Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Tuhan lebih tahu..

Tuhan lebih tahu tentangmu dari diriku. Maka,untuk dekat denganmu,aku harus dekat dengan Tuhanku. Kerana Tuhanlah yang memahamkan aku tentang siapa kamu. Aku tidak akan pernah mengenalimu jika bukan Tuhan yang membawamu kesisiku. Aku tidak pernah membayangkan bagaimana bentuk jalan yang akan ku lewati. Semuanya ku percayakan kepada takdir Tuhan yang maha mengaturkan. Aku tidak percaya dengan usahaku sendiri. Sebaliknya Tuhanlah yang memberikan segala yang terbaik yang kudapatkan hari ini. Maha besar Tuhan. Jarak yang sering berada diantara kita itu pun aku kira Tuhanlah yang mengisinya. Kadang aku adukan kepada Tuhan betapa hatiku kerinduan. Ajaib. Tuhan tidak pernah gagal dalam menghubungkan hati kita untuk tidak menjauh. Disaat aku punya banyak sekali hal yang ingin aku ceritakan,padamu,aku minta Tuhanlah yang sampaikan. Dan..setiap itulah aku sering mendapatkan jawapan. Tidak banyak yang engkau tahu apa yang ada dihatiku. Dan aku juga tidak pernah berjaya memberitahumu segala

Hakim telinga busuk

Waktu kecil dulu kan biasa orang tanya,besar nanti nak jadi apa? Antara cita-cita waktu kecil saya dulu ialah hendak menjadi hakim. Entah macamana boleh terfikir macamtu. Padahal waktu tu bukanlah faham sangat tentang pekerjaan sebagai hakim tu. Tapi biasalah..budak-budak..cita-cita nak gempak je. Sekarang bila dah besar barula tau bahawa bukan senang nak capai cita-cita. Kalau taula macamni,waktu dulu cakap jela cita-cita nak jadi artis ke apa ke.. Yang kuat rasa nak jadi hakim tu tak silap waktu darjah 4 kot. Tapi bila satu hari dengar sape ntah cerita kata,kalau hakim tu tak adil,kat akhirat nanti telinga dia busuk. Erk?! Takutnya..terus dan-dan tak nak jadi hakim dah. Tak ingat dah waktu tu tukar cita-cita nak jadi apa. Pramugari kot! Sedangkan kalau fikir-fikir balik,memanglah setiap amalan jahat akan dibalas dengan azab diakhirat nanti. Bukan hakim je. Kalau kau jadi doktor,tapi tak beriman bertaqwa,sama jekan? Tapi pasal dengar ayat ‘ telinga busuk’ tu yang tak tahan tu. Ras

Bila lelaki dipoligami

Bukan mudah untuk menjadi pengurus kepada sebuah restoran bertaraf 3 bintang. Lebih-lebih lagi kalau restoran itu dibuka diluar negara dan semua pekerja merupakan warga tempatan atau lebih tepatnya orang arab. Saya tidak memiliki sebarang sijil terkait pengurusan perniagaan. Hanya berbekalkan sedikit kelebihan bahasa arab dan juga sedikit pengetahuan terkait selok belok negara tersebut iaitu Jordan. Cukup mencabar. Tapi kerana saya yakin,kejayaan tidak datang dengan hanya kemampuan kita,tapi yang lebih besar ialah kemampuan yang maha hebat iaitu kuasa Tuhan yang maha mentakdirkan,maka saya ambil peluang ini sebagai satu lagi ‘sekolah’ yang mesti saya tempuhi. Bergelanggang di Restoran Qasr Lubnan membuatkan tiap hari saya termenungkan bahawa upaya kita sangat terbatas. Tuhan lah hakikatnya yang menjalankan semuanya. Kita tidak akan pernah boleh mendabik dada kerana sekali Tuhan cuit sahaja,semuanya boleh lenyap hanya dalam sekelip mata. Saya cukup bersyukur dengan kewujudan pekerj