Skip to main content

7 hari,7 negara.. gila?!

Dah macam Puteri Gunung Ledang minta hantaran pulak semuanya serba 7. 7 dulang hati nyamuk,7 tempayan.. 7 ape ntah lagi. Kalau zaman sekarang ni,memang mati pun tak kawin pasal hantaran memang mematikan. Ok..sebut pasal hantaran,aku baru je baik demam pasal gagah meredah asap + habuk kat Jakarta semata-mata nak beli barang hantaran perkahwinan adik tercinta Humam dan isteri Liyana. Selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai. Moga kekal sampai bila-bila. Kalau nanti gaduh-gaduh ingatlah betapa susahnya kakakmu ini sampai setengah mati nak pastikan majlis kome berjalan lancar,sila berhenti bergaduh! Hehe.. Muqaddimah kecundang!

Dalam pada terselit rasa fobia nak mengharung naik kapal terbang lepas banyak kali kapal terbang yang aku naiki bergegar(padahal penumpang lain + pramugari relaks je) aku rasa macam mimpi bila Tuhan telah membuatkan aku merentas 7 buah negara dalam masa 7 hari. Yaallah.. terasa sangat kebesaran Tuhan dengan 'kun fayakun nya'

Aku start balik sorang-sorang dari Paris,Perancis tinggal adik 5 orang kat sana pasal banyak lagi kerja nak dibuat(memang nak nangis sebab terpaksa balik tapi cover malu dengan depa) menuju ke Rome, Itali untuk transit selama beberapa jam. Dari Rome aku gerak ke Amman, Jordan melepas rindu pada adik-adik yang disana pula sambil berkongsi pengalaman sebulan di Eropah. Sakit perut depa gelak dengar pengalaman-pengalaman pelik kami disana tapi sakit lagi badan aku bila teringat terpaksa tidur dalam kereta. Huh! 2 hari di Amman,aku berangkat pulang ke Malaysia tapi singgah sebentar di Muscat,Oman. Takde arah dibuatnya bila kena transit kat surau sambil buka laptop tapi bengang sebab wifi tak boleh connect. Airport Oman,sila ambil perhatian. Dari Muscat terbang lagi menghala ke Bangkok,Thailand. Memang tak faham langsung pasal apa nak kena singgah Bangkok. Memanglah aku suka gila makanan Thai,tapi tak bermakna aku suka sangat nak transit kat sana tanpa hala tuju setelah berapa hari tak mandi. Taubat lepas ni tak nak ambil connecting flight jenis macamni dah! Nasib baik tak lama sangat transit tu aku dah boleh jalan(naik flight la) ke Malaysia negara tercinta. Oopss.. tapi itu hanya untuk beberapa jam je. Sebab lepas tu terus nak kena kejar flight ke Jakarta pulak.

Yang paling sebal bila dah penat sangat macam tu,sampai KLIA beg-beg aku hilang! Atau dalam erti kata sebenar,tak sampai lagi sebab ada kelambatan pemindahan beg dari Bangkok ke KL. Waktu tu memang rasa tak nak redha langsung tapi mengingat betapa Tuhan sedang sangat memerhati dan menilai apakah aku akan mampu untuk bersabar lagi setelah sabar menempuh perjalanan yang panjang gila,aku buat-buat cool dan akhirnya memang boleh cool lah. Dah buat report kat KLIA tu,aku merayu kat Adib untuk hantar aku kat rumah sape-sape di Kota Warisan untuk menumpang mandi. Tolonglah! Dan lepas tu ambil flight ke Jakarta dengan misi beli hantaran dan pesanan orang untuk Ramadhan. Nasib baik tiket di sponsor,kalau tak.. Sebenarnya pergi tu pasal bawak orang,jadi tourist guide,tapi sambil meyelam makan bakso la..

Kira tak? Memang 7 negara kan? Start jalan 7hb,perjalanan berakhir 14hb. Bayangkanlah.. Badan aku memang dah tak rasa apa-apa. Kadang aku jalan dari Amman-Kl je pun perlu beberapa hari untuk sesuaikan diri. Inikan pula dah bermacam-macam negara singgah. Hm..Angin,semput,kembung,selsema,demam,cirit-birit tak yah
cakaplah. Memang lengkap pakej. Macamlah pakej hantaran Humam&Liyana :-)

Dalam hati terselit rasa syukur pada Tuhan diatas pengalaman tak ternilai ini. Tak semua orang Tuhan anugerahkan dengan pengalaman serupa. Ye..memang orang akan cakap,bestnya dapat jalan sana-sini. Tak kurang yang akan menyindir,banyak duit makcik ni joli-joli. Sedangkan keseronokan yang nampak dimata tu hanya luarannya. Hal yang sebenar-benarnya berlaku,hanya mereka yang melaluinya dapat merasakan. Seawal mencari tiket,meredah,meneroka tempat baru di Eropah,berhadapan dengan cuaca dan keadaan yang serba kurang,makan nasi hanya sehari sekali,tidur dalam kereta dan bermacam lagi bentuk ujian disepanjang permusafiran,kita hanya mampu berdoa agar segala kesusahan itu akan Tuhan bayar kelak. Yang mungkin akan dapat dikongsikan nanti ialah cerita dan gambar. Tapi nak kongsi gambar pun fikir banyak kali sebab nanti ada pula yang kata,amboi..bukan main lagi foya-foya-sebab tengok dalam gambar dok senyum lebar. Ada ke orang bergambar,tapi bila nak snap cakap 1..2..3 tu terus dia nangis? Kalau gambar candid aku umur 2 tahun nangis pasal kena tinggal mak ayah dulu lainla kan..

Perjalanan masih panjang. Nampaknya begitulah yang Tuhan aturkan untuk aku. Hidup pindah randah kalah orang badwi. Setiap tempat aku tinggal barang sebab beg tak cukup nak bawa. Hikmah musafir ni sangat besar untuk aku. Aku belajar melepaskan hal-hal yang sangat berat untuk dilepaskan tetapi akhirnya Tuhan 'paksa' aku untuk melepasnya. Aku dah boleh tenang balik bila tidak lagi mempunyai kereta sendiri yang membuatkan aku gelisah bila ada calar sikit je pun. Aku dah makin selesa bila sesekali balik cukup dengan menumpang rumah kawan-kawan tanpa sibuk nak fikir pasal rumah sendiri dengan segala perabot dll. Aku cukup dengan 2 beg comel yang menjadi almari bajuku tanpa perlu kalut-kalut nak fikir takut tikus gigit baju yang tinggal kat gobok. Bijak Tuhan merancang semua ini. Bila difikirkan balik,memang tersungkur depan Tuhan. Nafsu ni biasalah..nak hidup mudah je. Ada kereta,rumah,santai-santai. Tapi bila dah macam ni,rasa sangat yang Tuhan memang memudahkan pun. Mudahlah sangat.. Otak dah ringan separuh. Nak harap usaha sendiri lawan nafsu,entah bila.

Aku suka sangat lagu yang turut menjadi kesukaan ibu ku(Tuhan memangil) bila disebut,
" aku akan jinakkan diriku(pada Tuhan) dengan berkelana.."

** Maaf tak selit gambar ape pun sebab penat musafir tak hilang lagi :-D (ngengade)

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...