Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Dari Tuhan dan untuk Tuhan

" Iza jaa nasrullahi wal fath. Wa roaitannasa yadkhuluna fi dinillahi afwaja. FASABBEH BIHAMDI ROBBIKA WASTAGHFER. Innahu kana tawwaba.." Indahnya jalan keluar yang Tuhan berikan kepada hamba yang dicipta dengan penuh kelemahan dan kegagalan. Bila mendapatkan kejayaan,puja dan puji lah Tuhan yang hakikatnya telah melakukan. Namun akuilah..hati penuh dengan lintasan. Bertaubatlah bila sempat merasa diri ada kemampuan. Moga Tuhan mengampunkan. Macam nak pecah dada bila Ummu syarahkan tentang betapa pentingnya kebudayaan islam itu dihidupkan dimana-mana. Tahan airmata takut dikatakan manja! Maka kamu diberi peluang untuk melakukannya,kata Ummu. Akal buntu fikirkan macamana nak jayakan show berskala besar ini sedangkan adik-adik dah dihantar kemerata tempat. Sehari-masa diambil untuk menghadamkan kata-kata dan hasrat Ummu. Perasaan bercampu baur diantara bingung dan sedih. Bingung nak buat macamana.. Sedih sebab membuatkan Ummu terpaksa syarah panjang lebar untuk meyakinkan bahaw

Bertemu berpisah

Semalam dapat perkhabaran bahawa Ummu akan agih-agihkan kami Generasi Harapan ni ke merata-rata tempat. Berdebar. Tetap berdebar walaupun tidak pernah sehari pun kami terlupa bahawa bila-bila masa saja kami akan melalui saat-saat ini kembali. Kembali ye. Maksudnya dah get used! Selama ni pun memang duduk jauh-jauh. Mat,Fah,Kakak,Fida',Wadud,Abbad,Kak Atiah di Jerash. Aku,Fatim,Iyah,Adib,Mam,Ajwad,Jun,Abg Faah dan Adik Bar di Haramain. Zahidah pula di Mesir. Jarang dapat berjumpa. Sesekalila yang di Jerash datang Haramain. Itu pun kejap sangat. Sebulan masa bertemu untuk adik beradik riuh rendah ni bukannya cukup. Baru tahun lepas lah dapat kumpul semula. Itupun bukanlah semuanya. Sebahagian je. Dan seelok masuk ke tahun baru,maka kami bakal berpisah semula. Demikianlah sunnatullah.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walau dah terbiasa dengan segala bentuk perpisahan,namun perpisahan bukanlah perkara yang boleh disebut 'alah bisa tegal biasa'. Sebab disetiap kali berlak

Kuat perasaan

* artikel ni aku tujukan untuk diriku dan juga kaum sejenisku. Terutama buat Kak Izzah yang diingati :-) Tak lupa buat anak-anak sedaraku yang dikasihi. ;-) Penyakit paling sinonim bagi wanita ialah penyakit kuat perasaan. Merajuk,merungut,sedih tak kena gaya,muncung sana sini dan sewaktu dengannya. Macam-macam pula alasan untuk menambah kuatkan lagi penyakit tu seperti datang bulanlah,tengah mengidamlah,tengah pantanglah.. Semua tu dijadikan tiket untuk membenarkan 'kuat perasaannya' itu. Tahukah anda wahai kaum wanita,penyakit yang direkayasa itu berpunca dari jiwa yang lemah. Bak kata orang,'jiwek'. Bila jiwa lemah,itu yang penyakit kuat perasaan menyerang. Macamlah kalau antibodi lemah,mudahlah diserang selsema,batuk,demam dan lain-lain penyakit lagi. Yang lucunya,pengidap penyakit kuat perasaan (KP) ini kadang tu tak sedar kalau mereka sedang diserang sindrom itu. Mereka bahkan merasa wajar-wajar saja. Yang lebih parah ialah bilamana penyakit itu dijadikan perisai

Aku dan azam 2014

Dah 2 hari 2013 menutup tirainya. Lepas 2 hari 2014 membuka lembarannya,barulah terdorong hatiku untuk mengenangkan,oh semakin tua rupanya aku. Setahun berlalu,tapi macam biasalah tak terasa. Bila dah tua,buat-buat heran kenapa setahun macam cepat sangat berlalu. Sedangkan waktu kecik dulu aku selalu berharap untuk segera dewasa pada setiap hari.  " kan best kalau setiap hari tu kita naik darjah 2,darjah 3,darjah 4," kataku kepada teman-teman sedarjahku disurau sekolah rendah Sungai Penchala pada satu petang sebelum asar. Yaallah.. Macamanalah aku boleh ingat lagi benda tu? Orang cakap,pelupa tu nikmat sebenarnya. Sebab otak tak semak dengan macam-macam benda. Aku pula berfikir sebaliknya. Percayalah,bernostalgia itu nikmat dan rahmat! 2013 berlalu dengan memberi banyaknya ruang untukku merasa berbagai pengalaman yang tak terfikirkan. Yang paling indah sudah tentulah bila ditahan di Mekah pada Mac lalu dan dibebaskan pada Mei untuk kembali ke tanah air yang telah ditinggalkan