Skip to main content

Hakim telinga busuk

Waktu kecil dulu kan biasa orang tanya,besar nanti nak jadi apa? Antara cita-cita waktu kecil saya dulu ialah hendak menjadi hakim. Entah macamana boleh terfikir macamtu. Padahal waktu tu bukanlah faham sangat tentang pekerjaan sebagai hakim tu. Tapi biasalah..budak-budak..cita-cita nak gempak je. Sekarang bila dah besar barula tau bahawa bukan senang nak capai cita-cita. Kalau taula macamni,waktu dulu cakap jela cita-cita nak jadi artis ke apa ke..

Yang kuat rasa nak jadi hakim tu tak silap waktu darjah 4 kot. Tapi bila satu hari dengar sape ntah cerita kata,kalau hakim tu tak adil,kat akhirat nanti telinga dia busuk. Erk?! Takutnya..terus dan-dan tak nak jadi hakim dah. Tak ingat dah waktu tu tukar cita-cita nak jadi apa. Pramugari kot!

Sedangkan kalau fikir-fikir balik,memanglah setiap amalan jahat akan dibalas dengan azab diakhirat nanti. Bukan hakim je. Kalau kau jadi doktor,tapi tak beriman bertaqwa,sama jekan? Tapi pasal dengar ayat ‘ telinga busuk’ tu yang tak tahan tu. Rasa macam sekarang pun dah busuk. Nauzubillah..

Tapi lepas-lepas tu memang selalu terbayang betapa beratnya kerja hakim ni. Ataupun kerja-kerja mengadili ni lah. Lagi-lagi bila tengok filem macamana seorang yang tidak bersalah tapi kerana adanya bukti-bukti yang menunjukkan bahawa dia bersalah(samada dikhianati orang atau dia berada diwaktu dan tempat yang salah) akhirnya hakim memutuskan bahawa dia perlu dihukum. Kalau setakat penjara boleh tahan lagi. Tapi kalau yang jenis hukuman mati tu,macamana kan?

Kerana itulah sejak dizaman nabi dan salafus soleh dulu,hakim itu mesti dikalangan orang-orang yang soleh. Sebab kadang-kadang ada hal yang sulit sekali untuk diputuskan,diwaktu itu mereka akan memohon panduan dari Tuhan. Setelah itu biasanya Tuhan akan datangkan alamat atau sebab yang memandu untuk sampai keputusan yang diambil itu benar-benar adil dan saksama. Tapi secara lahirnya tidaklah menafikan segala bukti,saksi dan hujah-hujah yang dikemukakan. Hanya mengingat betapa lemahnya manusia kerana adanya hal yang berada diluar jangkauan kita.

Sama juga dengan kehidupan harian yang kita lalui. Ada berita,khabar atau cerita yang mungkin tak tercapai akal kita atau diluar bidang kita,bagaimana hendak kita pastikan bahawa kita tidak akan silap dalam mengadili? Walaupun kita bukanlah orang yang mempunyai authority untuk mengadili,tapi sekurang-kurangnya cukup untuk kita faham kerna mungkin kita akan kongsikan pandangan dan pemahaman kita itu untuk orang lain.

Kita akui bahawa kita memang hamba yang lemah. Tidak semua hal ada didalam pengetahuan kita. Maka,dalam berhadapan dengan sebarang kekeliruan,jalan terbaik yang mesti kita ambil ialah,kembalikan semua ketidak fahaman kita itu kepada Tuhan. Rujukkan padaNya kerana Dia adalah tempat rujuk yang utama. Tanyakan pada Tuhan,minta Tuhan tunjukkan yang sebenarnya. Agar kita tidak akan menghukum mengikut nafsu kita sebaliknya pandangan kita akan selari dengan apa yang Tuhan mahukan. Bayangkan..kalau kita tersilap dalam membuat perhitungan,kerana kita tidak menjadikan Tuhan tempat merujuk,mudahkah untuk kita berpatah balik? Sedangkan apa yang kita katakan,apa yang diperbuatkan mengikut kefahaman kita yang salah itu,bukanlah senang untuk kita tarik balik semuanya. Bak kata pepatah,terlajak perahu masih boleh diundur lagi,terlajak kata buruk padahnya. Kalau kesilapan itu tidak betul-betul kita taubatkan,ketahuilah bahawa Tuhan punya bermacam cara untuk menghukum kita.

Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya,nampaknya memang nak kena hati-hati dalam menilai. Teringat satu cerita,seorang guru bersama murid-muridnya berjalan ke sebuah negara yang mana ada terdapat sebuah patung seorang islam,sufi tapi disampingnya ada seorang wanita. Kelihatan seperti seorang pelayan. Maka guru itu bertanyakan kepada muridnya,apakah maksud disebalik patung itu? Semua murid itu memberikan jawapan yang hampir sama iaitu patung itu melambangkan ulama sufi yang sudah rosak dan cinta dunia,main perempuan dan sebagainya. Dan akhirnya guru itu berkata,lihatlah kita. Dengan patung pun nak sangka buruk. Mengapa kita tidak boleh fikirkan bahawa mungkin itu adalah lambang betapa wanita itu ialah isteri solehah yang sedang melayani suaminya?

Itulah satu contohnya.. Susahkan?

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...