Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Mana nak dicari

Aku tidak pernah belajar tinggi tentang ilmu pemerintahan,sistem negara,politik,kepimpinan dan sebagainya. Namun aku banyak dengar dan belajar dari Abuya tentang kepimpinan menurut islam. Rasul,nabi,mujaddid dan pemimpin yang ada didalam sejarah islam semuanya merupakan lantikan oleh Tuhan. Kalau ada pun yang dilantik oleh Rasul,itu hakikatnya ialah diambil dari Tuhan. Tidak ada istilah pemimpin dipilih hasil undian orang ramai. Apa lagilah kalau pemimpin itu terpaksa berkempen menyogok rakyat agar memilih dirinya sendiri. Islam menggambarkan bahawa pemimpin ialah satu tugas yang maha berat. Segala beban terpikul dibahunya. Bukan hanya beban duniawi,tetapi yang lebih ditakuti ialah beban ukhrawi. Setiap perlakuannya akan disoal oleh Tuhan bagaimana dia memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Mampukah? Sebab itu orang-orang soleh bila dilantik menjadi pemimpin maka dia akan jadi orang yang paling banyak menangis kerana takutkan Tuhan. Takutnya jika amanah dari Tuhan itu gagal

Barulah aku faham..

Aku ni memanglah jarang ambil tahu tentang perkembangan politik Malaysia mahupun dunia. Entahlah..kurang berminat. Tapi boleh pulak akhir-akhir ni minat terhadap politik tu tiba-tiba menjelma. Bukanlah aku rasa nak ikut bertanding pilihanraya pun,cuma aku ada rasa tertarik untuk ambil tahu apa sebenarnya yang berlaku didalam dunia politik. Selama ni sibuk pasal dunia artis je. Huh! Bukan apa,Abuya memang banyak tulis tentang orang politik ni. Dalam sajak atau bukunya,pasti akan ada diselitkan tentang politik. Gambaran yang Abuya berikan perihal orang politik tu sebenarnya aku tak terbayang pun. Sebab memang kurang ambil tahu. Ada juga tokoh-tokoh besar politik dari dalam dan luar negara yang datang jumpa Abuya memohon panduan dan sebagainya. Dalam setiap ucapan Abuya terhadap mereka,biasanya Abuya banyak membidas mereka. Bidasan kasih sayang sudah tentunya! Tak kurang juga yang datang mengajak Abuya untuk tubuhkan parti politik memandangkan pengaruh yang Abuya ada. Tapi Abuya menolakny

Surat terbuka untuk Saudara Zawawi Aman

- Mudah-mudahan surat ini akan dapat memberi jawapan juga kepada mereka yang bertanya - Ini adalah jawapan kepada saudara seislam Zawawi Aman yang banyak memperkatakan hal saya (Hatijah Aam) selama ini terutama didalam TV9 dan TV HIJRAH. Kalau saya tidak jawab, tentu orang ramai akan tertanya-tanya mengapa diam perkara yang masyarakat terlalu perlukan! Saudara, sebenarnya secara peribadi saya tidak tahu saudara. Tidak pernah jumpa kecuali masa saudara kecil di sekolah di Pakistan oleh Jemaah Arqam. Saya bangga saudara jadi begitu kedepan hasil bersekolah dengan Arqam! Setelah dewasa, saya dengar saudara ada masaalah dengan jemaah di tempat saudara bekerja (sekolah). Sudahnya saya dengar saudara keluar dari jemaah tapi isteri pertama tidak mahu ikut keluar, bersama 5 orang anak! Bila jemaah bagi pilihan pada isteri (Syamsiah) ikut suami atau jemaah,da memilih jemaah! Dia meminta perlindungan diatas tekanan yang saudara berikan padanya. Hal ini ada di tulis Syamsiah sebagai reaks

Nothing but the truth

Aku menulis entry kali ini dengan berinspirasikan satu kisah yang aku dapatkan lewat pembelajaranku akhir-akhir ini. Kisah seorang wanita yang bekerja sebagai wartawan di satu akhbar yang menulis tentang politik. Kehidupannya tak ubah seperti wanita lain bersama suami dan ibu kepada seorang anak lelaki. Hinggalah pada suatu hari dia telah membongkar dan menulis tentang rahsia kerajaan yang didapatkannya dari satu sumber yang sah dan boleh dipercayai. Hasil dari itu dia berhadapan dengan banyak pihak yang tidak senang dengan tindakan beraninya dan dia diminta untuk mendedahkan siapakah sumber yang telah membocorkan rahsia kerajaan itu. Pihak keselamatan telah menahannya dan dia hanya akan dibebaskan jika dia bersetuju untuk memberitahu nama orang yang menjadi sumber maklumatnya itu. Dia dianggap bersekongkol dengan mereka yang membeberkan rahsia sulit negara. Dan itu bukan kesalahan yang kecil. Namun wanita itu kekal memegang prinsip dan etika kewartawanan untuk melindungi hak mereka

Lagi-lagi sesat!

Hampir seminggu jugak stall masak panas tak beroperasi sebab semuanya sibuk fokus shooting untuk Teater Haji Akbar. Jadi bila nak mula balik ni memang berserabutlah sikit. Jualan,belian,keluar masuk semua dah tak berhala. Maka malam tadi aku sempatkan diri jengah ke mat'am untuk pastikan apa-apa yang boleh dibantu. Alhamdulillah semuanya lancar. Chef Rizal tetap datang bertugas walaupun sakit gigi muka bengkak sebelah. Menu baru ayam golek diusahakan oleh Kimi yang baru datang dari chalet. Sempat juga aku membebel kat Jun melihatkan kelembapannya bersiap untuk goreng Ayam Ikhwan. Ayam baru nak potong,rempah tak bubuh lagi,lepastu baru perasan tepung habis. Yaallah..geramnyalah haii.. Nasib baiklah pandai dia berhujah maka redalah kemarahan dan selesailah masalah. Moga-moga semuanya akan bertambah baik. Dah tak lama pun stall ni. Bulan dua karang dah tak boleh nak operasi lagi. Waktu tu dah masuk musim umrah. Semua tenaga perlu dicurahkan pada katering. Dengarnya tahun depan sekali

Syria Allah Hamiha

Sedang asyik aku melahap roti canai D'saji dengan penuh sopan,aku disapa oleh seorang wanita arab yang bertanyakan dimana restoran yang ada menjual mee/spagheti. Aku pun tunjukkan padanya beberapa kedai. Lepastu baru aku perasan yang lahjah arab yang dia gunakan macam familiar je. " min wein enti ",aku bertanya untuk kepastian. " ana min suria ",jawabnya sopan. Ye..lahjah syria memang sedap didengar. Lembut iramanya. Aku dengan semangat cerita kat dia yang setiap hari aku doakan keselamatan untuk Syria. 'Suria Allah Hamiha' (Allah melindunginya). Itulah kata-kata yang biasa didengar atau dilihat tertulis disepanjang jalan dinegara itu. Moga Allah sentiasa melindunginya. Aku tidak pernah lama di Syria. Paling lama seingatku sekitar hampir 3 minggu. Oleh kerana Syria merupakan antara negara jiran terdekat dengan Jordan,maka seringlah aku ulang alik untuk cop visa atau kadang sekadar untuk ziarah keluarga dan kawan-kawan disana. Biasanya kesana menaiki bas

Power Kaabah II

Baiklah kawan-kawan..sebelum saya menyambung tentang penjelasan berkait lirik Power Kaabah yang cukup kontroversial itu,ingin saya anjurkan kepada semua yang sudi membaca blog dhaif ini untuk meluangkan sedikit masa bagi mempelajari atau mengkaji serba sedikit tentang hadis berkaitan peristiwa besar diakhir zaman. Mudah-mudahan disitu kita akan mendapat satu pencerahan yang akan merungkai sedikit sebanyak kekusutan dan tanda tanya yang sekian lama bersarang dijiwa dan raga kita. Saya dibesarkan dalam keluarga yang merupakan pengkaji hadis akhir zaman. Selain latar belakang ayah,datuk,moyang,piot dan seterusnya itu memang sangat menekuni perjuangan kebenaran yang telah disabdakan Nabi akan muncul diakhir zaman ini,ibu juga merupakan orang yang sangat tercari-cari arah untuk hidup secara islam,benar-benar seperti yang Tuhan mahukan. Kalaulah Newton yang menemui graviti itu memulakan kajiannya setelah timbul persoalan dibenaknya bila melihat apple jatuh dari pokok,apakah mustahil untuk

Power Kaabah vs Power Sabun?

Baru-baru ni katanya ada satu blog (saya pun tak tengok) yang menyiarkan tentang lagu Power Kaabah dendangan Generasi Harapan. Bermacam-macam komen yang diterima dan boleh dikatakan kebanyakannya negatif. Hasil tulisan saya yang bertajuk Mawaddah vs Kpop tu pun banyak menerima komen. Positif dan negatif. Ada yang bertanya,apakah yang saya boleh terangkan tentang lirik Power Kaabah. Saya pun tak pasti apakah nadanya mengejek atau benar-benar ingin tahu. Sebab membaca tulisan,tidak sama dengan mendengar langsung pertanyaan. Walau bagaimanapun saya anggap ianya tetaplah satu hal yang positif. Dan untuk mendapatkan promosi besar-besaran,walaupun berunsur negatif,tetaplah tak mudah. Paling kurang bila tersebar macamtu,manalah tahu ada hati yang Tuhan beri untuk celik dan dapat menilainya dengan lebih baik. Saya sebenarnya kurang suka mengenengahkan sesuatu yang kontroversi diblog ni. Bukan kerana takut menerima risiko,tapi rasa macam tak puas bila penjelasan hanya dibuat dengan tulisan. S

Roh hijrah mencetus hati yang ajaib!

Bila suatu malam Nabi bersama Saidina Abu Bakar keluar secara rahsia melarikan diri dari kekejaman musuh yang telah mengepung rumah Baginda,maka Saidina Ali yang ketika itu baru berusia 9 tahun telah merelakan dirinya untuk menggantikan tempat Rasulullah diperbaringan. Terkejutlah orang kafir bila melihatkan orang yang berbaring dibawah selimut yang disangkakan Muhammad itu ternyata seorang budak kecil yang sangat berani berkata,kalau kamu mahukan Muhammad,kamu carilah sendiri! Demikian peristiwa hijrah yang cukup agung telah Tuhan lakarkan sebagai satu kesaksian bahawa kebenaran dari Tuhan itu berjalan dengan penuh kepayahan,namun semuanya dapat dilepasi dengan penuh keajaiban. Tuhan mempertaruhkan nasib agama dan orang-orang kecintaannya dengan meletakkannya dalam keadaan yang cukup getir. Membuatkan setiap hati bergantung harap penuh kepada kekuasaan Tuhan. Siapakah yang telah menciptakan hati seperti Saidina Ali yang cukup berani diusia yang begitu muda? Budak 9 tahun dizaman i

Sesatkah akidah mereka?!

:فقد روى الطبراني عن أنس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من ترك الصلاة متعمدًا فقد كفر جهارًا Bila baca hadis tentang siapa yang tinggalkan solat dengan sengaja maka kafirlah dia,hati terdetik..eh..kalau camtu banyaklah orang kafir ye. Sebab selalu je jumpa orang yang tak solat walaupun islam. Maksudnya kalau dia mati,kena kebumikan dekat perkuburan bukan islam lah kan? Nampak mudah,tapi rupanya tidak semudah itu. Mengatakan seseorang yang islam,tapi tak sembahyang itu sebagai kafir adalah satu perbuatan yang sangat bahaya. Walau jelas perbuatannya itu sepertimana jelas apa yang tersurat didalam hadis,namun kita tetaplah perlu hati-hati kerana persoalan akidah itu sangatlah halus dan seni. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui. Rasulullah mengambil masa 10 tahun untuk membaiki akidah manusia,sedang hanya 3 tahun diperlukan untuk mengajarkan syariat. Ini adalah bukti bahawa akidah itu sesuatu yang cukup sulit untuk diperkatakan. Apa lagilah kalau kita bukan ahlinya. Ahli akid

November

Sibuk. Takde mood. Peralihan cuaca. Demam. Blog sepi. Padahal dah list kan macam-macam tajuk untuk ditulis tentangnya. Kita merancang,Tuhan merancang. Perancangan Tuhan lah yang terjadi. Melewati November yang penuh dengan suka duka oleh Tuhan yang maha bijak melakukannya demi keseimbangan roh yang sangat menyihatkan. Sama seperti makanan yang diambil perlu seimbang untuk kesihatan,begitulah roh juga perlu dihidangkan dengan santapan yang akan membuatkannya sihat dan aktif. Ulam-ulaman pahit rasanya,tapi banyak khasiatnya. Kulit ayam berlemak cicir liur mengenangkannya,tapi lepastu sedih dengan kolestrol yang menimbun. Roh tak perlu makan ulam atau kulit ayam,tapi roh perlu dihadapkan dengan kejadian yang akan membuatkannya semakin dekat dengan Tuhan yangmerupakan kesihatan sejati. Oktober melabuhkan tirai dengan peristiwa yang cukup menggemparkan. Taufan Sandy membadai Amerika,satu kuasa besar dunia yang tiada siapa dapat melawannya melainkan hanya mampu akur dengan setiap telunjuknya

Mawaddah vs Kpop

Kumpulan nasyid Mawaddah yang awalnya hanya 4 orang ahli,terpaksa dibuat penambahan anggota memandangkan permintaan yang cukup tinggi waktu itu. Mawaddah menjadi satu-satunya kumpulan yang kurang menonjolkan personal artisnya,tapi lebih mengetengahkan nama kumpulan itu sendiri. Maka terwujudlah Akademi Mawaddah yang didalamnya ada lebih 50 remaja perempuan yang terlibat didalam bidang seni dan budaya. Daripada bidang suara,bermain alat muzik,production,marketing dan lain-lain semuanya diurus sendiri oleh para pelajar dibawah Akademi Mawaddah. Kalau artis lain tidak mudah menembusi pasaran Indonesia,namun Mawaddah mempunyai sekelompok peminat tersendiri disana. Begitu juga dengan negara seperti Australia,Eropah dan lain-lain. Ditengah kerancakan bergelanggang kesana kemari,kita terpaksa akur dengan kehendak pihak berwajib yang telah mengeluarkan surat pekeliling untuk semua stesen tv dan radio juga semua pihak supaya tidak memberi kerjasama kepada kumpulan Mawaddah yang dipercayai SES