Skip to main content

Padat

Bagaimana mancis berhimpit didalam kotaknya,begitulah kita tak terbayang bagaimana keadaan manusia yang berhimpit sempit didalam keadaan serupa. Jarak diantara muka ke muka hanya beberapa inci saja. Menjadi perhimpunan manusia terbesar didunia,haji menghidangkan satu pemandangan yang luar biasa. Lautan manusia bagaikan sebuah gelombang yang menggerunkan dan sangat dikhuatiri akan lemas didalamnya. Berbagai kisah,cerita,pengalaman yang terangkum didalamnya. Dikala itu tidak dikenali mana yang miskin mana yang kaya. Semua jadi sama sahaja. Perhimpunan manusia seramai ini iaitu lebih 4 juta umat manusia menjadi bayangan kepada padang masyar kelak.

Aku sendiri belum berkesempatan menunaikan haji walau telah menetap disini. Mudah-mudahan tahun hadapan Tuhan berikan peluang. Amin.. Namun banyak sekali hikmah yang ku dapatkan bilamana Tuhan belum rezkikan untuk menunaikan kemuncak ibadah itu. Mendengarkan cerita kawan-kawan yang berkesempatan melakukannya,hati terasa sayu dan sedikit ngeri. Tuntutan haji sangatlah tinggi. Sepertilah solat,haji sepatutnya akan mampu membuatkan roh kita jadi cukup kuat untuk sampai terhubung dengan Tuhan tanpa putus-putus lagi. Hasil haji harusnya bisa memberi kekuatan penuh kepada diri,keluarga,masyarakat dan negara. Pulang bersama hati yang merasa hamba sehambanya. Ahh..mampukah aku? Berbaloikah kesusahan yang diharungi dikala haji andai hatiku tetap begini? Aku tak percaya jika keselamatan itu dilhat pada ibadah lahir semata. Sedang hatilah tempat jatuhnya pandangan Tuhan.

Kiranya begitu,aku memohon agar disaat Tuhan rezkikan aku untuk berhaji,biarlah hati diwaktu itu cukup bersedia. Berbekalkan rasa takut,cemas,harap,ibadah haji akan mencetuskan satu gelombang rasa yang luar biasa terhadap Tuhannya. Janganlah hendaknya aku sia-siakan peluang yang tidak selalu didapatkan ini. Sedangkan sembahyang yang setiap hari didirikan pun hakikatnya aku masihlah terus gagal mencapai tahap yang sepatutnya. Sedihnya..

Atas usaha yang dilancarkan didalam GISB pada tahun ini iaitu untuk melakukan latihan haji secara fizikal dan benar-benar menghayati roh dan inti dari haji itu,moga ianya dapat menjadi bekal kepada diriku agar haji yang akan dikerjakan kelak sungguh dapat memberikan kekuatan dan keselamatan. Terasa indah bila dikongsikan perasaan yang sepatutnya ada ketika wuquf. Melatih rasa hamba bersama kehinaan yang ada. Demikianlah ketika melontar. Lontaran batu itu hanya fizikal sedangkan yang sepatutnya dilontar ialah nafsu yang telah sekian lama menumbuhkan titik hitam kedalam hati. Nabi Ibrahim berhempas pulas melontar syaitan yang cuba menghasutnya untuk tidak taat kepada perintah Allah yang maha berat agar disembelih anaknya. Dan Baginda berjaya melepasi semuanya itu dan berhasil menerima keajaiban yang kekal dikenang hingga saat ini. Terimalah..terimalah..terimalah..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...