Bahkan ingin mati untuknya?

Bersamanya indahlah dunia
Tiada lagi duka
Hilanglah nestapa
Menyapu semua airmata
Segala ranjau yang menduga
Dilewati dengan bahagia

Wujudnya dia..
Kekuatan untuk dunia
Cahaya buat kebenaran tercinta
Melenyap segala derita
Kemenangan didepan mata..

Maka jalan yang dilalui ini
Tidaklah akan kalah-kalah lagi
Kerna disisinya sang Nabi
Mencipta dunia yang penuh erti
Demi kebangkitan yang dijanji
Oh Nabi..

Catatan Kembara 6 (Suq Bathah - Burj Mamlakah)

Saturday, December 22, 2012
Dah dekat musim umrah ni memang perlu banyak stok baju untuk butik. Kiriman ke Malaysia pun nak kena difikirkan. Alhamdulillah ada masa sebelum balik ke Mekah,kami pun ajaklah Amir untuk jadi pemandu pelancong di Riyadh ni. Sebelum ni bila cakap nak beli barang,kawan arab akan bawa ke mall. Tak selera langsung nak beli kat situ. Tapi Amir ni faham,maka dibawalah kami ke pasar rakyat namanya Suq Bathah. Hui..barang murah-murah. Kami pun survey-survey harga jubah borong dan lain-lain. Tapi jenis yang kami nak takdelah pulak. Hari dah malam. Nak meround pun dah malas. Aku sempatlah beli kasut dan baju. Murah-murah je. Tapi yang paling bestnya,alat-alat gajet murah gile kat sini. Kalau beza harga dengan Mekah/Jeddah dalam 6-700riyal jugak. Lumayan. Tapi dah kalut malut tu tak terfikir nak angkat 1. Macamlah banyak duit!

Sebenarnya kami ni berkejar nak ke Burj Mamlakah (menara Mamlakah). Orang kata kalau ke Riyadh tak ke burj ni macam tak pergi Riyadhla. Aku menara KL pun baru 2 kali je naik. Kira dapat naik menara di Saudi ni rezki jugakla kan.

Burj Mamlakah
Jambatan dipuncak
Pintu masuk
Teksi London pun ada
Dalam menara ni macam biasalah ada shopping kompleks. Untuk naik ke atas,bayaran setiap sorang 35riyal. Maka kami pun belanjalah Amir untuk naik sekali. Katanya pernah sekali datang menara ni,itupun sebab kerja pembinaan. Lepastu dah tak pernah. Naik keatas pun tak pernah. Nampak sangat Amir ni terhibur.

Kaunter tiket
Sempat Amir menumpang kat belakang
Menunggu giliran naik lif
Ekspresi muka Amir memang macamtu je!
Nak naik keatas kami perlu menaiki 2 lif. Lif nya siap ada bintang-bintang lagi. Satunya akan bawa kami ke tingkat berapa tah tak ingat,kemudian dari situ kami tukar lif yang akan bawa ke tingkat paling atas. Disitulah terletaknya jambatan yang merentang. Aku ni memang mengidap acrophobia iaitu penyakit takut pada tempat tinggi. Tuhan je tau betapa gayatnya aku. Bayangkanlah berada dipuncak tinggi boleh nampak satu Riyadh. Sepanjang kat atas tu lutut rasa lembik je. Jenuhlah aku paut sana sini nak imbangkan keadaan tu. Waaa..rasa nak nangis. Abil siap boleh lari-lari lagi kat jambatan tu nak sakat aku. Sakit betol hati!

Gagah senyum
Gayat!
Geram betul dengan aksi si Abil ni!
Mata hantu
Ruang legar
Sabar jelah Kak Azwa snap gegar
Alhamdulillah..terima kasih Tuhan beri rezeki macamni sekali. Dalam susah payah gayat tu berjaya jugalah aku harungi. Ini baru harungi cabaran lahiriah. Cabaran hadapi nafsu macamana? Moga aku terus dipandu.

Macam kat Malaysia tak?
 

Catatan Kembara 5 (Kampung Pakistan)

Pendidikan yang Abuya berikan sedari kecil membentuk keadaan dimana kita boleh hidup macam orang yang paling kaya,tapi boleh juga hidup seperti orang yang paling miskin. Dalam hal menunjukkan syiar islam,Abuya wujudkan syarikat/jemaah yang kaya,sedangkan dalam hal hidup sebagai hamba Tuhan,individu didalamnya hakikatnya sangat besederhana. Tiada yang bersifat peribadi. Semuanya dikorbankan untuk kepentingan islam. Demikian ambilan dari pendidikan Rasulullah yang melahirkan para sahabat yang kaya raya tetapi dikorbankan semua hartanya untuk memayungi keperluan islam ketika itu.

Tinggal di Mekah,berulang alik ke Madinah Jeddah,lain betul dengan apa yang aku sangkakan tentang Saudi ni bila sampai di Riyadh. Riyadh ternyata sebuah kota metropolitan yang pesat dengan segala kemewahan. Kereta-kereta mewah menjalar disepanjang jalan. Gedung-gedung membeli belah yang tersergam megah diserata bandar Riyadh dipenuhi pengunjung yang datang dari kelas menengah ke atas. Di Riyadh ni jugalah boleh dilihat rakyat Saudi tak pakai tudung dan juga bangsa asing yang pakai jubah. Kami melewati sebuah taman perumahan yang penduduknya semuanya rakyat Amerika. Mewah. Memang Saudi mempunyai hubungan baik dengan US. Ini terbukti bila kawan kami orang Afghanistan warganegara Amerika dengan mudahnya mendapatkan PR 5 tahun di Saudi. Permohonannya cukup mudah. Terasa kita juga perlu mendapatkan hak yang sama!!

Dicelah-celah kemewahan itu,hidup juga segelintir manusia yang datang kesana untuk mencari sesuap nasi. Rakyat Pakistan,Indonesia,Filipina dan sebagainya bekerjalah sebagai pemandu teksi,pembantu rumah dan kuli kepada orang-orang kaya. Jurang antara keduanya sangat terasa. Subhanallah.. Rasa kecik je dunia bila di Riyadh kami dapat berjumpa dengan kawan kami, Amir orang Pakistan yang dulunya bekerja disebelah bangunan Chalet Nur Mohd,tapi kini bekerja sebagai pemandu lori di Riyadh. Dia dengan gagahnya telah membawa kami ke perkampungan Pakistan.

Pintu masuk rumah Amir
Perkarangan rumah
Yaallah...aku ni kalau bukan sebab Amir ni memang takkan berani nak berkecimpung disekitar orang Pakistan ni. Lagi-lagilah dirumah tu semuanya lelaki yang datang kesini tinggalkan anak isteri bertahun-tahun dinegaranya. Cemas! Amir tinggal dengan adik beradik dan anak saudaranya. Satu rumah tu kira semua keluargalah. Ada yang kerja bawa lori,bawa teksi. Mereka bekerja dengan gaji yang agak lumayan disini tapi duit gaji dikirim ke Pakistan untuk membangun rumah,membeli kereta disana. Beria-ia mereka ajak kami ke Pakistan sebab katanya disana mereka orang kaya sedangkan disini terpaksa hidup merempat.

Tangga naik tingkat atas
Bilik Amir tempat kami bertamu
Hari sebelumnya baru saja kami berada ditengah-tengah orang besar kaya raya. Tapi boleh pula esoknya Tuhan bawa kami ke tengah orang miskin disetinggan. Hebat Tuhan. Terasa duduk dengan orang miskin lebih mesra akrab. Tanpa protokol,tak payah nak cover-cover. Sungguh-sungguh mereka siapkan makan tengahari untuk kami. Terharu..

Aku palinglah berselera
Nasi ayam panggang,ikan goreng,kebab pakistan
Kalau ikutkan mereka nak ajak kami tidur situ. Adui..janganlah.. Bilik air depa dahlah takde pintu. Macamanalah tu? Abil janji dengan dia nak datang semalamnya,tapi baru esoknya kami ada masa. Rupanya sepanjang semalam dia menunggu tepi jalan kot-kot kita datang. Sebab bila dia call phone Abil tak on. Allah kesiannya.. Berapa kali kami offer dia untuk kembali ke Mekah boleh kerja dengan kami. InsyAllah katanya.

Dari kanan- Amir,abangnya,dan keluarganya yang lain
Aku melihat keadilan Tuhan menjadikan setiap bangsa bersama watak dan kedudukan yang berbeza. Bangsa Malaysia disini terkenal sebagai satu bangsa yang terhormat,disanjung. Kalau naik kereta kena tahan pun,kalau cakap dari Malaysia konfem dia lepas. Begitu sekali kepercayaan mereka terhadap orang Malaysia. Sedangkan orang-orang seperti Pakistan,Indonesia,Bangladesh dan lain-lain tidak pun mendapat layanan yang sama. Mereka lebih dilihat sebagai golongan bawahan. Namun yang membezakan darjat kita disisi Tuhan adalah taqwa..

 

Catatan Kembara 4 (Riyadh)

Friday, December 21, 2012
Kami berangkat dari Taif menuju ke Riyadh sekitar lepas maghrib jam 6 petang. Tak taulah 6 petang ke 6 malam sebab disini maghrib sekitar 5.40. Dikeranakan keadaan yang sudah gelap maka kami tak dapatlah menyaksikan pemandangan disepanjang perjalanan yang menurut katanya indah. Ada padang pasir yang unik dan lain-lain. Pemandangan tu hanya dapat kami saksikan ketika perjalanan pulang dari Riyadh ke Mekah kerana diwaktu itu kami berangkat lebih awal. Tapi dikeranakan keletihan maka takde mood nak turun bergambar.

Diperjalanan sempat kami singgah makan malam disebuah restoran yang terletak di RnR. Hampir semua restoran di Saudi ni menyediakan family section untuk pelanggan. Kira macam undang-undanglah. Perempuan tak boleh sewenang-wenangnya makan dikhalayak ramai. Kalau direstoran itu tidak disediakan tempat makan untuk keluarga,maka haruslah tapau dan makan dirumah. Aku memang tak setuju sangat dengan sistem ni. Tapi terpaksalah akur. Di restoran yang kami singgah ni tempat makan keluarga tidak disediakan,sebaliknya dibuat bilik-bilik yang lengkap dengan katil dan toilet yang berada diluar restoran yang boleh disewa dengan harga 20 riyal. Itu khusus untuk keluarga. Untung juga. Bolehlah rehat-rehat,nak mandi pun boleh sementara menunggu makanan datang. Lagi keunikan disini ialah ia menyediakan hidangan burung puyuh panggang. Aku ni bukan lalu sangat nak makan burung ni,tapi dikeranakan keadaannya nampak menyelerakan maka ku sental jelah. Hmm.. Sedap..alhamdulillah..

Puyuh panggang
Setelah makan permusafiran diteruskan. Aku tak perasan pukul berapa sampai Riyadh. Mungkin dalam pukul 1 lebih rasanya. Sembang sikit-sikit dengan tuan rumah,lepastu tidur. Esok ada meeting,nak kena segarlah.

Esoknya seharian kami menyusuri bandar Riyadh,menyelesaikan tugas-tugas yang diberi. Pun tak banyak bergambar sebab seganla kan..urusan rasmi takkan aku sibuk nak bergaya. Makan tengahari kami disponsor oleh seorang kawan disini. Makan kambing sedulang harga sampai 400riyal. Ishla..larat nak habiskan!

Kambing makan 2 orang!
Sebelah malamnya, Asma' isteri tuan rumah membawa kami jalan di Riyadh Gallery,sebuah mall disini. Mall nya gempak tapi takde apa yang menarik sebab kita bukan kaki shopping. Kalau bawa ke pasar malam mungkin semangat jugalah nak memborong. Cuma orang kat sini teruja sangat dengan mall ni pasal suasananya dibuat ada pokok-pokok,binatang dan sungai. Bagi kita orang Malaysia ni taklah jakun sangat.

Balik dari mall kami terus menuju kerumah keluarga Asma' kerana diundang makan malam. Ibu Asma' yang kami panggil mama ialah wanita yang berasal dari Kuwait tapi berkahwin dengan lelaki Saudi. Sudah 6 tahun bercerai dengan suaminya. Dialah yang bekerja keras membesarkan anak-anaknya kerana bekas suaminya telah menghalau mereka keluar dari rumah dan telah menikah dengan isteri baru. Pertemuan dengan ibu Asma' dan adik-adiknya sedikit sebanyak mengubah tanggapanku terhadap wanita di Saudi. Ternyata masih ada perempuan disini yang berfikiran terbuka,rajin buat kerja rumah tanpa memerlukan pembantu dan berdikari. Sebab selama ni perempuan Saudi yang aku jumpa semua jenis manja. Padahal suri rumah,tapi mesti nak ada orang gaji. Anak 2-3 orang je pun. Bangun pukul 11 tengahari,bersolek,melawa itulah kerjanya. Suami tu dah macam kuli. Kalau kat Malaysia memang nak kenalah!

Bersama Syahad dan 'Ahad
Hidangan buffet macam hotel
Oklah dah panjang cerita. Nanti sambung lagi k.. Banyak lagi kisahnye haa..