Skip to main content

Posts

Showing posts with the label KeLuarGa MoDeL

Menangislah!

Kali terakhir bawak kereta manual dengan jayanya ialah disaat ujian JPJ dan berjaya mendapatkan lesen! Setelah itu teruslah katakan tidak pada kereta manual yang meletihkan lagi mendebarkan. Sudahlah bawak yang auto pun sesekali debaran tetap ada,inikan pula terpaksa berfikir nak tekan minyak dulu atau nak angkat klash (ok ejaan) dulu atau tarik handbreak sepanjang waktu memandu. Tapi bila keadaan memaksa,maka kereta manual itu kembali (terpaksa) ku gagahi. Berdoa sehari sebelum,menjampi kunci kereta dan macam-macam upacara lagi yang dilakukan untuk memastikan pemanduan berjalan lancar. Harini cuba lagi setelah percubaan haritu terberhenti dua kali terima kasih sebab klash (ejaan lagi) tinggi kena tekan minyak banyak-banyak rasa nak lari!! Alhamdulillah harini Allah izinkan lancar. Pemangkin untuk terus menjadi driver kereta manual insyallah.. Itulah aku dari dulu. Sering memilih jalan mudah untuk berjaya. Dari kecik begitu! Bila masuk kelas sekali dengan budak-budak pandai ma...

Untuk Zainab

Nab, 6 tahun lepaskan,hari nilah Angah tengok susahnya Mama nak lahirkan Nab. Lama Mama tahan sakit. Panjang doa Jad Jaddah moga Mama dan Zainab dua-dua selamat. Alhamdulillah.. Lepas beberapa jam,lahirlah Zainab. Terima kasih Tuhan. Terus Baba bagi nama 'Zainab' sebab waktu tu Baba sedang ziarah makam Saidah Zainab. Jad pula tambah Attamimiah Almadaniah. Zainab Attamimiah Almadaniah binti Mahmud.  Nab, Ingat ke waktu umur Nab 3 tahun,waktu tu kita duduk Jordan dengan Mama dengan Alang,Atam,Mandak,Pak Teh,Mak ude,Pak Njang,Pak Ude,Cik Bokah,Acu kurus Acu gemok,kakak-kakak banat,abang-abang banin semua? Baba je takde. Selalu Zainab tanya, " Baba mana? Zainab rindulah. Semua orang ada Baba. Zainab je takde. Tapi takpelah,Zainab ada Jad "  Pandai Nab jawab sendiri.  Sesekali Nab call Baba Nab cakap, " Baba keif halak? Ana bintak ya Baba.. "  Kuat Zainab jerit! Nanti Baba jawab, " Na'am.. Na'am.. Tob'an " Bila Zainab tengah menyusu,Angah Al...

Solat Abuya

Salam semua.. Mintak mahap ler dah lama mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang blogger second hand atau part time. Dah segan dah bagi alasan manjang. Ok kembali dengan kisah bersama Abuya ye.. Selamat membaca semua.. Abuya ialah seorang ayah yang tegas. Penyayang tapi tegas. Lebih lagilah bila masuk bab solat,laagilah tegas. Serius. Garang. Jangan sapa berani buat main. Benda lain boleh bergurau,tetapi masuk bab sembahyang,sila hentikan gurauan anda serta merta ditempat kejadian! Dari kami kecik lagi,tak baligh lagi,hingusan lagi pun Abuya dah ingatkan tentang betapa perlunya serius dalam beribadah. Daripada berwuduk,pakaian solat,saf,bacaan sembahyang dan sebagainya tu sangat dititik beratkan. Hal lain masih boleh dimaafkan,tetapi sembahyang? Tiada maaf bagimu.. Kami waktu kecik dulu biasalah kalau kena denda tak boleh makan sebab masbuk. Kena rotan sebab solat main-main. Kena tibai kalau solat tidur. Kena nganga sejam sebab tak serius ibadah. Biasalah budak-budak,solat nak mai...

Tok ku Embun Awang

Pagi ni aku sembahyang subuh dengan Tok berimamkan Fatim. Tok sembahyang duduk atas 'julus arabi' yang dah bertahun terletak dibiliknya. Tok bentang sejadah putih dan solat sunat sebelum subuh.  Sedang aku wirid lepas solat (sambil menahan mengantuk),Tok datang duduk sebelah aku. "Tok nak duduk kat Khaulah",kata Tok sambil baring diribaanku. Tok menangis. Bergetar badannya dek tangis hibanya. Tangan Tok mengusap-ngusap pehaku.  "Awat Tok?",aku tanya. Hairan tengok Tok menangis. Tok bangun dan duduk. Basah mata Tok.  "Allah kembalikan anak cucu aku. Aku dah serah semua kat Allah. Sekarang Allah bagi balik kat aku. Kita dah menang. Islam dah menang. Mula-mula dengar Ummu hang nak kena potong tengkok (pancung),Tok cakap kat Allah,aku serah anak aku kat Allah,apa Allah nak buat,buatlah. Siang malam Tok doa tak berenti. Sekarang Allah bawak balik semua. Kalau bukan Allah buat,mana boleh balik semua ni. Allah yg bagi semua. Balik ni nak berjuang untuk islam...

Cerita Fatim Abuya

Abuya memang ayah luar biasa. Walaupun tak banyak waktu yang dapat Abuya luangkan bersama kami tapi didikan dan kasih sayang Abuya yang sangat bersifat roh itu sangatlah memberi kesan. Bukan sahaja pada kami anak-anak kandungnya tapi juga kepada seluruh anak-anak jemaahnya.   Kata Abuya, dia lebih sayangkan islam dari dirinya sendiri. Islam tu hidup mati Abuya. Kerana itu Abuya sanggup korbankan apa saja demi Islam. Asalkan Islam itu akan terus dijulang. Abuya kerana cintanya kepada Islam sanggup merantau ke luar negara lamanya demi membenarkan hadis untuk mencari kebenaran yang akan datang bersama kegemilangan islam. Waktu era Abuya diluar negara tu, memanglah aku masih kecil. Malah sejak masih menyusu badan lagi Ummu dah tinggalkan aku. Maka aku pun diserahkanlah kpd ibu-ibu yang sudi untuk menyusukan aku waktu tu. Sebab tulah aku berjaya mencipta rekod memiliki ibu susu paling ramai dalam semua adik beradik. Kalau tak silap aku dalam 5orang. Ha ramai la jugak kan! Rekod ni bukan...

Hadiah Abuya untuk kita

(Sebenarnya nak sambung post kisah adik-adik aku tapi semalam tak sempat edit tulisan depa yang aku rasa nak marah semua orang tu sebab ifon habis bateri malam tadi! Jadi aku post jelah yang ni dulu) Selamat membaca.. Aku kisahkan perihal ibu ayahku itu bukan kerana mereka itu ibu ayah yang melahirkanku,tapi kerana aku tahu ibu ayahku itu juga aku kongsi bersama dengan ribuan lagi anak-anak yang tidak mereka lahirkan yang turut merindu.. Mendengar cerita bagaimana Abuya mampu menyusahkan anaknya sedemikian rupa pasti mengundang ngeri dihati. Boleh ke? Tak kesian ke anak? Takde hati perut ke? Anak-anak tak cukup kasih sayang nanti! Aku paling pantang kalau ada antara adik beradik aku yang cakap kami tak cukup kasih sayang. Aku rasa nak jentik mulut. Eh! Cukup kasih sayang tu macamana sebenarnya? Makan bersuap,tidur bertepuk,duduk beriba ke? Ewah.. Sampai bila kau nak jadi baby. Suap nestum sampai darjah 6 kang baru tau! Dengar sini wahai adik-adikku yang comel dan comot,antara...

Abuya rindu Kak Idah..

Seterusnya dari Mesir,kita dengar kisah Zahidah (Mama Aman) bersama Abuya. Kisah tentang memahami bagaimana kasih seorang ayah.. Memahami sayang seorang pemimpin.. Bacalah,hayatilah dan fahamilah.. Waktu kecil aku memang manja dengan Ummu Ain iaitu ibu kandungku. Tapi bila umur dah masuk darjah 5,Abuya pisahkan aku dan hantar aku tinggal dengan Ummu (ibu tiri) di Labuan. Memang terasa sedih waktu tu. Memang aku tak faham langsung maksud Abuya! Abuya sengaja nak pisahkan aku dengan mak kandung aku dan suruh duduk dengan mak tiri. Kemudian bila memasuki tingkatan 1 Abuya hantar pula aku masuk asrama di Rawang. Jadi aku kehilangan semua keluarga. Abuya,Ummu,adik beradik yang lain. Tinggallah aku 2 tahun disitu tanpa berhubung dengan mereka. Aku terasa seperti hidup keseorangan walau ditengah ramai. Aku pun buat macam-macam perangai. Waktu tu aku selalu fikir kenapa Abuya tak pernah tanya tentang aku? Aku pun buatlah macam-macam hal. Sampai kadang-kadang tengok orang beli ubat gigi pun a...

Merajuk dengan Abuya!

Ini pula cerita Sofwah bersama Abuya. Satu kenangan yang sukar dilupakan. Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya. Pada suatu hari di bulan Ramadhan,Aku,Kakak,Kak Syidah dan Iyah pergi Rawang. Kebetulan Abuya ada di Rawang waktu tu. Memang nak sangatlah jumpa Abuya sebab dah lama tak jumpa. Tiba-tiba je Ummu call Kak Syidah dan panggil kami semua masuk bilik Abuya untuk picit Abuya. Picit Abuya ni dah kira tradisi keluarga kamilah. Salah satu cara nak khidmat dengan Abuya. Waktu tu memang teruja-rujalah kami dipanggil,tapi takut tu tetaplah ada. Bila masuk bilik tu Abuya tengah tidur. Tapi Ummu kata,tak apa.. Picit jelah. Kami pun naiklah atas katil dan picitlah Abuya. Suasana sunyi je. Takde sembang-sembang pun dengan Ummu sebab tak nak ganggu Abuya tidur. Sekitar setengah jam tu,Abuya pun terjaga. Abuya terus panggil Ummu. Ummu pun menyahutla. Abuya tanya Ummu,siapa yang tengah picit ni? Ummu jawab,niha.. Ada Sofwah,Syidah,Barokah dan Iyah. Kenapa Abuya?,Ummu tanya. Abuya ka...

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Ingatan Abuya

Peristiwa ni berlaku waktu umur aku 14 tahun. Satu hari tu aku balik dari sekolah. Tengah jalan nak menuju ke bilik,tiba-tiba Abuya dan Ummu panggil masuk ke bilik mereka. Aduiii.. Nak meletop dada rasanya. Berdebar-debar yang tiada terkira. Aku ada buat salah ke? Rasanya macam takde. Ceh perasan takde buat salah kau ye! Masuk je bilik Abuya,terus Abuya tanya dengan nada menjerkah,kamu selalu mengumpat mak kamu ye? Eh? terkejutnya soalan ni! Allah.. Aku nak jawab apa ni? Kamu selalu mengata mak kamu dibelakang ye? Baik mengaku kalau tak Abuya tampar! Aku dengan gigilan maut pun angguk. Ye.. Aku selalu mengumpat mak aku. Mak aku ada empat. Biasalah kadang tu renyah dengan mana-mana mak,aku pun ngumpatlah. Ala budak-budak punya cerita. Mak kejut sembahyang pun kita menyampah! Yang aku herannya macamana Abuya boleh tau? Aku kalau nak ngumpat pun dekat kawan baik aku je. Manalah aku berani nak kutuk kat fb ke twitter ke! Zaman dulu bukan macam zaman sekarang. Abuya tanya lagi,pernah ngumpa...

Dilema anak Abuya

Di Syria aku pernah berjumpa dengan seorang ulama' yang terkenal dan disegani. Memiliki sekolah yang menempatkan pelajar dari berbagai negara. Namun sayangnya,anak-anaknya sendiri bersekolah dengan kerajaan dan tidak pun begitu mengambil peduli dengan perjuangan ayahnya. Aku kira hal itu banyak berlaku dikalangan para ilmuwan dan orang-orang besar yang mana anak isteri mereka pun tidak mengikuti apa yang mereka perjuangkan. Kerana itulah Abuya sangat tegas dalam hal mendidik anak-anak bagi memastikan tiada yang tercicir dari sistem kehidupan yang Abuya bawa. Kalau ada pun yang terkeluar,itu bukan lagi salah Abuya kerana semua pun tahu bagaimana tahap ketegasan Abuya didalam mendidik. Dilema lagi menjadi anak seorang Abuya ini ialah bagaimana hendak mengimbangkan perasaan kepada Abuya samada sebagai seorang pemimpin atau sebagai ayah kandung. Melihat Abuya sebagai ayah ternyata tidak cukup untuk membuatkan kita taat setia bersama selamanya. Lihat saja berapa ramai anak yang lari d...

AMARAN untuk keluarga Abuya!!

Orang selalu cakap,untung kalian jadi anak-anak Abuya. Kami pun nak menumpang sama. Lalu ramailah anak-anak dara yang berlumba-lumba baiki diri dan bersopan santun sambil berharap mudah-mudahan dapat jadi menantu Abuya. Mak ayah pun rekmenlah anak-anak gadis mereka untuk mengambil berkat jadi sebahagian keluarga Abuya. Eh? Anak gadis je ke? Ye.. Kaum lelaki jarang didengar merasa teringin jadi keluarga mungkin sebab depa memang dah boleh salam Abuya. Begitulah kisahnya. Tahukah anda? Amboi dah macam rancangan pengetahuan am! Keberuntungan menjadi keluarga Abuya itu sebenarnya datang bersama tanggungjawab yang besar. Samada keluarga yang darah daging mahupun yang mendatang. Berat sungguh terasa beban yang dipikul. Memang kadang tu doa khusus pada Tuhan untuk pandu bagaimana dapat menjadi anak Abuya yang sebenar. Mana tak bebannya. Perangai kau macam hantu lagi. Tapi tak boleh nak jelaskan hantu tu sangat pasal orang dok perati kiri kanan. Anak-anak buah Abuya sangat melihat keluar...

Inilah Abuya kita

Rupa-rupanya bila kita sering menyebut-nyebut sesuatu hal tukan,ianya akan menambahkan rindu dan ingatan kita kepadanya. Macamlah bila kita sebut-sebut tentang seseorang,maka rindu pun kian menjelma. Kerana itu perlu rajin selawat untuk suburkan rindu pada Nabi kita. Dan rindu aku pada Abuya kian bertambah bila sering aku menulis tentangnya. Ini untuk korang dan semua yang selalu merindui Abuya tercinta.. Aku bukanlah anak Abuya yang terbaik. Malah aku boleh dikategorikan sebagai anak perempuan Abuya yang tercorot. Ye.. Anak perempuan. Sebab anak lelaki ada yang lebih gangster lagi. Setidak-tidaknya ranking itu berlaku dizaman dulu-dulu. Zaman ketika belum perasan diri itu masam waktu lepas balik sekolah dan rasa pelik bila orang suruh mandi. Ok. Bila aku tengok mak ayah sekarang sedih-sedih nak tinggal anak bila mereka terpaksa musafir/berjauhan,aku sering bertanya dalam hati,sedihkah Abuya dan Ummu ketika terpaksa meninggalkan kami dulu? Seingat aku,bila sesekali dapat bertemu sa...