Skip to main content

Kembara Paris - Samara part 5

Isnin - 30 September 2019

Laundry

Pagi ini terasa lebih meriah bila bergabungnya dua rombongan xpdc. Rombongan kami yang melalui jalan darat, juga rombongan Tuan Nasir yang terbang dari Sarajevo, transit di Istanbul dan sampai ke Riga. Kami menginap di sebuah hotel bersebelahan tasik. Dari awal pagi lagi Cik Zura dah bising-bising pastikan makan minum dan segala persiapan. Memang itulah watak Cik Zura. Sangat mengambil berat dari sekecil perkara. Sangat susah hati kalau nanti ada yang lapar, susah nak masuk bilik air, segala perlengkapan mesti kena disiapkan. Lebih lagi bila ada para pimpinan juga dalam rombongan, lagilah Cik Zura akan susah hati.

“Kerja ana ni kutip baju untuk bawa masuk laundry. Supaya baju yang kotor tu jadi bersih!” Suara Tuan Nasir bergema melalui walkie talkie sebaik saja kenderaan bergerak. Melalui xpdc ini setiap kami kena tukar pakaian lama (yang kotor) kepada pakaian yang baru. Maksudnya, nak kena buat perubahan diri dan hati. Begitulah Tuan Nasir memulakan kata-katanya untuk kami semua. Bersama Tuan Nasir dan para pimpinan, terasa penuh dengan panduan. Berterusan. Bukan sekadar yang rasmi, tapi yang tak rasmilah yang paling memberi kesan.

“Negara yang sedang kita lalui (Latvia) ni, ini bekas jajahan Rusia. Lepas ni kita nak masuk Rusia pula, negara komunis. Istilahnya keluar mulut buaya, nak masuk ke mulut ular. Semua ni sebab nak bela Allah dan Rasul. Persiapan kena cukup, lahir dan roh!” Sekali lagi kami ditegur kerana masih tak bergegas untuk bersiap pada pagi ini. Hasilnya, kami sedikit terlambat bertolak ke border. Sedangkan dah ada kawan yang menunggu di sana. Bila bersalah, kita diajar untuk angkat tangan mengaku salah. Dalam hati pun jangan cuba nak bela diri apatah lagi nak mendongkol. Kalau kita sanggup mengakui kesilapan, di situlah turunnya rahmat Tuhan. Kita akan difahamkan banyak hal yang tidak kita fahami sebelumnya.

Laluan menuju Terehova iaitu sempadan Latvia - Rusia agak teruk juga. Kami yang di motor home lebih terasa peritnya bila kena dengar bunyi segala pinggan mangkuk periuk belanga berlaga-laga di sepanjang jalan dikeranakan kenderaan terlanggar lopak-lopak. Kemuncaknya bila aku dan Thuwaibah terpelanting ke depan dan ke belakang waktu cuba nak bekerja sambil berdiri. Oh ye harini motor home (dapur Ikhwan) dapat petugas baru. Along Munirah yang sampai bersama rombongan Tuan Nasir naik bersama kami manakala Cik Ita pula pindah naik kenderaan bersama Tuan Nasir dan Cik Zura.

Pokok-pokok di kiri kanan jalan menguning tanda musim luruh yang baru menjengah. Kata Tuan Nasir, pokok-pokok sedang bersedih nak meninggalkan alam yang nyata, setelah memberi khidmat buah-buahan pada manusia. Begitulah jika kita melihat semuanya dengan mata hati, tidak ada yang sia-sia. Kerana kita belum mampu untuk selalu melihat sesuatu dengan mata hati, maka kita terlalu perlukan pimpinan dan panduan.

Bila Allah sebut dalam AlQuran, kena taat pada Allah, taat pada Rasul dan pemimpin di kalangan kamu, ayat itu bukan sekadar untuk dibaca tapi kena sungguh-sungguh diamalkan. Inilah kekuatan kita, mendapat pimpinan menuju Allah dan Rasul. Aku pernah dengar Tuan Nasir cakap, kekuatan yang perlu ada pada diri kita ialah, kena sangat kuat dengan Allah! Lebih-lebih lagi bagi seorang pemimpin. Bilamana kita kuat dengan Allah, orang yang melihat kita bukan sekadar takut pada kita, tapi membuatkan orang akan bertaubat kepada Allah bila berdepan dengan kita.

Menjadi pemimpin bukan minta dihormati atau disanjungi. Mahu dipanggil dengan gelaran tertentu. Bahkan pemimpin yang ada wibawa tu tak perlu pun promosi dirinya tapi Allah akan datangkan orang lain untuk promosikan. Janganlah jadi orang atau lebih lagi pemimpin yang jenuh nak kena promosi diri! Dihebahlah jasanya di sana sini. Dicananglah merata kelebihan diri! Menggunakan pengaruh yang ada untuk bawa orang pada diri. Bahkan mengajak orang lain untuk menyokong apa yang dibuatnya sekalipun perkara yang tak betul! Ini peringatan untuk diri sendiri. Jangan ada yang sensitif pula! Sebab tu Tuan Nasir selalu ajak kami berdoa, janganlah kami jadi orang yang merosakkan diri dan merosakkan orang lain.

Kami akhirnya tiba di border 4 jam kemudian. Cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai. Keadaan di border tidak terlalu sibuk. Kami harus melewati border keluar dari Latvia dulu kemudian baru masuk ke border Rusia. Macam kita nak lalu border Bukit Kayu Hitam tulah. Keluar dari Malaysia, baru masuk ke Thailand.

Urusan keluar dari Latvia nampaknya mudah saja. Kami pun bergerak menuju border Rusia. Lain macamlah debarannya. Kita selama ni selalu dimomokkan dengan kebengisan orang Rusia. Macam-macam yang dah terbayang di ruang mata. Kami dipanggil seorang demi seorang ke kaunter imigresen mengikut kenderaan yang dinaiki. Walau terpaksa menunggu agak lama untuk pasport dicop, kami melepasi imigresen Rusia tanpa banyak soal. Namun para pegawai imigresen nampaknya memang sangat teliti. Pelbagai alat digunakan untuk cek pasport kami. Kejap scan, kejap suluh, kejap teropong, kejap lagi guna kanta. Memang saja nak bagi kami berdebar agaknya.

Imigresen dah lepas, sekarang kastam pula. Satu persatu dokuman kenderaan diperiksa. Ke hulu ke hilirlah pegawai kastam tu melakukan pemeriksaan. Dari atas motor home aku lihat para pilot menerangkan itu dan ini kepada pegawai perempuan yang bertugas. Memang garang orangnya. Tinggi saja suaranya. Aku selalu dengar orang kata kalau nak lalu border ke, kastam ke, jangan pergi kat kaunter yang pegawai perempuan jaga. Mesti leceh punya!

Setelah lama menunggu, akhirnya keputusan pun keluar. Dari 5 buah kenderaan, hanya satu yang dibenarkan masuk ke Rusia iaitu kenderaan yang dinaiki oleh Tuan Nasir dan Cik Zura serta beberapa orang lagi. Lahiriahnya kerana kenderaan yang dibenarkan tu ada pemiliknya bersama. Sedangkan kenderaan lain termasuk yang disewa, kita hanya gunakan surat wakalah saja. Tapi sebenarnya kami semua perasan, pegawai imigresen pun memang beri layanan yang agak berbeza terhadap Tuan Nasir sejak awal lagi. Pelik juga!

4 buah kenderaan lain beserta para penumpangnya diminta patah balik ke Latvia untuk dibuat urusan terjemahan surat wakalah ke bahasa Rusia beserta cop rasmi dari pusat terjemahan. Setelah selesai baru datang semula untuk masuk ke Rusia. Sebenarnya boleh saja kalau kami mahu masuk waktu tu kerana pasport kami telah pun dicop masuk oleh imigresen. Tapi kena masuk jalan kaki lah! Sebab kenderaan tak boleh masuk. Jadi Tuan Anuar putuskan untuk kami semua ke Latvia semula dan selesaikan dokumen yang diminta kemudian datang semula untuk masuk ke Rusia bersama-sama.

Maka patah baliklah kami ke Latvia pada hari itu. Punyalah lama di border, dari tengahari bawa ke malam. Aku segera mencari penginapan yang terdekat dengan (border) Terehova supaya memudahkan kami untuk patah balik nanti. Kami memilih Ludza, sebuah pekan kecil di Latvia untuk kami berteduh seketika. Wahai Allah.. Tolonglah mudahkan semuanya..

Comments

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b