Skip to main content

Aku dan azam 2014

Dah 2 hari 2013 menutup tirainya. Lepas 2 hari 2014 membuka lembarannya,barulah terdorong hatiku untuk mengenangkan,oh semakin tua rupanya aku. Setahun berlalu,tapi macam biasalah tak terasa. Bila dah tua,buat-buat heran kenapa setahun macam cepat sangat berlalu. Sedangkan waktu kecik dulu aku selalu berharap untuk segera dewasa pada setiap hari. 
" kan best kalau setiap hari tu kita naik darjah 2,darjah 3,darjah 4," kataku kepada teman-teman sedarjahku disurau sekolah rendah Sungai Penchala pada satu petang sebelum asar. Yaallah.. Macamanalah aku boleh ingat lagi benda tu? Orang cakap,pelupa tu nikmat sebenarnya. Sebab otak tak semak dengan macam-macam benda. Aku pula berfikir sebaliknya. Percayalah,bernostalgia itu nikmat dan rahmat!

2013 berlalu dengan memberi banyaknya ruang untukku merasa berbagai pengalaman yang tak terfikirkan. Yang paling indah sudah tentulah bila ditahan di Mekah pada Mac lalu dan dibebaskan pada Mei untuk kembali ke tanah air yang telah ditinggalkan hampir 2 tahun. Dan bermula dari bulan Jun hinggalah ke Disember,Tuhan rezkikan aku untuk mengenali negaraku ini dengan lebih dekat lagi melalui jemputan show dimerata negeri. Dapat berjumpa dengan ramainya orang termasuk kawan-kawan lama yang dah bermacam bentuk dan rupa. Bentuk yang paling popular ialah bila dah beranak pinak,berkeluarga,sedang aku kekal merasa bujang hingga ke hari ini. ;-)

Kalau diikutkan hati,ingin saja aku memohon untuk kembali tinggal diluar negara. Namun memandangkan anak-anak ready made ku bertambah berduyun,maka hasrat itu aku lupakan. Sedangkan nak pergi show sana sini kat Malaysia ni pun jenuh berangkut. Cari van,pinjam merata,sampai dah naik segan dengan Afdhal yang setia mengusung kami hinggakan Hiace dia pun dah tak mampu menampungnya lagi,inikan pula nak mengangkut anak sampai ke luar negara! Tidaklah gamaknye! Lebih-lebih lagi Ummu sedang disini. Biarlah dulu.. 

Aku dan Fatim dulu sewaktu di Jordan dan ulang alik Eropah selalu bertanya,bila agaknya kita bole show depan rakyat Malaysia ye? Sebab waktu Mawaddah sibuk ke hulu ke hilir show,kami tak berkesempatan. Sekarang dah tua-tua pulak Tuhan beri peluang. Itu yang bila adik-adik sibuk latihan vokal,aku pula sibuk memohon nak jadi PR dan pencen menyanyi segera. Macam-macam!

Apa azam tahun baru? Yang detailnya aku tidak pernah berazam. Sebab aku tak pernah tahu apa yang Tuhan dah siapkan untuk aku ke depan. Namun berharap untuk dapat meningkatkan hati,menambahkan rasa-rasa kepada Tuhan adalah azamku setiap hari. Sedih..sebab baru hanya dapat berazam,belum pun dapat menunaikan. Moga azam atau niat yang baik itu Tuhan nilai sebagai pahala dan sudilah hendaknya Tuhan membantu melaksanakannya. Azam dan berangan ialah dua hal yang berbeza. Contoh berangan ialah-hendak menurunkan berat badan. Ok itu memang berangan yang takkan jadi kenyataan!

Buat semua pembaca yang setia mahupun curang eh taklah.. Juga buat mereka yang merungut kenapa aku malas update blog..  Aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2014. Semoga tahun ini dapat menambahkan lagi iman dan taqwa kita kepada Tuhan. Usahlah berharap kepada selain taqwa kerana semua itu akan sia-sia. Iringilah azam,keinginan dan harapan itu bersama-sama hati yang ingin kepada Tuhan,barulah semua itu jadi bernilai. Kita doa mendoa ye.. 


P/s: Berharap agar Tuhan hadiahkan van untuk Generasi Harapan tu termasuk azam tak? Perkenankanlah Yaallah.. 

Comments

picis picisan said…
Puan , Insyaallah selepas ini ada yang ke 2 , 3 , 4 , 5 dan seterusnya ya update entri - entri terbaru :)

Selamat Tahun 2014

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...