Practice makes perfect!

Wednesday, September 11, 2013
Punyalah banyak topik yang boleh ditulis,sudahnya ia berakhir dengan tidak menulis sama sekali! Tahape2!

Dekat 2 bulan jugakkan? Huh! Dah tak larat reply smiley macam-macam pada yang bertanya bila nak update blog hah?! Baiklah.. Aku dah pun disini. Moga sedikit sebanyak memberi kepuasan dihati.

Akhir-akhir ini jadual hidup sudah semakin teratur alhamdulillah. Dah makin kemas hala tuju. Tidur cukup,makan cukup,mudah-mudahan boleh kerja lebih dari cukup. Jemputan show membawa aku dan adik-adik sekali lagi boleh keliling Utara-Selatan. Sabah pun jemput tapi moga dapat dipenuhi dilain kali. Terima kasih pada semua yang sudi mengundang Generasi Harapan dan menjadikan kami sebahagian dari hari bahagia anda. Tuhan,rahmatilah semuanya. Oh ya.. Sedang menunggu jemputan dari Australia. Ok!

Jadual shooting kembali berpusing. Tabik aku pada Kakak,Lilah and team yang bertungkus lumus menjayakan rancangan ' Telatah Puteri '. Nanti korang tengok ye. Bagi komen sekali. Dah masuk siri 2 dah! Untuk yang lelaki baru nak mula buat program yang konon nak bagi tajuk makanan roh. Entah sesuai ke idak! Tengoklah nanti nak fikir nama yang lebih sesuai. Kalau sesiapa ada cadangan bolehlah diutarakan. Sebuah lagi drama juga sedang dalam pembikinan. Marilah sama-sama kita meriahkan TVNM!

Aku suka dengan sistem pembelajaran yang memberi ruang praktik yang luas kepada anak muda. Mereka bebas berkarya mengikut kreativiti masing-masing bersama panduan yang diberikan. Aku percaya tiada kaedah yang lebih berkesan dari ini dalam melahirkan generasi yang serba boleh dunia akhirat insyAllah.

Bercakap tentang ini,ingatan aku tidak mungkin dipalingkan dari mengenang betapa Abuya sangat berjasa menjayakan semua ini. Kami sedari kecik Abuya latih untuk tahu menggunakan bakat anugerah Tuhan dengan semaksima impak maksima. Namun bakat sahaja tanpa latihan,itu palsu! Orang putih kata,practice makes perfect! Kan?
Dalam hal nak melatih kami untuk petah bercakap,setiap kali kami pergi show,balik tu Abuya akan kumpulkan dan minta kami buat laporan. Sudah tentulah dengan bahasa yang terbilang rasmi. Hah! Jenuh! Pernah bila Iyah mula merapu-merapu didalam laporannya,Abuya suruh Iyah ngadap almari dan cakap dengan almari. Ummu pun kalau kami naik je kereta nak kemana-mana terus akan bagi tugas kepada kami dan dan tu! Khaulah pengerusi,Atiyah ulasan,Fatim baca berita dan begitulah seterusnya. Sukar sebenarnya mencari hari yang Ummu berehat dari melatih kami mengeluarkan bakat-bakat yang ada. Ada saja assignment mengejut yang akan diberikan. Kerana itu sampai sekarang kami menggelar diri kami- Group Show Mengejut. Sebab Abuya Ummu sangat mampu mengejutkan kami dengan menyuruh ber 'all in one' serta merta!

Aku ingat lagi dulu Adib,Iyah,Kakak,Ajwad,Mamat,Zahidah,Fah balik je sekolah Ummu terus bagi sorang satu artikel untuk dihafal dan akan divideokan. Maka riuh rendahlah rumah ataupun asrama penuh itu dengan gelagat budak-budak menghafal sajak ataupun kuliah pendek mahupun artikel dari Ummu. Gagahnya Ummu waktu tu!

Untuk aku pula,kenangan yang takkan aku lupakan bilamana kami akan dihantar ke Eropah. Ummu latih aku untuk nasyid tu sambil jalan-jalan bukan tegak berdiri macam kayu. Sudahlah bentuk badan diwaktu itu macam pokok,kata Ummu. Awalnya macam-macam alasan yang aku beri untuk kekal kaku dikala menyanyi. Sudahnya aku hampir dikayukan oleh Ummu. Maka dengan linangan airmata aku pun berlatihlah setiap lepas maghrib,depan Ummu,bagaimana nak menguasai pentas disaat menyanyi. Begitu sekalilah! Belum cerita lagi macamana Ummu latih vokal kami (diatas tangga) dalam menyampaikan lagu asmaul husna-persiapan Eropah. Sekarang tengok senang je orang nak pergi Eropah. Hehe.. Aku rasa Juara Akademi Fantasia tu tak boleh dikira juara lagi selagi tak disahkan vokalnya oleh Ummu. Haha!

Dalam hal belajar bercakap,memang haru! Ummu cakap,Khaulah tu kalau sembang dalam bilik semua dia borong! Tapi suruh ulasan dan dan pelat tak jumpa ayat. Yaallahh.. Aku pun heran awat jadi lagu tuh! Cakap merapu boleh! Cakap yang senonoh terasa kekok. Memang semuanya kena dilatih. Abuya selalu cerita macamana dasyatnya Abuya yang sedia pemalu melatih dirinya untuk bercakap. Dengarkan bagaimana Presiden Sukarno berpidato,Abuya hafal kata-katanya dan kemudian akan bersyarah depan cermin untuk melatih keberanian. Abuya kata,kena latih! Kena latih! Jangan malas. Semua kita bermula dengan tak tau,tak reti,tak biasa,tak pernah.. Mana ada orang lahir-lahir je dah pernah macam-macamkan? Kena latih tu memanglah!

Antara ketakutan yang aku selalu ingin atasi ialah ketakutan bercakap dikhalayak ramai. Heh! Janganlah ingat aku macam Aznil Nawawi! Setiap kali sedar nak kena cakap,terutamanya cakap-cakap yang bersifat rasmi mahupun didepan ramai,maka perut serta merta akan memulas bagaikan rama-rama sedang berterbangan didalamnya. Tak minat sungguh perasaan itu. Tapi aku selalu minta Tuhan tolonglah aku untuk atasi bencana itu. 

Sebab tu aku selalu bebel kat adik-adik-bukan adik-adik kandung yang kadang-kadang suka cakap tak reti,takut,taknak.. Korang dengar ni! Kita semua tak reti takut taknak. Tapi demi perkara yang kita lakukan,yang kita dah niatkan untuk Allah,Rasul dan Islam maka semua itu wajib diatasi. Kalaulah dapat aku gambarkan bagaimana perjuangan Abuya Ummu didalam hal melahir dan mencungkil bakat-bakat terpendam didalam diri orang,sungguh ianya akan menjadi sejarah yang tak terlupakan. Membina generasi yang maju dunia akhiratnya adalah satu tanggungjawab yang bukan kecil. Oleh itu kepada semua kita yang terlibat secara langsung mahupun tidak didalam pendidikan,itu jugalah tanggungjawab kita. Tenaga muda mudi remaja belia itu sangatlah mahal bahkan merekalah aset dan khazanah termahal kepada agama bangsa dan negara! Wah berkobar sungguh ucapan kau! 

Tak sabar rasanya untuk kembali menganjurkan pertandingan 'all in one' secara besar-besaran macam dulu-dulu. Perkenankanlah Yaallah..

Baiklah.. Wassalam. Tolonglah jangan cakap,eeii pendeknya! Sekian.

16 comments:

Mohd Sallehuddin said...

Akhirnya update gak k.olahnye blog.. Mekasih sudi update.. Lme menunggu.. Xsia2 lme xupdate.. Ble da update, byk kte2 nshat n pmangkin yg dpt dri blog k.olah.. ;)..Amiinn. Perkenanknlah ya Allah..

mar said...

Salam...ok dahh tu Olahhh...sdang elokkk...;) Alhamdulillah...xsbr mnunggu laporan sterusnya..lagiii..dn lagiii...

Anonymous said...

When IS GH coming to Australia..?No invitation needed, you knw we're ALL waiting 4 you to come! Perth awaits the arrival of GH!!

nasir said...

Tahniah Khaulah dapat kembali memblog...

mammamia said...

Gud!gud!4 Allah,Rasul n Islam..may Allah blessing u'll..amin..

Anonymous said...

Akhirnya!!! Syukran.

Anonymous said...

Wahhhh! Akhirnyaaa...salam dr bumi pahang:)

Khaulah bt Hj Asaari said...

Hey,airasia pun oklah.. Hehe

Khaulah bt Hj Asaari said...

Terima kasih semua...

Anonymous said...

Best la k.olah pnya blog xjemu baca tiap harii .., k.olah lpas nie ada buat show kt mna2 ??

Anonymous said...

K.olah lpas nie ada buat show kt mna2 k ??

Anonymous said...

Terima kasih ;)... Kata2nya singkat tapi padat...

GH punye show kan terkejut-kejut, mcm mne la kk.olah nk tau bile show seterusnya... Betul ke..?? Salam dari bumi sarawak...

Anonymous said...

Nak cakap gak "eei pendeknya!"....hehehe...nak tengok Kak Olah marah camane....

Anonymous said...

Salam. kat Brunei ade GISB?, dimana? saya akan berhijrah kesana tak lama lagi :(

PrincessAyuni said...

ee..pendek pun sangat padat dan berisi. suka kak khaulah. rindu kak khaulah. tak tahu lah kak khaulah ingt lagi tak budak2 yg nk snap gmbr ngn kak suatu ktika dulu, tp sygnye kamera diorg rosak/hang. haa, sy la cameraman die tu...huahua

Anonymous said...

Di brunei ada gisb :)) di kota belait