Damba akhirat

Tuesday, October 9, 2012
Tuhan..
Kau hadapkan aku dengan sedikit kekecewaan didunia
Agar aku tidak kecewa selamanya diakhirat sana
Kau izinkan sekelumit kesusahan
Namun kau hujani dengan limpahan kesenangan

Maka nikmat yang manakah yang harus ku dustakan..

Sesekali airmataku tumpah disini
Moga aku tidak menangis lagi disana
Sesaat aku kesakitan
Sedang selamanya kau beri kesihatan

Maka hadiah ujian manakah yang harus ku ingkari..

Tuhan..
Secebis derita yang kulewati disini
Buat kusedar betapa bahagia hanya disana
Untuk apa didamba bahagia sementara
Sedang disana bahagia selamanya

Maka ku burulah akhirat itu..

Untuk aku tidak berharap banyak dengan dunia
Untuk ku himpun semua mimpiku bawa kesana

Walau aku tidak tahu pasti
Bagaimana nasibku ini sudahnya..

0 comments: