Lagu buat mangsa tsunami Acheh 2006

Tuesday, March 15, 2011
Satu pengorbanan mangsa Tsunami
Terutama yang meninggal dunia
Demi sampai beralihnya peta dunia dan wajah manusia
Dari kegelapan dan kezaliman
Kepada cahaya kebenaran
Semuanya dikira cukup berjasa

Masakan Tuhan yang baik akan mensia-siakan
Pengorbanan dan kematian mereka
Diterima baik oleh Tuhan
Kini mereka bahgia bersama Tuhan disana
Mati lemas mati dihempap
Disisi Tuhan adalah syahid

Bunyinya azab hasilnya indah
Tuhan lakukan semua itu
Sebagai penghapusan dosa
Kematian mereka berjasa

Mengubah dunia yang berdosa
Kepada dunia yang sejahtera
Ertinya semua tangisan itu
Tangisan kegembiraan

Lalu apa lagi mahu dikesalkan dan disedihkan
Melainkan menunggu khabar gembira
Yang pasti tiba
Marilah bertaqwa kepada Tuhan
Yang punya segala-galanya

2 comments:

Auni said...

lagu dlm album takuti Tuhan kannn...smpai skang dengar lagi.hehe

Anonymous said...

assalam...
tsunami acheh peringatan Tuhan pd yg beriman...
tsunami JEPUN cmne kak olah???

cepak87...