Ingatan Abuya

Tuesday, May 7, 2013
Peristiwa ni berlaku waktu umur aku 14 tahun. Satu hari tu aku balik dari sekolah. Tengah jalan nak menuju ke bilik,tiba-tiba Abuya dan Ummu panggil masuk ke bilik mereka. Aduiii.. Nak meletop dada rasanya. Berdebar-debar yang tiada terkira. Aku ada buat salah ke? Rasanya macam takde. Ceh perasan takde buat salah kau ye! Masuk je bilik Abuya,terus Abuya tanya dengan nada menjerkah,kamu selalu mengumpat mak kamu ye? Eh? terkejutnya soalan ni! Allah.. Aku nak jawab apa ni? Kamu selalu mengata mak kamu dibelakang ye? Baik mengaku kalau tak Abuya tampar! Aku dengan gigilan maut pun angguk. Ye.. Aku selalu mengumpat mak aku. Mak aku ada empat. Biasalah kadang tu renyah dengan mana-mana mak,aku pun ngumpatlah. Ala budak-budak punya cerita. Mak kejut sembahyang pun kita menyampah! Yang aku herannya macamana Abuya boleh tau? Aku kalau nak ngumpat pun dekat kawan baik aku je. Manalah aku berani nak kutuk kat fb ke twitter ke! Zaman dulu bukan macam zaman sekarang. Abuya tanya lagi,pernah ngumpat Ummi? Pernah ngumpat Walidah? Ummu? Ummu Ain? Aku angguk jelah! Kenapa mengumpat? kenapa? Terus macam sedih sangat soalan tu. Yelah.. Kenapalah aku mengumpat mak sendiri. Abuya sambung tanya,nak buat lagi tak? Sambil Abuya dah angkat tangan! Aku dah rasa nak terkencing. Tak..tak buat lagi. Janji? Ye Khaulah janji. Abuya waktu tu macam dah reda sikit. Kamu dengar ni,mak-mak tu kamu tu isteri Abuya. Kamu kena hormat macamana kamu hormat Abuya. Tak boleh mengata mengumpat! Buruk-buruk mereka pun mereka tetap mak kamu. Kalau pun Abuya ada marah mereka,itu hak Abuya. Hak kamu sebagai anak tetaplah wajib hormat pada mereka. Lepastu Ummu pun bagilah jugak. Pandai sangat mulut tu mengumpat. Kalau ikut Ummu dah kena dah ni. Aku nangis dah. Takuutt.. Terus aku minta maaf dan janji takkan buat lagi.

Sejak haritu,renyah macamana pun aku dengan mana-mana mak aku,tapi aku takut dah nak mengata mengumpat mereka. Aku terbayang wajah garang Abuya yang sedang angkat tangan nak tampar aku mengingatkan bahawa berdosanya perbuatan itu kepada mak kandung atau mak tiri. Mak tiri tetap isteri ayah kita! Wajib kita hormat dan sayang! Kalau pun didepan mata kita melihat bagaimana kadang tu Abuya marah (dengan tujuan mendidik) pada mak-mak kita,tapi tetaplah bukan hak kita untuk kata itu dan ini pada mereka.

Pada adik-adik aku selalu ceritakan kisah ini untuk pengajaran. Selalu sangat cerita sampai depa tak larat dengar dah. Tapi aku akan cerita lagi supaya takkan pernah terlupa! Dan disini sekali lagi aku cerita. JANGAN PERNAH MENGATA MAK KALAU BETUL KAU SAYANG ABUYA! Memang bukan mudah untuk sentiasa mengekalkan keharmonian hidup dalam keluarga besar. Dah ahli keluarga ramai,memanglah kadang tersepak tersadung sana sini. Tuhanlah yang takdirkan semua itu sebagai asam garam yang perlu kita lalui. Tapi selagi kita berpegang pada pesanan Allah dan Rasul juga Abuya,insyAllah kita akan dipandu sentiasa.

Sebab tu aku heran dengan orang yang hidupnya boleh mengata kat mak! Berkat ke? Kalau pun kau dah taubat kat Tuhan,tapi dosa peribadi dengan mak tu ingat Tuhan tak kira? Percayalah.. Mak-mak kita tu memang pemaaf. Kalau kita salah,sebelum kita minta maaf lagipun mereka dah memaafkan. Tapi kita takkan pernah pasti apakah Tuhan juga akan memaafkan atau Tuhan akan mengira semua itu sebagai kesalahan yang akan diberi balasan! Aku yang baru mengumpat sekali tu pun Abuya marah macamtu rupa,kalau dah hari-hari mengumpat,tak tau nak katalah. Kalau Tuhan hukum sakit ke,eksiden ke,sumpah jadi batu ke,tahan lagi! Tapi kalau hukumannya ialah dicabut hidayah dari hati? Tak ke berat tu?!

Jadi kepada korang-korang yang dah ditakdirkan hidup dalam keluarga poligami,keluarga besar ni,kena sentiasa ingatlah. Kita ada ramainya mak yang wajib dihormati. Kalau pun ayah korang tak gertak macamana Abuya gertak aku,tapi tetaplah perlu takut dengan gertakan Tuhan yang sedia menanti.

Abuya pesan sangat,dengan mak yang sudah tidak lagi bersama Abuya pun kena buat baik. Tetaplah perlu melayaninya sebagai seorang anak kepada ibunya. Apalagilah dengan mak yang masih bersama Abuya,pertahankan cita-cita Abuya! Ingat tak pernah ada kisah seorang anak yang ibu ayahnya itu merupakan seorang yang derhaka pada Tuhan lalu telah diubah wajah mereka menjadi babi. Tetapi si anak tetaplah terus berkhidmat dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Aku baca kisah ni dari kecik lagi. Kalau ada sapa-sapa ingat,kongsi-kongsilah ye.

Pernah dulu di Labuan,Abuya hantar Ummi dan anak-anak Ummi ke Ranca-ranca (jauh sikit dari rumah yang kami diami) Waktu tu adalah teguran dari Abuya. Memang begitulah cara Abuya mendidik keluarga. Yang kami pulak waktu tu tak faham. Kami rapat dengan Ummi. Yelah Ummi kan lemah lembut penyayang. Cantik pulak tu! Kalau Ummu marah je kami akan lari kat Ummi. Jadi aku dengan Kak Atiah waktu tu macam sedihlah Abuya buat gitu kat Ummi. Maka kami selalu nyorok-nyorok ziarah Ummi kat rumah Ranca-ranca tu. Pandainye berkomplot! Waktu tu dekat raya dah rasanya. Kami datang malam tu tengok Ummi tengah masak. Sedih gile waktu tu tengok Ummi. Kami pun bawaklaj makanan dari rumah dah hantar kerumah Ummu. Timbullah dihati rasa tak puas hati dengan Abuya. Kenapa buat Ummi macamni? Tapi mulut tak berani cakap,hati jelah. Esoknya tu Abuya panggil kami berdua. Ha kau teruslah ketakutan. Abuya cakap,kamu jangan pandai-pandai nak langgar arahan dari Abuya. Ini urusan Abuya. Kalau kamu masuk campur nanti dengan kamu-kamu sekali kena. Abuya tau apa yang Abuya buat! Tegas gile Abuya waktu tu. 2 beradik yang bajet cerdik tu pun dah kecut perut.

Berlaku juga waktu giliran Ummu pula Abuya hukum. Ketika tu di Nilai. Korang semua mestila ingatkan? Aku baru je balik dari Jordan dengan Fatim masa tu. Hati memang sedihlah tengok Ummu waktu tu. Tapi sebab kita yakin Abuya tu tak kejam,tak zalim. Semua yang Abuya buat tu adalah untuk mendidik. Jadi kami ikut jelah. Disamping waktu tu pun Ummu selalu ingatkan jangan cacat hati dengan Abuya. Jangan pula Ummu yang dihukum,kamu pulak yang berdosa dengan Abuya. Ummu memang tak minatla nak tengok kami nangis gedik-gedik konon nak bela Ummu. Pernah Abuya panggil dan Abuya tanya,kamu marah ke Abuya buat Ummu macamni? Terus kami jawab,tak marah Abuya. Abuya angguk-angguk je.

Dengan Ummu Ain pun macamtulah juga. Waktu Abuya hukum pun,aku memang tak berani masuk campur. Apa lagi nak mengulas-ulas. Kau tu sape? Betulke ulasan kau tu? Kau lebih baik ke dari mak kau tu? Kami adik beradik pun salinglah pesan memesan supaya janganlah ada sapa nak memandai-mandai. Yelah masing-masing pun dah makin besar. Dah makin faham.

Kami kalau kumpul adik beradik cerita balik semua ni mesti sayu campur gelak-gelak. Rindunya Abuya dan semua mak-mak. Walidah diperkuburan Ma'la,Mekah. Minta izin Walidah kami nak balik dah. Tak dapat ziarah Walidah selalu dah. Tapi Abg Ngah,Kak Picah,Humam dan Jun ada. Nanti depa wakilkan kami semua..

Bila dikenang semua ni sangatlah menghiburkan. Waktu kita sedang lalui memang kadang macam perit. Tapi sekarang ni rasa bahagia sekarang. Rasa indahnyalah. Terima kasih Tuhan yang tidak terhingga diatas semua ini. Dengan apa hendak kami balasi? Dengan apa hendak kami balasi? Dengan apa hendak kami balasi? :-(

8 comments:

Madrasah Hubbullah said...

شكرا. جَزَاكَ اللّهُ

Anonymous said...

Terimakasih...begitu hebatnya A dlm memastikan anak2 dan istri2nya terdidik. Muga2 kami semua yg rindu dan cinta A, akan berusaha menirunya agar dpt keselamatan dlm kasih sayang mursyid. Terimakasih sekali lagi, semoga ibu Khaulah dan BUJ AR selalu dlm kemuliaan Allah. Aamiin

jay labuan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam...bila baca kisah ni, teringat kisah nabi SAW hukum para isterinya selama 29 hari. Nabi tak nak jumpa dan tidur dgn isteri isterinya. Hinggakan syaidina umar balik2 dtg jumpa nabi tanye kenape?...Aduuihh,..Abuya!..dirimu sangat2 menyalin peribadi rasul. Ye lah...dah kite mintak "tunjukkan kami jalan yg lurus" jadi...Allah SWT pun tunjukkanlah..."ikutlah jalan para nabi, rasul dan orang yg beriman dan bertaqwa"...siapa kata jalan2 tu jalan yg senang!!!...susaaah.

anjangmuor said...

Cerita2 yg membuatkan kita tak terperanjat sangat bila tuannya muncul nanti... oooh rindunya Abuya. Layak ke kita bertemu?...

Anonymous said...

assalamualaikum saudari khaulah,sejujurnya saya mengagumi perjuangan saudari dan ahli keluarga..bukan mudah ya hidup dalam keluarga besar..saya juga mengagumi Abuya yang mendidik anak2 mengikut acuan Rasulullah s.a.w..tapi pada perenggan ketiga anda menulis "Tapi selagi kita berpegang pada pesanan Allah dan Rasul juga Abuya,insyAllah kita akan dipandu sentiasa",ianya seolah olah anda menyamakan taraf Abuya dengan Allah dan Rasulullah s.a.w sedangkan kita sedia maklum mana mungkin PENCIPTA kita dan kekasihNYA di samakan dengan manusia biasa..nauzubillahuminzalik..mohon penjelasan agar mengusir syak wasangka di hati ini..maaf andai komen ini mengguris hati saudari khaulah..

Khaulah bt Hj Asaari said...

Terima kasih ats pandangan.. Kenyataan saya itu bererti bahawa selagi berpegang pd pesanan allah dan rasul YANG DISAMPAIKAN KEPADA KAMI oleh Abuya.. :-) sama sekali tdk pernah berniat utk menyamakan Abuya seperti tuhan/rasul. Bahkan Abuya lah yg sgt mengajarkn kmi utk mmbesarkan allah dan rasul dan jgn sekali-kali menyekutukanNya..

Anonymous said...

terima kasih atas penjelasan saudari..semoga Allah merahmati kita semua..amin :)