Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Pavlova,Tiramisu dan Pana cota..

Seperti biasa bila tiba hari keraian,kami akan diagihkan dengan bermacam tugasan. Pada raya haji kali ini,aku dan banat mengambil bahagian mengendalikan pencuci mulut orang putih cakap dessert. Marilah mencuci mulut dengan manisan..suke! Pada kali ini cadangnya nak buat 3 jenis manisan. Pavlova,Tiramisu dan Pana cota. Ok nama memang nak gempak jekan. Maka kami telah dengan rajinnya memanfaatkan application masakan yang melambak di ipadku ini untuk menggali segala khazanah didalamnya. Bilik yang aku duduk ni memang dah bersifat macam all in one. Disinilah tempat tidur,inilah kelas,inilah dapur goreng ayam dan ini jugalah bakeri. Segala barang-barang telah kami himpunkan dibilik ini bersama 2 mixer. Fuhh.. Renyah dia takyah citerla kan. Habis satu bilik bau makanan. Memang terhibur.. Pengurus bakerirenyah.com Mixer yang berjasa Alhamdulillah...segala yang dirancang berjalan lancar walaupun diawalnya sempat merasa cuak kerana Pavlovaku macam bantat sikit. Aku tak tau pun Pav ni boleh

Menanti pasti

Masih didalam mood haji yang sedang segar dikota suci ini. Sambutan Aidil Adha tahun ini jadi cukup berbeza dari tahun sebelumnya. Selain kerana berkesempatan merayakannya dipusat berlakunya sejarah pengorbanan agung itu,pengalaman melaksanakan latihan haji juga jadi cukup berharga. Ikut berwukuf setelah zohor dan berjalan ke Muzdalifah seterusnya ke Mina ditengah malam menuju subuh. Melakukan lontaran aqabah dan bertahallul setelahnya. Disambung pada hari-hari melontar berikutnya. Terima kasih Tuhan.. Ceria dalam cemas Dikesempatan ini diucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua muslimin dan muslimat terutamanya bagi pembaca blogku ini yang masih setia. Maaf zahir batin dipinta atas segala keterlanjuran kata andai pernah mengguris jiwa. Semoga aidil adha memasukkan semangat pengorbanan yang dilakukan oleh Saidina Ibrahim dan keluarga. Sungguh cinta tidak terbukti hanya dengan kata. Sebaliknya pengorbananlah yang akan membuktikannya. Jadilah kita hamba yang kekal meng

Padat

Bagaimana mancis berhimpit didalam kotaknya,begitulah kita tak terbayang bagaimana keadaan manusia yang berhimpit sempit didalam keadaan serupa. Jarak diantara muka ke muka hanya beberapa inci saja. Menjadi perhimpunan manusia terbesar didunia,haji menghidangkan satu pemandangan yang luar biasa. Lautan manusia bagaikan sebuah gelombang yang menggerunkan dan sangat dikhuatiri akan lemas didalamnya. Berbagai kisah,cerita,pengalaman yang terangkum didalamnya. Dikala itu tidak dikenali mana yang miskin mana yang kaya. Semua jadi sama sahaja. Perhimpunan manusia seramai ini iaitu lebih 4 juta umat manusia menjadi bayangan kepada padang masyar kelak. Aku sendiri belum berkesempatan menunaikan haji walau telah menetap disini. Mudah-mudahan tahun hadapan Tuhan berikan peluang. Amin.. Namun banyak sekali hikmah yang ku dapatkan bilamana Tuhan belum rezkikan untuk menunaikan kemuncak ibadah itu. Mendengarkan cerita kawan-kawan yang berkesempatan melakukannya,hati terasa sayu dan sedikit ngeri.

Roh haji

Labbaikallahumma labbaik..labbaikala syarikalakalabbaik. Demikian panggilan Tuhan yang menggugah hati jutaan manusia untuk berdatangan padanya saban tahun disetiap Zulhijjah menyapa. Meriahlah kota suci kecintaan Allah dan Rasul ini dengan sekian ramainya tetamu Allah yang bertandang membawa bersama niat yang satu untuk menuju Tuhan pencipta. Rumah Allah yang bercahaya Namun kemeriahan lahir ternyata tidak menentukan kemeriahan roh. Ramainya manusia bukanlah penentu kekuatan agama. Bukankah itu yang kita fahami bahawa segalanya bermula dari sekeping hati? Haji hakikatnya ialah satu perjalanan menuju Allah membawa bersama rasa hamba yang sebesar-besarnya. Ketika mana wukuf di Arafah,mengenang kembali detik pertemuan dua insan yang Tuhan pisahkan berpuluh tahun lamanya dan akhirnya dipertemukan disinilah mereka. Dosa yang kita cipta jauh lebih besar dari Adam dan Hawa namun Tuhan tidak pun menghukum kita sebegitu rupa. Takutilah Tuhan dengan sifat penyayangnya kepada hambaN

Kawan-kawan Abuya

Semalam dapat undangan makan malam dirumah kawan arab disini I'timad namanya. I'timad ni orang Saudi tapi berkahwin dengan orang Jordan. Keluarga suaminya itu termasuk ulama' yang berpengaruh di Jordan dan merupakan kawan Abuya. I'timad kenal dengan kami disini melalui Syekh Mustafa Abu Rumman,seorang imam masjid di Sweifieh,Jordan yang juga merupakan kawan Abuya. Jadi kami ni kemana-mana pun tetaplah menumpang keberkatan Abuya dan perjuangan yang diusahakannya. Aku macam tak percaya bila di Eropah pun,ditengah-tengah kota Paris tu pun ada orang yang kenal dan pernah bertemu dengan Abuya. 3 beradik   Maka malam tadi kami 12 orang bersama Ummu Anas telah bertandang kerumahnya yang terletak tak jauh dari rumah kami. Suasana penuh kemesraan bagaikan sebuah keluarga. Macam-macam topik yang dibincangkan. Daripada kisah tentang keturunan (mereka semuanya dari alul bait),kisah Imam Mahdi,cerita Yahudi dan lain-lain. Terasa sungguh bererti pertemuan yang telah menemukan 3 pe

Kaya dunia akhirat

Bila cita-cita waktu kecik kami (yang kurang relevan) telah dicantas oleh Abuya,dan Abuya galakkan untuk jadi peniaga,maka secara tiba-tiba aku membesar dengan cinta yang tumbuh terhadap perniagaan. Namun jiwaku jiwek. Takut pada persaingan. Maka apa yang aku lakukan ialah aku hanya akan meniaga barang yang sudah pasti ada pembelinya. Tidaklah aku sanggup untuk berisiko keluarkan duit banyak untuk jadikan modal kepada bisnes yang belum ku pasti untung ruginya. Sungguh tiada semangat usahawan langsung! Aku bermula bila kerap berulang alik ke Indonesia. Diwaktu itu ada sejenis pakaian di Indonesia yang sangat digemari oleh orang Malaysia. Maka aku akan mengambil pesanan mereka,dan aku belikan barang-barang yang dipesan dengan menggunakan modalku dahulu,kemudian aku jual dengan harga semasa. Dengan itu selamatlah aku dari kerugian andai barangku tidak laku. Dimana sifat tawakalmu?? Tapi aku rasa untuk permulaan memang macamtulah kot yang terbaiknya. Kita bermula dengan hal yang kecil. S

Haji tahun ini

Malam tadi waktu masuk bilik air sebelum tidur,tengok ke cermin..rasa macam dah usang baju yang aku pakai. Terdetik nak beli baju murah-murah kat Sofwah Tower di Haram. Tapi terfikir pulak bukan senang nak ke Haram waktu-waku macamni. Orang padat sangat. Taftisy (pemeriksaan) pun makin leceh. Lupakan jelah niat tu.. Walaupun sebenarnya rindu juga dengan Haram.. Kaabah.. Mendung   Tiba-tiba lepas program pagi tadi Kak Azwa ajak ke Haram teman Ummu Anas. Yaallah..Tuhan mendengar detikan kecilku malam tadi. Laju je aku menerpa ke kereta,tumpang Ummu Anas isteri timbalan menteri Jordan ke Haram konfidenla sikit. Feeling macam kita anak menteri je. Rindunya Masjid Haram   Masyaallah...padat sepadatnya disepanjang jalan menuju masjid. Kesian pulak Ummu Anas nak kena jalan jauh sebab kereta tak boleh parking depan masjid. Eh tiba-tiba ada kereta yang angkut orang macam kat padang golf tu. Kami bagi Ummu Anas naik,kami jalan kaki. Bahagianya dapat jejak kaki kesini setelah sebulan lebih