Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Entry iseng 1: Insomniakah aku?

Bermula sejak Ramadhan sampailah sekitar seminggu lepas raya,mata ni macam dah hilang ingatan,bila waktu yang dia perlu tutup,dan bila pulak masanya dia perlu celik besar walaupun sepet tanpa kelopak! Gejala insomnia katanya. Memang sedih. Sedih sebab bila malam menjelang,semua insan lena dibuai mimpi,yang kita terpaksa cari BB dan buat-buat nak BB dengan kawan-kawan yang masih terjaga kerana perbezaan waktu negara. Dah tentulah cemburu bila Niah dah bergolek-golek,Kak Syidah dah berdengkur,Iyah dah tidur mati sedangkan diri ini masihlah terkebil-kebil. Takut pun yelah jugak. Penduduk MA(Masjidil Aqso) kalau tidur wajib tutup lampu. Kita ni pulak bila dah tak boleh tidur kompem nak bukak lampu sebab nak cari aktiviti yang sekira-kira relevan lah. Tapi kalau dah gelap gelita,aktiviti berangan jelah yang mampu buat. Berangan yang takut-takut pulak tu. Huu.. Terer kan Tuhan? Dia buat sesuai je malam tu untuk tidur dan siang tu untuk berjaga. Kecuali tidur qailulah la. Tapi pelikla t

Nak update la ni!

Salam buat semua yang dirindui dan merindui..(ok,tak ada yang merindui.perasan) Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua kaum muslimin dan muslimat yang meraikan hari kemenangan untuk orang-orang bertaqwa ini. Sungguh kita malu untuk meraikannya,hanya saja Allah yang memerintahkan untuk menyambutnya dengan hati yang syukur dan juga takut kerna mengenangkan kita bukan hamba yang benar-benar layak mendapatkannya.. Rajin juga ikuti perkembangan alam maya baru ni,tapi tak rajin langsung nak update atau terlibat dengannya. Pemalas la tuh. Entah,kadang-kadang kalau otak dah beku,nak tulis 'hai' pun tak larat. Apa lagi kalau nak tulis panjang berjela-jela macam Syekh Harun di www.anjangmuor.wordpress.com nya itu ;-) Hari ni bila terjaga dari tidur lepas asar(ampunkan aku Yaallah) terus rasa nak menulis sesuatu disini. Moga-moga apa yang ditulis ni bukanlah dari dorongan nafsu syaitan. Maklumlah,baru je lepas buat benda makruh. Tak niat pun tapi