Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Rumah Tok : Dulu dan sekarang

Sejak balik dari Saudi dulu,jarang-jarang dapat balik Kampung. Jarang juga dapat menjenguk Tok. Sesekali singgah kalau ada show ditempat berhampiran,itupun kelam kabut dah nak kena balik semula. Sedih juga kadang tu bila tak sampai 24jam jumpa Tok dah nak kena balik. Walaupun Tok tu bukanlah jenis nak suruh tidur bawah ketiak dia. Dah cucu semua gabak mana muat ketiak Tok dah! Tok kata dapat tengok sat pun takpa dah. Lepastu hangpa pi lah berjuang,tolong Ummu hang nak buat islam. Tok doa tak berenti. Dan doa Toklah yang menjadi keberkatan buat kami.
Bila Abg Atan kata Hj Saad Langkawi nak ajak show kat kenduri kawin anak dia,maka peluang nak ziarah Tok pun cerahlah. Berangkutlah kami 1 van 1 kereta menuju ke Utara. Terima kasih Tuhan. Haritu konon dapat cuti ke Melaka kejap,itupun dah jakun! Tuhan bagi pula peluang balik kampung sendiri..



Korang la ni pergi rumah Tok bukan main seronok lagi eh! Mana taknya,rumah Tok dah jadi macam resort bak hang! Hosba Valley Resort pun dah gulung tika…