Skip to main content

Bila lelaki dipoligami


Bukan mudah untuk menjadi pengurus kepada sebuah restoran bertaraf 3 bintang. Lebih-lebih lagi kalau restoran itu dibuka diluar negara dan semua pekerja merupakan warga tempatan atau lebih tepatnya orang arab. Saya tidak memiliki sebarang sijil terkait pengurusan perniagaan. Hanya berbekalkan sedikit kelebihan bahasa arab dan juga sedikit pengetahuan terkait selok belok negara tersebut iaitu Jordan. Cukup mencabar. Tapi kerana saya yakin,kejayaan tidak datang dengan hanya kemampuan kita,tapi yang lebih besar ialah kemampuan yang maha hebat iaitu kuasa Tuhan yang maha mentakdirkan,maka saya ambil peluang ini sebagai satu lagi ‘sekolah’ yang mesti saya tempuhi.

Bergelanggang di Restoran Qasr Lubnan membuatkan tiap hari saya termenungkan bahawa upaya kita sangat terbatas. Tuhan lah hakikatnya yang menjalankan semuanya. Kita tidak akan pernah boleh mendabik dada kerana sekali Tuhan cuit sahaja,semuanya boleh lenyap hanya dalam sekelip mata.

Saya cukup bersyukur dengan kewujudan pekerja-pekerja arab yang sangat membantu. Kalaulah Tuhan tidak datangkan mereka,manalah mampu untuk mengawal pelanggan-pelanggan yang kebanyakannya datang dari golongan kelas menengah keatas. Masing-masing dengan selera dan gaya yang jika kita tidak cukup berpengalaman,jawabnya..
semua lari.

Namun sesuatu projek itu takkanlah berjalan lancar saja tanpa masalah kan? Antara masalahnya ialah dengan pekerja-pekerja ni jugaklah. Sikap mereka yang suka bersaing secara tidak sihat itu membuatkan kadang-kadang saya jadi buntu. Kalau dilayan si A,si B tersinggung. Kalau si B buat kejayaan,si A mula mendengki. Buat cerita itu ini. Aduhh..letihnya.. Kadang-kadang kita nak cepat,sempat tanya khabar si C je,nanti mulalah si D muncung sepanjang hari. Lepas tu tanya-tanya,saya marah dia ke? Saya tak suka dia kerja ke? Ish la.. Yang lawaknya bukan dengan saya je mereka macam tu. Tapi boleh dikatakan dengan hampir semua penduduk melayu di Qasr Lubnan ni mereka bersikap begitu. Kesian juga sebab tengok mereka macam kurang kasih sayang dan inginkan perhatian. Tapi tulah..kita yang tak menyempat nak mengagihkan kasih sayang.

Ada pulak yang jenis suka merajuk. Bila kawan bagi arahan,tak nak ikut. Konon katanya bos je layak bagi arahan. Padahal arahan tu kadang simple je macam,sila lap pinggan. Bila jadi macam tu,bergaduhlah..Nanti mulalah datang cari kita boleh siap tanya,nak pilih aku ke dia? Allah..dah macam telenovela la pulak! Last-last dua-dua pun kena marah. Bila kena marah,normal la balik. Pelik! Depa ni suka kena marah ke?

Esok karang datang lagi dua ketul(dua orang) kata nak jumpa empat mata. Nak ngadu pasal si E yang suka menipu. Kita pun susah hatila dibuatnya. Bila siasat,tak de pun macam tu. Seperti biasa mereka akan berbalas pantun,lusa si E pulak datang nak cerita yang si D pemalas bla bla bla.. Ish ish..tak sudah-sudah. Secara fizikalnya mereka ni termasuk dalam kategori pemuda arab yang berbadan tegap. Tapi dalam hati masing-masing ada taman. Tak larat nak siramla dik ooii...

Nasibla semua kecik-kecik lagi. Baya adik-adik kita. Tapi nak compare dengan adik-adik tu,jauhlah adik-adik saya tu matangnya. Kira pekerja-pekerja arab ni macam adik bongsu kami lah. Tapi saya anggap depa macam anak-anak je. Kalau buat hal,bagi jajan,semua diam..huhu

Memang inilah risiko bila kita bekerja dengan orang yang tak sama cita-cita dengan kita. Tapi dalam hal untuk diperkenalkan dengan Tuhan dan cara hidup islam yang lebih baik,dah menjadi tanggungjawab kita lah untuk menarik mereka untuk bersama memahami tentang itu. Takkanlah kita je nak hidup bahagia kan?

Jadi,walaupun karenah mereka tu adakalanya sangatlah menyebalkan,saya gagahi jugalah. Mengingatkan diri akan kelemahan-kelemahan kita yang orang lain juga pasti terpaksa bersabar dengannya. Kita punya sedikit kelebihan dan seribu kekurangan. Moga-moga keberadaan orang kelilinglah yang akan menampung dan melengkapkan mana yang kurang.

Bila tengok balik tingkah laku mereka ni ada juga lucunya. Cemburu tak kena tempat. Macam tu lah gamaknya agaknya bila lelaki kena poligami eh? Jangan ingat wanita je pandai cemburu dan merajuk ye..

Comments

Anonymous said…
hehehe...ana seolah sedang bercermin, semua itu nampak ada pada diri ini

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...