Skip to main content

Ulat buku dan ulat bulu

Allughah tahtaj ila mumarasah. Practise makes perfect. Demikian kita difahamkan bahawa untuk menguasai bahasa,praktik itu sangatlah perlu. La budda. Tidak dapat tidak.

Kerana percayakan itulah aku tak malu untuk terhegeh-hegeh bersembang dengan pakcik pengembala kambing ditepi rumah Mu'tah,Jordan disaat masih baru menjejakkan kaki ke negara itu. Tak cukup dengan itu aku sanggup menjadi sukarelawan yang mengoffer diri untuk ke kedai 10 kali ulang alik pun takpe semata-mata untuk dapat bercakap arab dengan driver teksi dan tuan kedai. Dan kerana keghairahan aku untuk bercakap tu jugaklah teruk aku kena marah dengan Ummu Anas sebab tersilap tanya soalan. Kononnya nak tanya tentang badannya yang besar akibat dari pembedahan dan ubat yang diambil. Sudahnya aku tertanya,kenapa kamu gemuk? Ok. At least aku cuba. Bertambahlah aku diserang rasa yang meluap untuk segera memahami bahasa syurga ini bila diminggu pertama aku ke Jordan,aku ikut orang ke pasar. Sambil kawan dok beli barang,aku jengah ke kedai sebelah dan ada sekumpulan peniaga yang tersengih-sengih. Mati-mati aku ingat mereka itu berniat baik bila cakap,anti ili..aku hanya angguk dan senyum. Terasa seperti mahu menampar pipi sendiri laju-laju bila kemudiannya aku tahu bahawa anti ili itu bermaksud,engkau milikku. Apa??!!

Setahun di Jordan tanpa masuk mana-mana sekolah rasmi,jadilah aku pelajar jalanan. Belajar bahasa disetiap langkah yang ku bawa. Ziarahi teman-teman arab,jaga kedai seorang diri sedangkan bahasa tak cukup,terpaksa pulak terangkan kat pelanggan tentang khasiat herba yang dijual,dari kacip fatimah,tongkat ali hinggalah ke minyak lintah gunung. Aku pun tak pasti apakah waktu itu aku terlalu lurus bendul ataupun naif hingga sanggup menjadi jurujual kepada herba-herba yang hanya layak dipakai oleh orang yang sudah berumahtangga,sedang aku waktu tu hanya 14 tahun. Apa yang dibuat oleh budak 14 tahun dikedai herba untuk orang dewasa? Huh!

Namun tiada kesal dihati kerana harus menjadi pelajar di Universiti Kehidupan seawal usia yang begitu. Bahkan aku cukup yakin dengan tawaran yang diberikan iaitu mempercepat kematangan roh dan sifat mandiri.

Aku akui lemah dalam qawaid arab kerana aku tidak memulakan pembelajaranku dengan menelaah segala jenis buku dan kitab nahu saraf. Aku hanya direzkikan untuk mengambil bahasanya benar-benar dari pergaulan,pendengaran,kalau pun ada buku,aku baca komik dan banyak tengok tv. Itu sajalah yang Tuhan takdirkan untukku. Walau..walau..aku tetap menyalahkan diri sendiri kerana tidak pernah mencuba untuk belajar semuanya itu sendiri. Tapi aku percaya,no one is too old to learn kan. So here i am..

Ketika aku dapat lirik lagu Terima Kasih Tuhan in french,segera aku menelek satu persatu perkataannya. Maka sewaktu menjual barangan di booth expo Le Bourget,Paris aku jadikan bait lagu itu untuk sedikit mencuba berkomunikasi dengan para pengunjung. Dan aku rasa itu berhasil.

Dengan mengoleksi banyak novel indon dan sering menonton sinetron maka aku asah lidahku untuk berbicara dialek negara serumpun itu. Usaha tangga kejayaan. Kini bila aku ke Indon,sungguh aku boleh berlagak seolah aku ialah salah seorang warganya. Setidaknya mereka tidaklah meletakkan harga yang tinggi padaku waktu nak membeli (sebab orang Malaysia dicop kaya).

Aku cemburu tengok kebanyakan orang fasih berbahasa inggeris. Sedangkan aku tidak dibesarkan dalam keluarga yang bertutur dengannya. Namun Abuya sangat menggalakkan kami untuk menguasainya. Aku tak pernah jemu belajar english online. Beli buku,tengok movie dan letak subtitle english,dengar lagu dan mencuba menulis liriknya melalui apa yang didengar. Bermacam cara yang aku buat. Serius betul. Dan aku pun tak perasan bilanya yang aku dah boleh habiskan baca novel english yang tebal,dengar lagu Maher Zain terus boleh hafal liriknya tanpa perlu susah payah reka-reka lagi dah,dan aku dah boleh gelak bila mendengar lawak in english (sebab aku rasa setiap bangsa ada lawak tersendiri yang mungkin bangsa lain tidak memahaminya).

Aku ceritakan pengalamanku ini pada anak-anak muridku supaya mereka yang masih muda ni dapatlah menimba sebanyaknya ilmu. Gunakan usia muda dengan sebaiknya. Kuasailah apa yang dibidang kita dengan sebenar-benarnya. Perlu ada cita-cita. Walaupun aku rasa aku bukanlah jenis orang yang bercita-cita tinggi,melainkan aku punya banyak sekali angan-angan yang ingin aku realitikan. Sepertilah minat menulisku ini diasah sejak berumur 11 tahun lagi bila aku suka menulis cerpen didalam buku garis satu darjah 5 ku.

: Aku rasa macam rugi seruginya kerana tak betul-betul meniru Abuya yang istiqamah membaca setengah jam sebelum tidur. Membaca jambatan ilmu. Aku? Lebih senang makan sampai semput lepastu TERUS tidur golek-golek. Buruknya laku ku.

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...