Skip to main content

Kawan-kawan Abuya

Semalam dapat undangan makan malam dirumah kawan arab disini I'timad namanya. I'timad ni orang Saudi tapi berkahwin dengan orang Jordan. Keluarga suaminya itu termasuk ulama' yang berpengaruh di Jordan dan merupakan kawan Abuya. I'timad kenal dengan kami disini melalui Syekh Mustafa Abu Rumman,seorang imam masjid di Sweifieh,Jordan yang juga merupakan kawan Abuya. Jadi kami ni kemana-mana pun tetaplah menumpang keberkatan Abuya dan perjuangan yang diusahakannya. Aku macam tak percaya bila di Eropah pun,ditengah-tengah kota Paris tu pun ada orang yang kenal dan pernah bertemu dengan Abuya.

3 beradik
 
Maka malam tadi kami 12 orang bersama Ummu Anas telah bertandang kerumahnya yang terletak tak jauh dari rumah kami. Suasana penuh kemesraan bagaikan sebuah keluarga. Macam-macam topik yang dibincangkan. Daripada kisah tentang keturunan (mereka semuanya dari alul bait),kisah Imam Mahdi,cerita Yahudi dan lain-lain. Terasa sungguh bererti pertemuan yang telah menemukan 3 penjuru manusia ini yang hakikatnya ialah sama-sama dari ahlulbait Rasulullah namun telah dipisahkan dengan perkahwinan campur yang kemudiannya telah membanyakkan cabang keturunan ummat manusia yang ada didunia ini.

Saja kaburkan gambar supaya tak terliur sangat
 
Kami dijamu dengan Nasi Bukhari bersama ayam golek dan salatah. Ada juga kuih yang rasanya macam murtabak. Kami telah makan dengan tanpa segan silu. Walaupun tak berjaya habiskan sedulang,tapi I'timad siap tapau lagi untuk kami bawak balik. Alhamdulillah..

Senyum lapar tak sabar
Sesi buah membuah pulak!

Sedang kaum ibu bersembang-sembang lagi dimeja makan,kami yang makan dibawah ni buatlah majlis sendiri. Antaranya ialah bergambar dengan benda comel yang jarang dapat dilihat.

Set coklat bersama beg hadiah untuk ibu bersalin
Comellss
Kemain lagi!
 
Hasil pertemuan,keluarga I'timad telah meminta kami untuk datang kerumahnya pada setiap malam jumaat untuk memeriahkan rumahnya dengan tahlil. Mereka sangat tersentuh dengan tahlil yang kita bawakan dan berharap untuk dapat turut merasakan keindahannya. Moga Tuhan terus ikat hati kami atas rasa cinta kepada Allah,Rasul dan kebenaran.

Buat majlis teh sendiri
Adik bar si bongsu kami
 

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...