Peristiwa tahanan di Mekah

Wednesday, May 22, 2013
Bila sampai je Malaysia,terus terasa macam sibuk yang tak henti-henti. Kesana sini,dari satu negeri ke negeri yang lain. Cuaca Malaysia yang suam-suam kuku ni menyebabkan badan mudah lesu. Cakap tu macamlah kau omputih! 

Aku sebenarnya dah niat nak cerita pengalaman bagaimana ditahan,disoal siasat dan seterusnya serba sedikit pengalaman dalam tahanan. Tapi bila dah sibuk sangat kononnya ni,jadi hilang fokuslah pulak. Nak menulis pun dah tak tau nak tulis tajuk apa. Tapi bila dah agak sebati ni maka sikit-sikit dah mula mendapatkan fokus kembali. 

Baiklah.. Aku sebenarnya mendengar pelbagai versi penceritaan berkenaan penahanan kami ni. Yang paling kemuncak dah tentulah berita tentang Ummu akan dipancung. Huh memang ngeri. Aku kalau ke Jeddah tu memang selalu lalu depan Masjid Qisas tempat orang dihukum pancung. Tak sangka pula nanti akan berlegarnya berita yang terkait-kait dengan masjid itu. Haru betul! Jadi kalini biarlah aku bercerita dari sudut orang yang mengalami sendiri peristiwa itu (dan juga direzkikan menjadi penterjemah ketika Ummu disoal siasat) Cerita yang bakal aku kongsikan ini kira kisah benarla kan pasal aku memang terbabit dari awal sampailah akhir. Memang akhir pun sebab aku balik pun dengan rombongan Ummu yang boleh dikatakan rombongan terakhir. 

Kami ditahan pada 27hb sekitar pukul 1-2 pagi. Aku pun tak tengok jam. Tererlah orang yang kena tahan sempat kerling jam kat dinding. Beberapa jam sebelumnya,aku dengan adik-adik masih di chalet sebab ada show depan jemaah umrah. Yang hairannya,malam tu kami show dalam keadaan menggigil. Tak tau kenapa. Dah sampai lagu yang ke berapa pun gigilan tu tak hilang lagi. Kami pun sembang-sembang belakang pentas kenapa semua menggigil? Lapar ke? Rasanya macam makan dah. Rupanya itulah petanda awal yang kami akan ditahan sebab selepas tu kami dimaklumkan bahawa pihak yang nak menahan tu dah kepung keliling chalet waktu kami masih show lagi. Kira depa dapat tengok show free lah kan. Tu yang pegawai soal siasat tu bila nampak je muka aku dia kata,kau kenapa menyanyi? Nampak Adib and the gang dia kata,korang asal menari? Hehe.. Dia boleh ingat muka kami tu yang mahal tu!

Lepas je show kami cepat-cepat balik naik Armada berkejar nak ke kedai beli barang. Takut kedai tutup. Jadi memang tak makan kat chalet sebab Abg Faah janji nak belanja makan. Bukan senang tu! Humam,Jun dan beberapa orang lagi yang kelaparan tu depa nak balik dengan jemaah umrah naik bas pasal nak makan dulu. Tula korang.. Sape suruh tak balik sekali? Kan dah tak kena tangkap. Hehe.. Maka kami pun bergegaslah melewati check point Syumaisi dan meluncur ke Mekah menuju Aziziah. Dah beli barang,makan,balik rumah dalam pukul 12 lebih. 

Rasa macam baru je terlelap bila tiba-tiba terdengar suara kata ada orang laki kat bilik. Disebabkan mamai,aku boleh tarik selimut balik untuk sambung tidur. Lepastu Fatim,Kak Izzah semua bising lagi kata ada orang masuk rumah. Aku nampakla ada orang kat pintu bilik tapi sebab mengantuk jadi boleh relaks je. Dalam hati dah tertanya-tanya,perompak ke? Barulah aku sedar rupanya kalau dah ngantuk tu,polis penuh satu rumah pun kau boleh layan masuk selimut balik. Bila Fatim dengan Kak Izzah sergah barulah aku macam sedikit segar dan baru kelam kabut bangun. Aku cakap kat budak pakai jubah kopiah putih tu (tak rupa polis langsung!) bagi can kami pakai jubah jap. Dia pun bagila tapi hingaqlah suruh cepat sikit. Lepastu ada sorang lagi pakai jubah singkat macam mangsa banjir masuk bilik tu minta handphone kami. Aku laju je ambik bb aku nyorok dalam laci. Dia tak perasan. Tapi dia sempat ambil ipad aku dengan ipad Fatim. Aku cakapla,tadi minta phone je kan? Kenapa ambil ipad? Dia macam malas layanla. Ok takpe! 

Kami pun dikumpulkan diruang legar depan bilik tu,lepastu terus diarah keluar naik bas. Ha kau bas dia macam nak bawak pergi manasik haji. Waktu nak keluar tu Ummu cari kasut takde,aku pun minta izin kat pegawai imigresen tu nak ambil kasut mak kat pintu lain. Dia tengok aku dia tanya,kau pandai cakap arab ke? Aku jawab na'am. Lepastu dia tanya,kau orang Indonesia ke? Aku jawab,Malaysia. Dalam hati aku cakap,muka aku ada macam orang Indonesia ke? Bila dia tau aku orang Malaysia,muka dia macam pelik. Dia tanya lagi sekali,Malaysia? Ish pakcik ni lagi mau tanya! Yelah orang Malaysia!  

Naik bas je aku nampak Kak Azwa,Abg Am dengan yang lain-lain. Kak Azwa sempat capai handphone dari dirampas oleh pakcik jubah pendek. Kami memang tertanya-tanyalah kan apa yang berlaku? Macam cemas,macam kelakar pun ada. Bas tu terus bawak kami ke imigresen Mekah. Alah sebelah rumah je pun. Sampai je situ kami pun diminta duduk dikawasan legar dalam bangunan imigresen tu. Waktu tu jam menunjukkan sekitar pukul 3 pagi kalau tak salah. Yang lucunya dah gawat macamtu pun ada je yang boleh layan tidur lagi. Betullah korang ni!

Eh! Kita sambung siri 2 nak tak? Hehe.. Drama bersiri lebih best rasanya. Aku dalam flight AirAsia  dari Penang menuju KL ni. Pramugari dah bising suruh off fon. Depan seat aku ni ada Yusri KRU dengan isterinya yang comel Lisa Surihani. Artis pun naik Airasia lah ;-) Now everyone can fly kan? 

Punyalah kalut hidup aku,boleh je buat kerja naik flight bawak laundry bag. Nampak benar tak dan nak basuh baju. Tapi tak boleh lawanla Ummu naik flight bawak baldi!

Oklah.. Untuk anak-anak saudaraku yang disayangi semuanya yang masih berxpdc sambil berkursus,Cik Olah ucapkan selamat berjuang. Doakan Cik Olah boleh join korang lagi nanti. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap Cik Tim,Cik Yah,Cik Faah,Abg Wan tau! Kalau prestasi baik,barulah akan dibelikan ole-ole! Jumpa lagi insyAllah.. Salam

P/s: Ada yang minta aku update blog sehari 2 kali. Aduii.. Memang tak mampula. Bbm orang pun kadang tu tak sempat balas. Apalagilah nak membebel panjang kat blog. Minta maaf sangat yee..


Cerita Fatim Abuya

Tuesday, May 21, 2013
Abuya memang ayah luar biasa. Walaupun tak banyak waktu yang dapat Abuya luangkan bersama kami tapi didikan dan kasih sayang Abuya yang sangat bersifat roh itu sangatlah memberi kesan. Bukan sahaja pada kami anak-anak kandungnya tapi juga kepada seluruh anak-anak jemaahnya.  

Kata Abuya, dia lebih sayangkan islam dari dirinya sendiri. Islam tu hidup mati Abuya. Kerana itu Abuya sanggup korbankan apa saja demi Islam. Asalkan Islam itu akan terus dijulang. Abuya kerana cintanya kepada Islam sanggup merantau ke luar negara lamanya demi membenarkan hadis untuk mencari kebenaran yang akan datang bersama kegemilangan islam.

Waktu era Abuya diluar negara tu, memanglah aku masih kecil. Malah sejak masih menyusu badan lagi Ummu dah tinggalkan aku. Maka aku pun diserahkanlah kpd ibu-ibu yang sudi untuk menyusukan aku waktu tu. Sebab tulah aku berjaya mencipta rekod memiliki ibu susu paling ramai dalam semua adik beradik. Kalau tak silap aku dalam 5orang. Ha ramai la jugak kan! Rekod ni bukanla sesuatu yang membanggakan pun tapi nak bagitau betapa Abuya dan Ummu, demi perjuangan, sanggup pisah dengan anak-anak. Manalah ada mak yang mampu berpisah jauh dengan anaknya dalam keadaan masih menyusu. Tapi itulah didikan Abuya kepada Ummu dan secara tidak langsung didikan untuk aku jugak sebenarnya! Hebatnya Abuya!

Hinggalah umur aku mencecah 2-3 tahun, setiap kali orang bawak jumpa Abuya aku akan nangis yang teruk. Mungkin sebab tak biasala tuu. Ummu pulak, bila masuk Malaysia dari Singapore,(Walidah dan Ummu Ain akan ganti tempat Ummu dan Ummi untuk jumpa Abuya di Singapore)waktu tulah baru ada peluang tengok anak-anak. Dari Singapore akan singgah ambil aku yang tinggal dengan ibu susu (kat johor waktu tu) Time nak ambil aku tu pun terpaksa Ummu pujuk-pujuk dulu barulah nak. Maka ikutlah aku  dan Humam yang masih bayi bersama Ummu dan beberapa muslimah Arqam ketika itu. 
Janganlah rasa Ummu ambil tu bawak bersiar-siar makan angin. Sebab perjalanan dgn Ummu menuju ke Sg Penchala tu ambil masa yang lama sebab Ummu akan singgah markaz atau kampung-kampung Arqam untuk buat program dengan muslimah. Ya allah.. Memanglah mak yang tiada masa khusus untuk anak. Semuanya dimanfaatkan untuk islam. Agaknya waktu tu hati aku cakap,asek buat program dengan orang je! Untuk anak takde ke? Entah ye ke taklah tu. 

Aku tersangat hairan dgn ibuku! Hati ibuku memang tak seperti ibu-ibu lain! Sekali lagi hebatnya Abuya! Bukan dia saja yg memiliki jiwa cintakan Islam, tp dia mampu buatkan juga hati anak-anak muridnya untuk ikut cinta dan sayangkan islam.

Akhirnya sampai juga kami di Kg Arqam Sg pencala. Maka aku pun bertemu dengan Kak Atiah dan Kak Olah disana. Begitulah yang berlaku sehingga Abuya dan Ummu di ISA kan. Maka kami pun diserahkan secara total kpd Abuya dan Ummu dirawang oleh Kak Fizah dan Abg Zari yang menjaga kami waktu itu. Untuk pertama kalinya aku melihat Abuya dari dekat. Sungguh! Tak akan aku mampu lupakan, ketika pertama kali melihat Abuya mengangkat takbir ketika sembahyang, membuatkan aku........tergelak! Ya Allah.. Memang aku tak pernah kenal ayahku selama ini. Aku seolah-olah kepelikan melihat cara hidup Abuya. Bila aku dah besar sekarang ni, dah boleh fikir, terasa betapa bodohnya aku waktu tu. Ya ! Abuya kerana sangat takut pada Tuhan, sangat takut kalau tak beradab dihadapan Tuhan, dia terlalu zouq dengan Tuhannya, maka berlakulah gerakan takbiratul ihram yang tak akan mungkin ditiru org lain yang tiada rasa takut yang mendalam di hatinya. Jahilnya aku tentang Abuya waktu itu. Sedih!
Maka dirumah atas bukit 2/4 BCH, bermulanya persekolahan untuk kami bersama Abuya selaku pengetua sekolah dan mak-mak sebagai cikgu.

Dan akan jadi bertambah panjanglah coretan aku ni kalau aku nak ceritakan setiap peristiwa yg kami lalui sebagai anak Abuya. Nasiblah aku ni jenis pelupa. Memang takde apa nak sambung dah pun. Huhu.

Tapi 1 perkara yang sangat penting untuk dikongsikan kepada semua ialah, semua yang aku lalui dari keluar perut Ummu sampai sekarang, bila dikenang satu persatu akan membuatkan aku menangis teresak-esak kerana kasih sayang yang Abuya berikan terlalulah bernilainya! Kenapa? Kena tinggal dari kecik tu tanda Abuya sayang ke? Abuya didik macamtu,macamni,tegur-tegur, marah smpai pernahla Abuya tarik rambut aku ni akibat terlalu degil,antara pengalaman yang tak boleh lupa, tu tanda Abuya tengah sayang ke? Pendek kata bersama Abuya akan lalui segala macam kesusahan (waktu itu terasa susahlah. Padahal kesenangan melimpah ruah)  Peritnya sayang yang jenis mcmtu tu! Tapi hasil dari semua itu telah menguatkan hati aku dengan Tuhan. Rupanya setiap kesusahan tu, Abuya nak bagi Tuhan! Kerana dengan kesusahan sahaja orang akan dapatkan Tuhannya! Kalau Abuya didik aku dengan kemanjaan, dibelai-belai,diberi itu dan ini mengikut selera nafsu aku,rasanya aku ni boleh jadi manusia ke ?! Boleh ke hati tu terhubung dengan Tuhan? Walaupun tetaplah sekarang masih jatuh dan bangun..

Jadi janganlah ada yang berkata,aku tak cukup kasih sayang! Dari kecik dah susah. Kecik-kecik tak pernah dapat belaian ibu ayah. Tak dapat itu,tak dapat ini,jadi sebab tu lah aku jadi rosak camni sekarang! 

Allahhh... Cuba hitung nafas turun naik yang Allah bagi tu. Besar gileee sangat kasih sayang tu. Nak komplen Allah lagi ??

Terima kasih Abuya... Terima kasih Abuya.. Terima kasih Abuya..
Mengenang kasih sayang Abuya yang terbesar kepada aku ialah kerana menghadiahkan 'kesusahan' Benarlah kata Nabi kepada orang badwi yang datang menyatakan cinta kepada Baginda,
Kalau kamu benar cinta pada Allah dan Rasul maka bersedialah untuk miskin.
Maka... Kalau kita benar cinta dan sayangkan Abuya,bersedialah utk menerima kesusahan!


Selamat tiba di Malaysia

Sunday, May 19, 2013
Aku kan pernah bagitau yang dalam beberapa hal aku macam laju sangat. Tapi ada beberapa hal lagi aku lembap gile. Dah seminggu kat Malaysia baru nak ucapkan Selamat tiba ke negara Malaysia tercinta buat diri sendiri. Malaysia indah yang sentiasa dihati. Eh tapi kenapa negara korang ni suam sangat hah cuaca dia? Ok time suam tu jadi negara korang. Time jumpa aircond jadi negara aku lah. Huhu..

Kisahnya ialah beg-beg yang di cek in di Jeddah haritu tak sampai sekali dengan kami. Entah bangla tu terlupa cek in ke apa! Lepas buat report,katanya akan dihantar. Tapi bukan hantar kat rumah,sebaliknya akan dihantar ke JAIS untuk diselongkar. Amboi.. JAIS lagi semangat nak tunggu beg kami nampaknya. Sekali tu sebijik gambar Abuya besar dalam beg aku. Moga JAIS tak kata sesatlah kalau anak simpan gambar bapak kan!

Ini barulah bertemu kembali dengan alat-alat perhubungan yang dirindui. Dah tebal muka pinjam bb orang sana sini. Rasa bersalah pulak blog tak berupdate berhari-hari. Ceh sejak bila kau pandai rasa bersalah tak update blog hah? Selama ni bertahun je berabuk.

Apapun dikesempatan yang ada ni aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang begitu berbesar hati menjamu makan,melayani itu ini disemua negeri yang dah aku dan keluarga singgahi dari hari pertama sampai hinggalah ke hari ini. Macam biasalah.. Aku hanya ada doa untuk semua yang berjasa. Nak balas tu entahlah bila. Tuhan.. Tolonglah balasi semuanya dengan kebaikan dunia akhirat.

Ok esok aku harap dah boleh mula post balik kisah-kisah yang dah tertangguh. Moga korang semua terus sudi menyerambi..

Oh ye.. Ini gambar waktu kami sedang berkobar-kobar siap tunggu pegawai imigresen panggil nak ke airport. Akhirnya..