Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

GH : Krisis Identiti?

Bila Generasi Harapan kembali ke Malaysia dan muncul dengan satu konsep persembahan yang baru,maka berlakulah pro dan kontra dalam hal menerima pembaharuan itu. Ada yang suka,ada yang tidak. Itu lumrah. Macamlah Mawaddah awal-awal dulu,macam-macam isu yang timbul. Suara aurat,pakaian tak sesuai,perempuan tak boleh main drum dan lain-lain lagi. Tapi seiring waktu berlalu,segala yang pelik diawalnya dah mula jadi biasa. Dah makin ramai yang suka. Walaupun yang tak suka kekallah tak suka. Takpelah.. Hati bukan boleh dipaksa..
Maka bila ada yang mempersoalkan Generasi Harapan bersama konsepnya yang terkini,aku optimis saja. Mungkin dah makin tua,tambah matanglah agaknya. Hehe.. Marah pun tidak. Sebab aku rasa aku pun selalu persoalkan sesuatu yang aku tak faham,tak jelas. Siap kritik lagi. Biasalah kan.. Abuya Ummu ajar,kritikan atau kutukan samada membina atau yang menjatuhkan,itu adalah baja. Tuhan yang siapkan semuanya supaya hati boleh dapat dan kekalkan rasa hamba. Kalau selesa saja,T…