Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Rumah Tok : Dulu dan sekarang

Sejak balik dari Saudi dulu,jarang-jarang dapat balik Kampung. Jarang juga dapat menjenguk Tok. Sesekali singgah kalau ada show ditempat berhampiran,itupun kelam kabut dah nak kena balik semula. Sedih juga kadang tu bila tak sampai 24jam jumpa Tok dah nak kena balik. Walaupun Tok tu bukanlah jenis nak suruh tidur bawah ketiak dia. Dah cucu semua gabak mana muat ketiak Tok dah! Tok kata dapat tengok sat pun takpa dah. Lepastu hangpa pi lah berjuang,tolong Ummu hang nak buat islam. Tok doa tak berenti. Dan doa Toklah yang menjadi keberkatan buat kami. Bila Abg Atan kata Hj Saad Langkawi nak ajak show kat kenduri kawin anak dia,maka peluang nak ziarah Tok pun cerahlah. Berangkutlah kami 1 van 1 kereta menuju ke Utara. Terima kasih Tuhan. Haritu konon dapat cuti ke Melaka kejap,itupun dah jakun! Tuhan bagi pula peluang balik kampung sendiri.. Korang la ni pergi rumah Tok bukan main seronok lagi eh! Mana taknya,rumah Tok dah jadi macam resort bak hang! Hosba Valley Resort pun dah gulung tik

Sekolah

Aku tak pernah bercita-cita nak jadi cikgu. Tak pernah minat nak mengajar. Entah kenapa. Kerana aku malas belajar kot. Tahlah! Tapi cikgu/guru tak pernah sekalipun masuk dalam list cita-citaku sewaktu kecil dan besar. Aku tak rasa cikgu adalah kerja yang best padahal apalah yang aku tau pasal kerja seorang peguam diwaktu aku tergedik-gedik ingin menjadi peguam ketika masih sekolah rendah. Huh! Takdir Tuhan merubah segalanya. Bila aku try test cuba mengajar bermula di Mekah haritu(rasa macam baru semalam jek) tiba-tiba aku diresapi perasaan,eh eh best jugak jadi cikgu. Eh.. bestlah rupenye! Selain dari aku bebas memarahi anak muridku,yang lebih besar ialah aku boleh belajar banyak benda yang aku mungkin belum tahu. Bila jadi je cikgu,terus timbul keinginan untuk tahu ini dan itu. Rasa bahagia bila boleh berbincang,saling bersoal jawab dengan anak muridku. Bertambah bahagia bila aku boleh kongsikan hal yang mereka tak tahu. Bukan pasal aku tau semua benda,tapi sebab kita boleh cari tau b

Gila-gila remaja

Melewati zaman remaja yang tidak mulus adalah kekesalan yang sering bertandang dihati. Bila dikenang balik apa yang dah diperbuat diusia remaja,rasa geram dengan diri sendiri. Kadang sampai bertanya-tanya kepada Tuhan,kenapa Tuhan tidak jadikan saja sejarah hidup aku ni baik-baik saja? Kenapa kena tempuh pengalaman jadi budak nakal,lari sekolah,lawan cikgu,malas solat,susahkan hati Abuya Ummu? Kenapa? Kenapa Tuhan tak buatkan aku ni jadi anak soleh sopan santun akhlak mulia je? Demikianlah segala hal yang sering melintasi hati. Namun kini aku mulai melihat hikmahnya. Bila sekarang dok perati para remaja yang sedang melalui fasa peralihan kearah kematangan,aku rasa aku faham apa yang mereka rasa. Tuhan uji dengan perasaan ingin mencuba semua benda. Rasa diri betul semuanya. Ditambah lagi dengan nafsu setan yang bermaharajalela,memang sengsara.  Sebab itu nak hadapi remaja bermasalah ni bukan boleh diatas-atas saja. Mana boleh main arah-arah je. Lebih lagi tak boleh marah-marah Ikut suke

Telekung GH

Salam semua.. Sihat ke? Baiklah.. Kalini nak update lain sikit. Nak promosi jualan telekung GH. Stok tak banyak. Siapa cepat dia dapat. Telekung berbagai warna. Cantik-cantik. Moga selari dengan niat nak bercantik untuk jumpa Tuhan. Moga tambah khusyuk. Aminn.. Telekung ni sangat sesuai bagi mereka yang selalu travel. Ringan,boleh keronyok sesuka hati. Selalunya telekung ni kita suka pening nak bubuh mana. Kalini tidak lagi. Telekung akan menjadi benda yang paling suka nak bawak pasal ringan gila! Siap dengan beg sekali. Beg itu pula sangat cute sehinggakan anda boleh gunakan untuk jadi purse ke pasar malam ye. Kaum bapa yang tak boleh pakai telekung,bolehlah hadiah sehelai untuk isteri,anak,mak,adik,kakak anda. Boleh juga dibuat hantaran bagi mereka yang nak mendirikan masjid. Ok disini disertakan gambar-gambar contoh telekung. Boleh tengok boleh pilih. Siapa yang berminat boleh hubungi 0197727313 . Takpun,singgah je studio di Bch Rawang ni. Sekali lagi diulang! Stok terhad! Kalau sap

Practice makes perfect!

Punyalah banyak topik yang boleh ditulis,sudahnya ia berakhir dengan tidak menulis sama sekali! Tahape2! Dekat 2 bulan jugakkan? Huh! Dah tak larat reply smiley macam-macam pada yang bertanya bila nak update blog hah?! Baiklah.. Aku dah pun disini. Moga sedikit sebanyak memberi kepuasan dihati. Akhir-akhir ini jadual hidup sudah semakin teratur alhamdulillah. Dah makin kemas hala tuju. Tidur cukup,makan cukup,mudah-mudahan boleh kerja lebih dari cukup. Jemputan show membawa aku dan adik-adik sekali lagi boleh keliling Utara-Selatan. Sabah pun jemput tapi moga dapat dipenuhi dilain kali. Terima kasih pada semua yang sudi mengundang Generasi Harapan dan menjadikan kami sebahagian dari hari bahagia anda. Tuhan,rahmatilah semuanya. Oh ya.. Sedang menunggu jemputan dari Australia. Ok! Jadual shooting kembali berpusing. Tabik aku pada Kakak,Lilah and team yang bertungkus lumus menjayakan rancangan ' Telatah Puteri '. Nanti korang tengok ye. Bagi komen sekali. Dah masuk siri 2 dah! Un

Untuk Zainab

Nab, 6 tahun lepaskan,hari nilah Angah tengok susahnya Mama nak lahirkan Nab. Lama Mama tahan sakit. Panjang doa Jad Jaddah moga Mama dan Zainab dua-dua selamat. Alhamdulillah.. Lepas beberapa jam,lahirlah Zainab. Terima kasih Tuhan. Terus Baba bagi nama 'Zainab' sebab waktu tu Baba sedang ziarah makam Saidah Zainab. Jad pula tambah Attamimiah Almadaniah. Zainab Attamimiah Almadaniah binti Mahmud.  Nab, Ingat ke waktu umur Nab 3 tahun,waktu tu kita duduk Jordan dengan Mama dengan Alang,Atam,Mandak,Pak Teh,Mak ude,Pak Njang,Pak Ude,Cik Bokah,Acu kurus Acu gemok,kakak-kakak banat,abang-abang banin semua? Baba je takde. Selalu Zainab tanya, " Baba mana? Zainab rindulah. Semua orang ada Baba. Zainab je takde. Tapi takpelah,Zainab ada Jad "  Pandai Nab jawab sendiri.  Sesekali Nab call Baba Nab cakap, " Baba keif halak? Ana bintak ya Baba.. "  Kuat Zainab jerit! Nanti Baba jawab, " Na'am.. Na'am.. Tob'an " Bila Zainab tengah menyusu,Angah Al

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi