Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Roda kehidupan

Tak semua hal yang berlaku itu 'kena' dengan harapan kita. Kadang ia berlaku jauh menyimpang dari apa yang kita jangka. Itulah takdir namanya. Dan sebagai hamba,kita wajib menerima semua yang telah ditetapkan Tuhan keatas kita. Ada saat terasa dunia bagaikan sedang berputar terbalik bilamana impian kita tidak kesampaian. Dengan kelemahan hati kita sampai sempat mempersoalkan keadilan Tuhan. Dan disaat mendapatkan kembali kesedaran dan kekuatan,kita mohon keampunan dari Tuhan kerana telah bersangka buruk denganNya. Indahnya kehidupan bila dipenuhi dengan warna suka dan duka. Jatuh dan bangun,pahit dan manis silih berganti. Bagaikan roda yang berputar,kita akan berada diatas dan dibawah. Tuhan maha adil. Tak selamanya dibiarkan kita berada disana,kerna sesekali dia kan membawa kita kesini. Tuhan..aku disini. Kembali padaMu membawa kepingan hati yang hancur mengharapkan kekuatan dariMu agar hati ini bisa kembali menyatu dan bertambah padu. Mana mungkin aku mampu untuk mela

7 hari,7 negara.. gila?!

Dah macam Puteri Gunung Ledang minta hantaran pulak semuanya serba 7. 7 dulang hati nyamuk,7 tempayan.. 7 ape ntah lagi. Kalau zaman sekarang ni,memang mati pun tak kawin pasal hantaran memang mematikan. Ok..sebut pasal hantaran,aku baru je baik demam pasal gagah meredah asap + habuk kat Jakarta semata-mata nak beli barang hantaran perkahwinan adik tercinta Humam dan isteri Liyana. Selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai. Moga kekal sampai bila-bila. Kalau nanti gaduh-gaduh ingatlah betapa susahnya kakakmu ini sampai setengah mati nak pastikan majlis kome berjalan lancar,sila berhenti bergaduh! Hehe.. Muqaddimah kecundang! Dalam pada terselit rasa fobia nak mengharung naik kapal terbang lepas banyak kali kapal terbang yang aku naiki bergegar(padahal penumpang lain + pramugari relaks je) aku rasa macam mimpi bila Tuhan telah membuatkan aku merentas 7 buah negara dalam masa 7 hari. Yaallah.. terasa sangat kebesaran Tuhan dengan 'kun fayakun nya' Aku start balik sorang-