Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Minggu sibuk-Jerash

Assalamualaikum.. Minggu sibuk sudah bermula. Kembali bersama keluarga besar Bandar Ikhwan Jerash,Jordan. Seronok tengok adik-adik ni semakin masyi(sebati) dengan aktiviti masing-masing. Penambahan beberapa projek baru juga menambah meriahkan suasana disini. Terima kasih Tuhan kerana sentiasa melimpahkan rahmatMu keatas kami. Semoga kami mampu menjadi hamba yang bersyukur. Bila tengok ahli-ahli baru di bandar ni,bertambah terhibur. 2 ekor kuda,Ibrahim dan Hajar juga 20 ekor ayam membuatkan tak menang tangan hendak mengurusnya. Kesian juga tengok adik-adik yang dah semakin kurus. Maklumlah,muka bumi Jordan yang berbukit bukau ni membuatkan kami seolah berada diatas bukit dan dilereng-lerengnya. Setiap hari kena berlari kebawah bukit,dan mendaki bukit lagi. Mana tak pecah lemak semua. Hehe.. Kadang-kadang binatang-binatang dah sendawa kekenyangan,tapi orang tak sempat nak sarapan. Hai..naik lemak betul menatang-menatang tuh. Alhamdulillah..perjalanan restoran pun semakin lancar. S

Lagu buat mangsa tsunami Acheh 2006

Satu pengorbanan mangsa Tsunami Terutama yang meninggal dunia Demi sampai beralihnya peta dunia dan wajah manusia Dari kegelapan dan kezaliman Kepada cahaya kebenaran Semuanya dikira cukup berjasa Masakan Tuhan yang baik akan mensia-siakan Pengorbanan dan kematian mereka Diterima baik oleh Tuhan Kini mereka bahgia bersama Tuhan disana Mati lemas mati dihempap Disisi Tuhan adalah syahid Bunyinya azab hasilnya indah Tuhan lakukan semua itu Sebagai penghapusan dosa Kematian mereka berjasa Mengubah dunia yang berdosa Kepada dunia yang sejahtera Ertinya semua tangisan itu Tangisan kegembiraan Lalu apa lagi mahu dikesalkan dan disedihkan Melainkan menunggu khabar gembira Yang pasti tiba Marilah bertaqwa kepada Tuhan Yang punya segala-galanya

Tsunami Jepun: Mesej dari Tuhan

Riuh rendah hiruk pikuk tunggang terbaliklah dunia akibat gempa bumi,tsunami dan akibat-akibat yang melanda Jepun hari ini. Kejadiannya tidak sebesar Acheh,tapi kesannya jauh lebih merbahaya. Berapa banyak negara yang turut terkena tempiasnya. Berapa banyak kerugian dilaporkan yang melibatkan negara-negara berkuasa didunia. Diwaktu ini,segala teknologi yang sekian lama dibanggakan,hanya mampu dibiarkan tenggelam,terbakar,hancur dan hanyut beserta penderitaan yang tersisa. Jepun dikenali sebagai negara yang cukup tinggi teknologinya. Bahkan Malaysia sendiri pernah mengambil dasar pandang ke timur sebagai menunjukkan kekaguman terhadap negara matahari terbit itu. Dengan kecanggihan teknologi mereka hingga mampu menjadi kiblat kepada negara-negara didunia,saya kira mereka terlahir sebagai satu bangsa yang sombong. Secara lahirnya orang-orang jepun ini lemah lembut dan kaya dengan adat dan kesopanan,namun,dalam hal menolak Tuhan,itu adalah dikira sombong yang paling tinggi. Apa ertinya

Cinta tanpa syarat

Pernahkah kau mengalami satu perasaan cinta yang datangnya dari lubuk hati terdalam kepada seseorang? Rasa cinta yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hingga kadang menimbulkan rasa sakit didada. Cintakan seseorang dengan sepenuh hati hingga engkau sama sekali tidak mengharap balasan cinta darinya kerana engkau merasa tidak cukup sempurna untuk layak dicintai olehnya. Saban hari engkau berharap agar dia yang dicintai akan diberikan kebahagiaan oleh Tuhan selama-lamanya. Disudut hati engkau sanggup untuk melakukan apa saja,berkorban segalanya,namun hakikatnya egkau terlalu lemah untuk mengotakan keinginanmu sendiri. Tapi betapalah engkau ingin sekali nyatakan bahawa kelemahan itu tidaklah sampai menafikan kecintaanmu padanya. Hanya kerana engkau memang seorang manusia biasa yang punya seribu satu kekurangan yang belum tertampungkan. Kau panjatkan doa pada yang maha esa,nyatakan padanya betapa engkau sangat mencintai dia. Dan..berharap cukup Tuhan yang menjadi saksi cinta. C

Penulisan lebih tajam dari mata pedang

Assalamualaikum.. Ada orang menulis kerana hobi,ada yang kerana minat,ada juga kerana mencari rezki. Tak kurang yang menulis untuk populariti,ada yang untuk mencaci maki,dan bermacam-macam tujuan lagi. Tapi tahukah kita bahawa penulisan itu lebih tajam dari mata pedang? Kalau pedang yang tajam yang selalu keluar cahaya ting ting tu,boleh sampai memenggal kepala dengan sekali hayunan,bayangkan..penulisan itu bahkan boleh memenggal hanya dengan mata pena. Dahsyatnya.. Kerana itu,kita harus lebih berhati-hati dalam menulis ni. Kalau yang kita tulis itu berbentuk umum,peribadi dan sebagainya,itu masih boleh tahan. Tapi jika kita merupakan seorang penulis dimajalah,atau akhbar,atau pun wartawan yang membuat liputan,dan kita menulis mengikut kefahaman kita,itu mesti diteliti dengan baik. Apakah tulisan kita kelak akan sampai menimbulkan pecah belah,atau pun dengan tulisan kita akan menyelesaikan masalah. Semua itu harus diambil kira kerna setiap perbuatan kita akan ditanya. Saya s

Jangan tegur?!

Selesai saja kelas Tilawah,saya bergegas menuju ke surau ditingkat 3 untuk menunaikan solat zuhur. Memang dah standby wuduk awal-awal sebab takut tak sempat nak kejar kelas berikutnya. Sampai surau terus ambil tempat untuk solat. Dah tak ada jemaah lagi sebab zuhur dah lama berlalu. Inilah hal yang paling menyedihkan bila selalu solat lambat sebab kelas bertembung dengan waktu sembahyang. Setelah selesai solat dan berdoa,tiba-tiba seseorang menepuk bahu saya. Seorang pelajar arab(saya satu-satunya pelajar melayu di kolej) Dalam keadaan agak kelam kabut mungkin hendak mengejar kelas juga,dia menegur saya. “ Solat tak boleh pakai baju macamni,” katanya dengan tegas. “ Kena pakai baju macam saya ni,panjang.” sambungnya lagi. Kebetulan saya memakai baju seluar(baju labuh bawah lutut dan seluar) Dia pula memakai jubah dan purdah. “ Lain kali jangan buat lagi ye,” katanya dengan nada seolah-olah saya baru lepas mencuri lolipop dimini market. Saya hanya mengangguk dan tersenyum sambil menj

Biarkan Raja turun tahkta..!

Susahnya nak puas. Setelah dapat apa yang diidamkan,kelak kita akan menanam impian baru. Dah dapat iphone 3gs,teringin pula iphone 4. Dah dapat Blackberry Bold 1 tak sabar-sabar nak beli Torch!Keinginan yang tidak pernah bertepi ini membuatkan kita sentiasa mencari dan memburu segala yang dihajati. Orang kaya teruslah mahu menambah kekayaannya. Orang cantik ingin menambah kecantikannya. Yang cerdik pandai mahu meningkatkan kepandaian akalnya. Yang berkuasa ingin melebarkan kekuasaannya. Apa lagi golongan yang berada dibawah paras kaya,cantik,cerdik dan berkuasa itu. Sudah tentulah mereka juga akan mahu,mahu dan mahu. Nafsu ini memanglah tidak pernah hentinya membuatkan kita jadi pemburu dunia. Kadang badan sudah tidak berdaya,tapi keinginannya masih membara. Nafsu itu bagaikan raja yang akan memerintahkan akal dan fizikal kita untuk bermati-matian demi memuaskan kehendaknya. Untuk memenuhi itu semua,segala apa yang menghalang akan dirempuh sahaja. Halal haram sudah bukan lagi batasa

Rumah usang itu

Sebuah rumah usang peninggalan zaman berzaman. Banyak sekali kerosakan yang berlaku. Tiangnya sudah reput dimakan anai-anai. Bumbungnya tinggal separuh. Lantainya sudah berlubang disana sini. Cuba dibaiki tiangnya,bumbungnya jatuh. Beralih ke lantai,tiang pula roboh. Kelihatannya seperti tiada apa yang boleh dilakukan. Rasanya lebih baik kita keluar dari rumah itu segera sebelum ia nya roboh dan kita akan cedera atau pun mati ditimpa segala macam kayu,zink,batu yang semuanya itu hanya menanti sedikit saja angin untuk tumbang. Bagi mereka yang benar-benar mementingkan keselamatan,keluar dari rumah itulah jalan yang terbaik. Kita tak mungkin boleh membaiki rumah itu lagi. Lebih baik kita robohkan saja dan kita bina satu rumah baru diatas tapak rumah yang lama. Itu lebih akan memberikan kebaikan. Rumah usang itu ibaratkan satu sistem yang telah lama diguna pakai didunia ini. Sistem yang dilihat tidak lagi membawa sebarang kebaikan. Makin digunakan,kerosakan makin tumbuh melata. Diusi

Mencari Tuhan di Jendela

Dulu sebelum aku kenal benar tentang Tuhan,sebelum aku faham tentang rahman dan rahimnya Tuhan,aku sebenarnya seorang yang sangat prejudis dengan Tuhan. Aku selalu yakin akan hakikat Tuhan itu maha pengasih,maha penyayang,maha pengampun. Tidak pernah aku ragukan itu. Cuma bila melihat kejahatan diri,aku sering berfikir,apakah Tuhan itu mahu mengampuniku? Dengan dosa-dosa ku ini,apa Tuhan sudi untuk berada dekat dengan ku? Aku tidak yakin itu. Aku selalu merasa cukup hina hingga ku kira Tuhan pun tidak akan pernah mahu menerimaku. Aku teruslah berperasaan begitu untuk beberapa ketika. Aku juga seperti orang lain melalui masa remaja yang penuh dengan berbagai perasaan dan fikiran. Rasa ingin tahu,ingin mencuba hal yang baru itu selalu ada. Walaupun kadang aku tahu hal itu tidak pantas dilakukan,tapi kerana fikiran belum cukup matang,aku teruslah melakukan hal-hal yang jauh disudut hati dapat aku rasakan kesilapannya. Tapi sukar sekali untuk menghindarnya. Setelah itu aku akan mulai la