Skip to main content

Pavlova,Tiramisu dan Pana cota..

Seperti biasa bila tiba hari keraian,kami akan diagihkan dengan bermacam tugasan. Pada raya haji kali ini,aku dan banat mengambil bahagian mengendalikan pencuci mulut orang putih cakap dessert. Marilah mencuci mulut dengan manisan..suke!

Pada kali ini cadangnya nak buat 3 jenis manisan. Pavlova,Tiramisu dan Pana cota. Ok nama memang nak gempak jekan. Maka kami telah dengan rajinnya memanfaatkan application masakan yang melambak di ipadku ini untuk menggali segala khazanah didalamnya.

Bilik yang aku duduk ni memang dah bersifat macam all in one. Disinilah tempat tidur,inilah kelas,inilah dapur goreng ayam dan ini jugalah bakeri. Segala barang-barang telah kami himpunkan dibilik ini bersama 2 mixer. Fuhh.. Renyah dia takyah citerla kan. Habis satu bilik bau makanan. Memang terhibur..

Pengurus bakerirenyah.com
Mixer yang berjasa
Alhamdulillah...segala yang dirancang berjalan lancar walaupun diawalnya sempat merasa cuak kerana Pavlovaku macam bantat sikit. Aku tak tau pun Pav ni boleh bantat-bantat pulak. Cepat-cepat tengok tenet cari jalan penyelesaian. Lega..3 bijik Pavlova berjaya disiapkan dan ditampung kekurangannya dengan whip cream dan buah yang dihias indah.

Nampak burok na kertas minyak tu
Pavlova in the making
Taraaa...!
Lagi
Dan lagi
Banat macam biasalah dengan Tiramisunya itu. Memang dah pakar,takyah cakap banyak. Buat 2 tray untuk bagi semua merasa. Dasyat tuu.. Semua makanan berkolestrol tinggi. Elokla sangat. Dahla kambing korban je ada 16ekor. Tak masuk kambing dam orang-orang haji lagi. Jangan ada yang masuk hospital lagi sudahla..

Pembantu-pembantu kesayangan
Tiramisu biskut
Pana cota pun ok. Sebelum ni kalau buat tu berebut-rebutla. Ha..semalam buat 2 tray besar gabak. Makanla sampai terbelahak. Astaghfirullah... Rasa rambang mata bila tengok krim putar berkotak-kotak. Andai ianya boleh dibawa mandi.. Eh takde pulak gambarnye ha.. Takpelah!

Sekarang sedang fikir untuk menu seterusnya untuk majlis seterusnya pada hari Selasa ni. Ada cadangan? Kongsi-kongsila yek..

 

Comments

Anonymous said…
salam..ade ketenangan at jwa sy bla tgk muka kak khaulah ni..hehe jgn slp phm yea..bbza sgt rupa yg sy tgk pd wnita lain.

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...