Skip to main content

Makan nasi dalam bekas t**k ayam

*** Tulisan ni dah lama ditulis,tapi baru sekarang nak post- Satu cara nak update blog bila dah tak sempat sangat ^^

Kalau anda sedang makan,elok berhenti dulu takut terbayang macam-macam. Maklumlah,manusia ni kuat berimaginasi. Macam saya,tak boleh makan ayam kampung melainkan di Indonesia. Bukan sebab kat tempat lain tak sedap,tapi sebab dulu duduk rumah tok sebelah rumah ada reban ayam. Tiap hari tengok ayam tu beraktiviti,dari depa bangun pagi sampai buang air sebelum tidur malam. Allah..memang tak lalu. Padahal aktiviti ayam kat dunia ni sama je. Bukanlah maknanya ayam kat Indonesia tu kalau nak makan depa pakat pergi foodcourt,buang air kat toilet macam kat Jerman yang boleh flush sendiri siap lap sekali tapi kena bayar 50sen tu. Tapi itulah yang dikatakan imaginasi yang tak masuk akal.

Yang nak cerita ni takde kaitan dengan petikan diatas ye. Apa yang nak disampaikan ialah satu perbandingan(berkias macam orang zaman dulu) bilamana kita mencampurkan hal yang baik dan buruk. Halal dan haram dijadikan satu. Contoh,qiamulail kat masjid,sebelum balik curi tabung masjid. Buat kenduri kawin(sunnah) tapi didalamnya pergaulan bebas. Pakai tudung,tapi pakai baju kurung naik motor terselak kain sampai atas. Pergi program agama naik kereta dua orang saja dengan kawan lelaki. Buat filem dakwah tapi pelakon tak muhrim berpegangan sesuka hati. Begitulah kira-kira contoh nya. Macam-macam jenis lagi sebenarnya. Dan itu adalah contoh yang jelas. Yang boleh dilihat dengan mata. Ada juga hal begitu yang dilakukan secara halus susah nak perasan. Bersedekah lepas tu rasa baik dan mengutuk jiran yang tak sedekah didalam hati. Menyampaikan hal agama dan merasa diri sudah sempurna. Tulis blog tentang Tuhan,tapi hati tak pun rasa bertuhan(saya la tu) Sembahyang tapi hati merayau-rayau. Pergi haji dan rasa lega kerana telah menyempurnakan rukun islam.

Bukan senang untuk benar-benar tepat didalam membuat kebaikan. Kerana nafsu syaitan itu tidak pernah rehat untuk memastikan kita akhirnya ke neraka kerana segala amalan yang kita lakukan itu ternyata sia-sia. Yang lebih mencemaskan lagi kerana kita tidak menyedari akan semua ini. Kita rasa kita dah cukup beramal,sedangkan kita sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh nafsu.

Disinilah perlunya bimbingan guru. Kita nak buat kek pun kena ada guru. Paling kurang guru kat internet. Inikan pula hal berkaitan menentukan keselamatan didunia akhirat. Kita tak akan mampu sebenarnya untuk berjalan sendiri. Kita perlu bimbingan. Agar tak tersesat jalan. Mana boleh kita kata cukup dengan merujuk quran hadis. Sedangkan,Tuhan itu dalam hal nak membina bangsa arab sampai menjadi empayar pun telah mengutuskan seorang nabi. Tak pula Tuhan turunkan quran kat tengah-tengah pasar,lepastu orang-orang arab yang tengah bergaduh tu pakat-pakat tengok quran tu kemudian terus insaf dan berjaya. Itu menunjukkan pemimpin itu wajib dalam memastikan jalan menuju Tuhan itu selamat sampai ke matlamat. Pemimpin yang dimaksudkan ialah pemimpin yang dapat memandu hati. Bukan hanya memimpin lahir kita,tapi juga memimpin batin kita. Bukan macam tok batin dalam cerita seram tu eh. Pemimpin yang tahu selok belok untuk mengalahkan nafsu. Agar jangan sampai kita tertipu lagi. Pemimpin yang membawa kita dekat kepada Tuhan. Menunjukkan kita jalan ke akhirat..

Comments

Auni said…
memandu hati...

suka ayat tuh kak khaulah ! :)

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...