Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Cerita yang direka

Walaupun pusat bagi ummat islam,Mekah Madinah itu letaknya di Saudi,namun janganlah menyangka bahawa islam di Saudi itulah yang terbaik. Sepertilah juga dengan air bandung,janganlah disangka ianya berasal dari bandung. Bahkan orang bandung tidak tahu menahu apakah itu air bandung! Ok itu satu contoh tamsilan yang takde kena mengena! Pegawai soal siasat berbadan besar dan berkulit hitam manis masam itu sibuk menyalin semua jawapan yang disampaikan oleh Ummu. Sesekali dia minta aku ulang balik terjemahan aku untuk ditulis dengan lebih kemas lagi. Kerja manual tulis tangan tu dah memang sistem mereka. Kalau guna komputer lebih lagi melambatkan sebab taip guna satu jari. Soalan yang ditanya berkisar tentang bisnes,visa,aqidah dan juga sedikit tentang politik Malaysia. Bila mendengar tentang perkembangan bisnes GISB diseluruh dunia,bahkan mereka sendiri melihat bisnes kita di Saudi,beberapa kali pegawai penyiasat tu cakap,kamu kan kaya,takde masalah kewangan,kenapa kamu tak buat visa pelabu

Soal siasat bermula

Baiklah.. Marilah kita menyambung kembali kisah penahanan di Mekah. Moga-moga ianya masih relevan walaupun peristiwa itu dah berlalu hampir 2 bulan.  Setelah beberapa ketika menunggu diruang legar imigresen Mekah,menjelang subuh datanglah beberapa pegawai kearah kami dan mencari Ummu Jah. Kebetulan Ummu dalam toilet waktu tu,jadi bila Ummu keluar je,aku terus iring Ummu dan kami diarahkan untuk naik keatas. Aku teruslah offer diri dengan kelam kabutnya untuk teman Ummu dengan alasan nak jadi penterjemah. Ajwad pun ikut sekali teman sebagai muhrim. Alhamdulillah kami berdua dibenarkan jadi pengiring. Kat atas tu kami dibawa ke satu bilik kecik. Bilik tu macam pejabat pun ye jugak. Ada 2 buah meja kalau tak silap,dan ada almari isi fail-fail. Seingat aku kalau bilik soal siasat yang aku tengok dalam CSI tu tak rupe macamni. Aku bayangkan bila sebut soal siasat maka suasananya akan jadi seram sejuk. Tapi sangkaanku meleset. Sudahlah tak seram,sejuk pun tidak sebab bilik tu macam takde air

Peristiwa tahanan di Mekah

Bila sampai je Malaysia,terus terasa macam sibuk yang tak henti-henti. Kesana sini,dari satu negeri ke negeri yang lain. Cuaca Malaysia yang suam-suam kuku ni menyebabkan badan mudah lesu. Cakap tu macamlah kau omputih!  Aku sebenarnya dah niat nak cerita pengalaman bagaimana ditahan,disoal siasat dan seterusnya serba sedikit pengalaman dalam tahanan. Tapi bila dah sibuk sangat kononnya ni,jadi hilang fokuslah pulak. Nak menulis pun dah tak tau nak tulis tajuk apa. Tapi bila dah agak sebati ni maka sikit-sikit dah mula mendapatkan fokus kembali.  Baiklah.. Aku sebenarnya mendengar pelbagai versi penceritaan berkenaan penahanan kami ni. Yang paling kemuncak dah tentulah berita tentang Ummu akan dipancung. Huh memang ngeri. Aku kalau ke Jeddah tu memang selalu lalu depan Masjid Qisas tempat orang dihukum pancung. Tak sangka pula nanti akan berlegarnya berita yang terkait-kait dengan masjid itu. Haru betul! Jadi kalini biarlah aku bercerita dari sudut orang yang mengalami sendiri peristiw

Cerita Fatim Abuya

Abuya memang ayah luar biasa. Walaupun tak banyak waktu yang dapat Abuya luangkan bersama kami tapi didikan dan kasih sayang Abuya yang sangat bersifat roh itu sangatlah memberi kesan. Bukan sahaja pada kami anak-anak kandungnya tapi juga kepada seluruh anak-anak jemaahnya.   Kata Abuya, dia lebih sayangkan islam dari dirinya sendiri. Islam tu hidup mati Abuya. Kerana itu Abuya sanggup korbankan apa saja demi Islam. Asalkan Islam itu akan terus dijulang. Abuya kerana cintanya kepada Islam sanggup merantau ke luar negara lamanya demi membenarkan hadis untuk mencari kebenaran yang akan datang bersama kegemilangan islam. Waktu era Abuya diluar negara tu, memanglah aku masih kecil. Malah sejak masih menyusu badan lagi Ummu dah tinggalkan aku. Maka aku pun diserahkanlah kpd ibu-ibu yang sudi untuk menyusukan aku waktu tu. Sebab tulah aku berjaya mencipta rekod memiliki ibu susu paling ramai dalam semua adik beradik. Kalau tak silap aku dalam 5orang. Ha ramai la jugak kan! Rekod ni bukanla s

Selamat tiba di Malaysia

Aku kan pernah bagitau yang dalam beberapa hal aku macam laju sangat. Tapi ada beberapa hal lagi aku lembap gile. Dah seminggu kat Malaysia baru nak ucapkan Selamat tiba ke negara Malaysia tercinta buat diri sendiri. Malaysia indah yang sentiasa dihati. Eh tapi kenapa negara korang ni suam sangat hah cuaca dia? Ok time suam tu jadi negara korang. Time jumpa aircond jadi negara aku lah. Huhu.. Kisahnya ialah beg-beg yang di cek in di Jeddah haritu tak sampai sekali dengan kami. Entah bangla tu terlupa cek in ke apa! Lepas buat report,katanya akan dihantar. Tapi bukan hantar kat rumah,sebaliknya akan dihantar ke JAIS untuk diselongkar. Amboi.. JAIS lagi semangat nak tunggu beg kami nampaknya. Sekali tu sebijik gambar Abuya besar dalam beg aku. Moga JAIS tak kata sesatlah kalau anak simpan gambar bapak kan! Ini barulah bertemu kembali dengan alat-alat perhubungan yang dirindui. Dah tebal muka pinjam bb orang sana sini. Rasa bersalah pulak blog tak berupdate berhari-hari. Ceh sejak bil

Hadiah Abuya untuk kita

(Sebenarnya nak sambung post kisah adik-adik aku tapi semalam tak sempat edit tulisan depa yang aku rasa nak marah semua orang tu sebab ifon habis bateri malam tadi! Jadi aku post jelah yang ni dulu) Selamat membaca.. Aku kisahkan perihal ibu ayahku itu bukan kerana mereka itu ibu ayah yang melahirkanku,tapi kerana aku tahu ibu ayahku itu juga aku kongsi bersama dengan ribuan lagi anak-anak yang tidak mereka lahirkan yang turut merindu.. Mendengar cerita bagaimana Abuya mampu menyusahkan anaknya sedemikian rupa pasti mengundang ngeri dihati. Boleh ke? Tak kesian ke anak? Takde hati perut ke? Anak-anak tak cukup kasih sayang nanti! Aku paling pantang kalau ada antara adik beradik aku yang cakap kami tak cukup kasih sayang. Aku rasa nak jentik mulut. Eh! Cukup kasih sayang tu macamana sebenarnya? Makan bersuap,tidur bertepuk,duduk beriba ke? Ewah.. Sampai bila kau nak jadi baby. Suap nestum sampai darjah 6 kang baru tau! Dengar sini wahai adik-adikku yang comel dan comot,antara

Abuya rindu Kak Idah..

Seterusnya dari Mesir,kita dengar kisah Zahidah (Mama Aman) bersama Abuya. Kisah tentang memahami bagaimana kasih seorang ayah.. Memahami sayang seorang pemimpin.. Bacalah,hayatilah dan fahamilah.. Waktu kecil aku memang manja dengan Ummu Ain iaitu ibu kandungku. Tapi bila umur dah masuk darjah 5,Abuya pisahkan aku dan hantar aku tinggal dengan Ummu (ibu tiri) di Labuan. Memang terasa sedih waktu tu. Memang aku tak faham langsung maksud Abuya! Abuya sengaja nak pisahkan aku dengan mak kandung aku dan suruh duduk dengan mak tiri. Kemudian bila memasuki tingkatan 1 Abuya hantar pula aku masuk asrama di Rawang. Jadi aku kehilangan semua keluarga. Abuya,Ummu,adik beradik yang lain. Tinggallah aku 2 tahun disitu tanpa berhubung dengan mereka. Aku terasa seperti hidup keseorangan walau ditengah ramai. Aku pun buat macam-macam perangai. Waktu tu aku selalu fikir kenapa Abuya tak pernah tanya tentang aku? Aku pun buatlah macam-macam hal. Sampai kadang-kadang tengok orang beli ubat gigi pun a

Merajuk dengan Abuya!

Ini pula cerita Sofwah bersama Abuya. Satu kenangan yang sukar dilupakan. Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya. Pada suatu hari di bulan Ramadhan,Aku,Kakak,Kak Syidah dan Iyah pergi Rawang. Kebetulan Abuya ada di Rawang waktu tu. Memang nak sangatlah jumpa Abuya sebab dah lama tak jumpa. Tiba-tiba je Ummu call Kak Syidah dan panggil kami semua masuk bilik Abuya untuk picit Abuya. Picit Abuya ni dah kira tradisi keluarga kamilah. Salah satu cara nak khidmat dengan Abuya. Waktu tu memang teruja-rujalah kami dipanggil,tapi takut tu tetaplah ada. Bila masuk bilik tu Abuya tengah tidur. Tapi Ummu kata,tak apa.. Picit jelah. Kami pun naiklah atas katil dan picitlah Abuya. Suasana sunyi je. Takde sembang-sembang pun dengan Ummu sebab tak nak ganggu Abuya tidur. Sekitar setengah jam tu,Abuya pun terjaga. Abuya terus panggil Ummu. Ummu pun menyahutla. Abuya tanya Ummu,siapa yang tengah picit ni? Ummu jawab,niha.. Ada Sofwah,Syidah,Barokah dan Iyah. Kenapa Abuya?,Ummu tanya. Abuya ka

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan

Ingatan Abuya

Peristiwa ni berlaku waktu umur aku 14 tahun. Satu hari tu aku balik dari sekolah. Tengah jalan nak menuju ke bilik,tiba-tiba Abuya dan Ummu panggil masuk ke bilik mereka. Aduiii.. Nak meletop dada rasanya. Berdebar-debar yang tiada terkira. Aku ada buat salah ke? Rasanya macam takde. Ceh perasan takde buat salah kau ye! Masuk je bilik Abuya,terus Abuya tanya dengan nada menjerkah,kamu selalu mengumpat mak kamu ye? Eh? terkejutnya soalan ni! Allah.. Aku nak jawab apa ni? Kamu selalu mengata mak kamu dibelakang ye? Baik mengaku kalau tak Abuya tampar! Aku dengan gigilan maut pun angguk. Ye.. Aku selalu mengumpat mak aku. Mak aku ada empat. Biasalah kadang tu renyah dengan mana-mana mak,aku pun ngumpatlah. Ala budak-budak punya cerita. Mak kejut sembahyang pun kita menyampah! Yang aku herannya macamana Abuya boleh tau? Aku kalau nak ngumpat pun dekat kawan baik aku je. Manalah aku berani nak kutuk kat fb ke twitter ke! Zaman dulu bukan macam zaman sekarang. Abuya tanya lagi,pernah ngumpa