Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Makan nasi dalam bekas t**k ayam

*** Tulisan ni dah lama ditulis,tapi baru sekarang nak post- Satu cara nak update blog bila dah tak sempat sangat ^^ Kalau anda sedang makan,elok berhenti dulu takut terbayang macam-macam. Maklumlah,manusia ni kuat berimaginasi. Macam saya,tak boleh makan ayam kampung melainkan di Indonesia. Bukan sebab kat tempat lain tak sedap,tapi sebab dulu duduk rumah tok sebelah rumah ada reban ayam. Tiap hari tengok ayam tu beraktiviti,dari depa bangun pagi sampai buang air sebelum tidur malam. Allah..memang tak lalu. Padahal aktiviti ayam kat dunia ni sama je. Bukanlah maknanya ayam kat Indonesia tu kalau nak makan depa pakat pergi foodcourt,buang air kat toilet macam kat Jerman yang boleh flush sendiri siap lap sekali tapi kena bayar 50sen tu. Tapi itulah yang dikatakan imaginasi yang tak masuk akal. Yang nak cerita ni takde kaitan dengan petikan diatas ye. Apa yang nak disampaikan ialah satu perbandingan(berkias macam orang zaman dulu) bilamana kita mencampurkan hal yang baik dan buruk. H

Dari dapur sampai ke bulan

Saya masih ingat sewaktu salah seorang abang saya berkahwin,waktu tu sekitar tahun 2005,ada satu isu yang timbul yang menyebabkan perbalahan antara kami. Ala..bergaduh kecil-kecilan. Bukanlah sampai jadi macam kat Libya tu. Tapi,kecik-kecik pun,isu tu tetaplah menjadi bahan fikiran saya sampai ke hari ini. Topik yang menjadi perdebatan kami melalui Yahoo messenger(saya berada diJordan dan abang ada diMalaysia) waktu itu ialah,bagaimanakah ciri-ciri wanita solehah itu? Abang berpendirian bahawa,wanita yang baik itu ialah isteri yang pandai menguruskan suami,anak-anak dan hal ehwal rumahtangga dengan baik. Tempatnya pula adalah dirumah/didapur,tepat seperti gelaran suri rumah untuknya. Dikepala saya terbayang seorang wanita cantik,ayu,putih,sedang bersanggul,berkain batik,tangan kanan mengendong anak,dan tangan kiri mengacau gulai diatas dapur. Tiba-tiba bunyi hon kereta suami,dia akan bergegas lari mendapatkan suaminya,salam,dan menguruskan pula makan minum pakai suaminya. Sedangkan

Kembalikan Masa ku!!

Sedih. Kehilangan benda yang paling berharga. Masa. Sibuk sangat ke? Kadang bukan sibuk fizikal bergerak kesana kemari dah macam lipas kudung..Tapi akal yang taklah cerdik sangat ni ligat memikir bermacam-macam hal sehingga terlupa dah masuk waktu sembahyang. Astaghfirullah. Hati pula dipenuhi dengan bermacam-macam perasaan yang silih berganti secara cepat macam pintu train di klia untuk boarding,yang buka dan tutup secara laju. Siapa lambat terkepit. Ok..hati memang berkecamuk. Bila 3 unsur yang tuhan ciptakan itu sudah tidak lagi seiring sejalan,maka hasilnya..blog lama tak update. Panjang noo alasan untuk legakan diri sendiri. Tapi tak pernah berhenti berharap agar Tuhan berikan masa yang baik untuk dapat memuaskan hati sambil memenatkan jari untuk berkongsi disini. Buktinya sekarang Tuhan dah izinkan sedikit kelapangan dada,hati dan masa untuk kembali menulis setelah sekian lama hanya mampu mengerling pada laptop yang dah berhabuk. Terima kasih Tuhan untuk nikmat yang dilihat