Diriku bukan milikku

Tuesday, March 26, 2013
Wahai Tuhan,
diriku bukan milikku,
kini barulah kutahu,
aku bukan kepunyaanku, sedikit pun aku tiada kuasa ke atas diriku.
Bila kulapar padahal aku tak suka lapar,
aku tak mampu mengenyang.
Bila kusakit aku bukannya suka,
tapi aku tak mampu utk menyembuhkan diriku dgn berkata, sembuhlah wahai diri.
Aku mesti mencari doktor dan ubat tapi doktor dan ubat juga belum pasti
Doktor cuma kata, kita serah pada Tuhan.
Rupanya diriku bukan kuasaku,
bukan kepunyaanku,
diriku kepunyaan Tuhanku
Dia owner,
aku hampir sama dgn kereta,
kereta bukannya berkuasa kereta sepenuhnya tertakluk pada ownernya, pemiliknya.

Demikianlah penciptaku menciptakan aku ini,
bukan utk tujuanku
tapi rupanya Allah bermaksud utk ikut kehendakNya
Allah ingin menjadikan diriku ini untukNya
Sepertilah ibu ayah kandungku
mengharap agar aku tidak menderhakai mrk. Kebahagiaan ibu ayahku ialah bila aku syg sepenuhnya pd mrk
dan aku takut sekali kehilangan mrk

Allah penciptaku itu yg aku boleh hubungi melalui hatiku ini sentiasa menunggu ingatanku padaNya,
krn dia tidak pernah melupakan ciptaanNya,
Dia dlm keadaan tidak boleh melupakan aku,
tidak boleh berpisah dgn hatiku
maka selama ini Dia menunggu hamba ciptaanNya mengenanginya.
Dgn tegasnya Allah mengatakan dlm Al Quran,
Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan utk menyembahKu,
mengabdikan diri padaKu,
Ku jadikan manusia di bumi sebagai khalifah,
demikianlah tujuan Allah
Menciptakan aku sebagai manusia,
maka mahu tak mahu itulah tujuan sebenar hidupku ini,
Kan kucari Tuhanku
Dgn hatiku Dia ingin kekal dirasa di hatiku,
biarku habis umur utkNya agar nanti bila aku dipanggil padaNya
Dia memandangku dgn penuh redha padaNya,
dan utk itu aku menangis penuh gembira...

Nukilan Bondaku Hatijah Aam

Ustaz vs Olah

Monday, March 25, 2013
Aku ceritakan kisah ini bukanlah berniat untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar sebagai satu renungan untuk kita bersama.

Baru-baru ni sorang kawan datang umrah,dia kontek aku. Lama betul tak jumpa. Padahal dulu aku selalu tidur baring kat rumah dia. Kenal baik dengan keluarga dia. Alhamdulillah..Tuhan pertemukan di tanah haram ni.

Jadi bila dapat tau yang dia ni datang, Ummu pun jemputlah seisi keluarga untuk bertandang ke rumah untuk sarapan ke,makan tengahari atau makan malam. Tergantung jadual merekalah. Turut diundang ialah ketua rombongan mereka yang merupakan seorang Ustaz yang juga telah menikah dengan salah seorang ahli keluarga jauh mereka.

Bila hari yang ditetapkan,aku pun pergilah ke hotel untuk menjemput tetamu. Sampai je kat hotel,aku tengok Ustaz ketua rombongan tu ada depan pintu bilik kawan aku ni. Lalu berlakulah dialog seperti dibawah:-

Kawan: Ni olah..yang pernah dulu jumpa.. (aku pernah jumpa Ustaz ni,tapi sekali lalu jelah) mak dia ajak kerumah. Jadi pagi ni nak bawak keluarga kerumah dia.

Olah: (senyum simpul dengan manis sekali)

Ustaz: Minta maaf ya.. Kami kesini nak ibadah. Bukan nak buat urusan dunia. Tadi saya dah sampaikan ke semua jemaah umrah untuk fokus ibadah. Jangan jalan-jalan urusan dunia.

Olah: (senyum lagi tapi nak tergelak)

Kawan: Bukan nak jalan-jalan..tapi mak dia nak ajak kerumah sebab sebelum ni Olah lama dirumah saya. Lagipun hari ni je yang mak dia free. Esok ada program teleconference..

Ustaz: Apa? Hal bisnes? Urusan dunia? (Terus baca ayat quran tentang syiar islam,syariat dan lain-lain. Aku lupa ayat dia) Kita ni orang islam syariat nombor satu ye. Saya kesini untuk ibadah bukan untuk sibuk dengan dunia (banyak kali ulang ayat ni) Lagipun keluarga mereka ni pesan pada saya untuk pastikan mereka ni beribadah disini.

Olah: (senyum makin lebar walaupun dalam hati dah macam-macam. Nak menjawab,tapi kawal je sebab depan aku ni orang tua)

Ustaz: Saya semalam jumpa dengan menteri besar. Ada tanya-tanya juga. Saya lepasan Jordan. Ramai juga yang datang berguru dengan saya dari macam-macam tempat.

Olah: (keliru kenapa tetiba masuk bab ni. Tanya apa? Berguru apa?)

Kawan: Mak dia jemput ustaz sekali (kawan ni memang toye je. Hehe.. )

Ustaz: Saya dah sampaikan tadi yang saya nak ibadah. Saya ada juga keluarga disini tapi saya tak jumpa pun mereka sebab saya nak fokus ibadah!! (Dengan nada sedikit geram sebab kami macam tak faham bahasa)

Lepastu Ustaz tu pun pergi. Jenuh aku tahan supaya tak tergelak. Aku bukanlah nak gelakkan dia,tapi aku tak sangkalah jadi macamni sekali. Dia bukan kenal aku pun,tiba-tiba nak serang macamtu kan. Nasib baiklah waktu tu Tuhan tak masukkan perasaan marah dalam hati. Malah rasa yang paling kuat waktu tu ialah rasa nak gelak dan rasa kesian. Kesian kat Ustaz ni. Kerana ahli agama yang macamnilah islam tak membangun. Ibadah tu ialah seluruh kehidupan kita. Bukan kat masjid je. Dia bukan tak tau yang ada antara jemaah umrah tu selama ni bukannya sembahyang pun. Syariat pun terabai. Macamana dia fikir untuk mengajak orang kepada Tuhan dan islam dengan cara suruh fokus ibadah dimasjid je? Aduii.. Jumudnya lah haii..

Esoknya dia jumpa kawan aku tu kat meja makan waktu sarapan,dia cakap " kena cek balik akidah mereka tu..saya dah tanya JAKIM,depa tu memang sesat. Saya tak benci depa sebab saya tak kenal pun depa,tapi seeloknya cek lagilah akidah mereka tu "

Oh..pasai sesatlah ni. Tu yang semacam je. Kalaulah ada peluang,teringin saya nak tanya. Yang tak sesat tu macam Ustaz ke? Yang jenis duduk masjid sahaja. Kalau ibadah tu hanya dimasjid,jadi macamana pula dengan kehidupan harian? Berkeluarga,beranak pinak..semua tu kan ibadah? Nak kena buat dalam masjid jugak ke?

Aku tak marah dia serang aku macamtu. Cuma aku kesal sangat sebab dia tu Ustaz. Kata-katanya didengari. Jemaah umrah yang datang bersamanya tu pastilah akan mencontohi islam dari dia. Bila aku tanya apa je jadual sepanjang di Mekah? Depa cerita,pergi masjid,balik hotel makan dan tidur. Kuliah,panduan,pengisian memang takde. Kawan aku tu cerita lagi,lepas Ustaz tu tegur dia depan orang tentang sesat tu,seharian keluarga dia tak tegur dia. Sebab keluarga dia macam takutlah dengan Ustaz ni. Keluarga dia bukanlah faham sangat bab-bab ni. Tapi sebab Ustaz tu ketua rombongan. Pada depa,mestilah Ustaz ni lebih alim.

Tak ke semua tu boleh menimbulkan perpecahan? Kita ni bukan ramai mana.. Kalau yang sikit ni pun nak dipecah belahkan,tak kesian ke dengan islam? Terang-terang dia cakap yang dia tak kenal pun kami. Dalam tak kenal tu pun dia boleh buat tindakan macamtu. Hmm.. Patutlah Abuya kata susah nak berkawan dengan ahli agama ni. Sebab semua rasa diri baik dan tak boleh melihat kebenaran itu berlaku ditangan orang lain!

Yang bertambah lucunya,pakej umrah yang Ustaz ni bawak akan ke Jeddah untuk shopping dan juga jalan-jalan di Dubai. Haii..itu urusan akhirat Ustaz ye?

Ampun maaf..

Masjid Terapung

Dalam pakej umrah jemaah Indonesia biasanya akan ada tambahan destinasi selain Mekah dan Madinah iaitu Jeddah. Di Jeddah ni ada sebuah masjid yang dibina diatas laut dan dipanggil masjid terapung. Masjid terapung ni kira jadi macam tempat wajib lawat jugalah bagi kebanyakan travel dari Indonesia. Selain daripada mereka dibawa juga ke Corniche untuk shopping. Haish.. Pergi umrah tapi jadual shopping lebih banyak nampaknya daripada program-program mensucikan hati.

Disebabkan tempat ni memang menjadi tumpuan jemaah umrah Indonesia,maka telah wujudlah sebuah warung kecil menjual bakso ditepi masjid ini. Gila kau Indonesia! Saudi ni dah jadi tempat korangla..


Beberapa hari lepas kami ke masjid terapung tulah untuk shooting. Kalau ikut penat sebenarnya memang rasa tak bernafas nak siapkan drama ni. Tapi ku gagahi jua demi islam. Cheewahh.. Tapi sembahyang kat masjid ni memang bestla pasal siap boleh mengadap laut lagi. Angin sepoi-sepoi bahasa tu sedikit sebanyak menambah kekhusyukan didalam sembahyang (pandaila..) Yaallah..malasnya nak cerita panjang. Korang layan jelah gambar secoit ni ye. K salam..

Laris gile
Ibu-ibu cari bakso walaupun baru je kot tinggalkan Indonesia!
Warung bakso dipinggir masjid
Eh jap.. Lepastu jalan-jalan lagi jumpalah benda alah ni pulak. Kalau kat Indonesia dulu aku setiap hari wajib beli ni. Rasanya yang sedap gile itu telah mengelabui mata siapa yang memakannya. Tak sangka nak jumpa kat sini. Tapi sedih..yang kat sini punya tak sedap langsung. Dah beli baru tau. Dahlah mahal. Kat Indonesia (panjang nak taip Indonesia ni sebab takut nak tulis Indon dah) harga 2 ringgit je. Kat sini bantai sampai 10ringgit. Sakit betul! Lepasni nekad nak buat sendiri!!
Warung bakso dipinggir masjid
Rotiboy

 

 

Dari Dia untuk kita

Sunday, March 24, 2013
Kamu yang disana
Terpisah oleh benua
Melewati sempadan masa
Entah disini entah disana

Ku layarkan segala asa
Beserta timbunan doa
Memohon mukjizat Baginda
Untuk kamu diseberang dunia

Sambutlah untaian salamku
Yang kukirim diangin lalu
Biar jasad beribu batu
Sekeping hati kekal bersatu

Cinta dan airmata
Untuk kamu moga bahagia
Dibawah lembayung yang esa
Bersamamu kemana jua

Jangan pernah berhenti bermimpi
Kerna doaku setia disisi
Biar terus menemani
Agar kamu takkan pernah sepi

Andai mulut tiada bicara
Namun hati kekal berdoa
Darah mengalir itulah cinta
Dari Dia untuk kita..

GISB kaya 2

Monday, March 18, 2013
Nak sambung sikit entry GISB kaya tempohari. Bukan main lagi kau cakap pasal kaya banyak kali!

Sebenarnya,didalam sesebuah bisnes secara umum pun memang kita faham bahawa tidak semua keuntungan itu dinilai dengan duit. Contohnya seperti syarikat-syarikat yang menaja baju atau apa-apa sajalah kepada para artis/selebriti,mereka tidak dibayar dengan duit,tetapi mendapatkan promosi secara meluas dikeranakan produk mereka dipakai oleh golongan ternama juga merupakan 'duit' yang banyak. Kita pun sudah sedia maklum betapa besarnya kuasa iklan. Aku kecik-kecik dulu selalu tengok iklan kicap. Siap ada lagu lagi..kicap 3 ayam enak bila dimakan,1 2 3 melazatkan makanan. Lepastu gagahlah minta orang beli kicap 3 ayam. Sekali rasa dia memang cap ayam! Ciss.. Ok itu contoh.

Jadi apa yang berlaku didalam GISB ialah,ada projek yang kita memang tidak sasarkan keuntungan berbentuk wang. Menyebut tentang untung ni memang berbagai macam keuntunganlah yang kita dapatkan. Tidak terhad pada duit saja. Pernah ada orang ke Syria (orang yang kurang senang dengan GISB) datang ke restoran milik GISB disana. Setelah itu dia canangkan,alah..restoran kecik pun nak kecoh.aku dah tengok dah.. Assalamualaikum..restoran kecik tulah yang menteri-menteri,kedutaan,datuk-datuk pakat datang. Kat Syria tu dapat bukak yang kecik tu pun kira besar tau! Kalau memang senang nak bukak,pasai apa hang tak bukak pun? Dok harap kat GISB jugak.

Contohnya di Jordan kita ada menyewa sebuah restoran 3 tingkat lengkap dengan kolam renang dan kawasan yang luas. Kita juga turut menyewa sebuah kebun yang boleh tahan besarnya yang terdapat dikawasan restoran itu (ownernya sama). Dilihat pada kadar sewa dan kemasukan jualannya serta lain-lain maintanence,alhamdulillah..lebih dari cukup. Dan yang lebih menguntungkan lagi ialah bila kita tidak perlu menyewa tempat tinggal untuk menempatkan hampir 60orang pelajar kita disana. Tingkat 2 dan 3 restoran itulah kita jadikan penempatan. Kebun yang disewa itu pula siap dengan telaga air yang mampu membekalkan air keseluruh kawasan itu. Siapa yang duduk Jordan tahulah betapa kroniknya sistem air disana. Sebelum ni kalau menyewa dirumah sewa biasa,kadang tu seminggu 2 kali je air ada. Selebihnya jenuhlah kena beli air,angkut dari masjid dan lain-lain. Tapi sekarang bila dah ada telaga sendiri,wahh..mandi 10 kali sehari pun air tak luak. Malah kolam renang yang gabak tu pun airnya diambil dari sumber telaga itu tadi. Kalau nak beli air nak isi kolam renang olimpik tu mau ribu riban jugak.

Itulah serba sedikit contoh didalam memperkatakan tentang kaya ini. Ada juga projek yang lebih bersifat memberi mata kepada syarikat. Bila orang tengok lahir projek tu gempak,maka datanglah kepercayaan orang untuk bekerjasama. Tapi apapun kekayaan yang sebenar itu ialah bilamana kita dapat menyandarkan kekayaan itu kepada Tuhan. Sebab Tuhan itu maha kaya. Kekayaan Tuhan itu tiada hadnya. Bila kita menjadikan Tuhan itu sebagai modal,maka segala kekayaan itu boleh saja Tuhan wariskan kepada kita atas nama islam. Abuya dari dulu cakap,sistem kewangan Abuya ni bila perlu Tuhan bantu. Jadi berapa banyak pun yang kita perlu,insyAllah Tuhan akan cukupkan. Abuya mengajar untuk tidak pernah risau dengan duit yang sedikit,tapi risaulah dengan dosa yang banyak kerana dosa itu akan menghijab dari turunnya bantuan Allah.

Queen Control

Sunday, March 17, 2013
Selain dari doktor,cikgu,petani,nelayan,QUEEN CONTROL juga ialah satu pekerjaan. Tak percaya? Cuba tanya setiap rumah,mana yang takde isteri jadi queen control? Samada queen control tu berbentuk negatif,ataupun ianya dah jadi positif (sebab suami malas gaduh jadi layankan jela)..

Queen control ni ada beberapa kategori sebenarnya. Ada isteri yang memang garang gila menjerit baling periuk sampai suami jadi kecut tikus. Itu memang queen sungguh. Ala..yang macam dalam sinetron Indon tu..ehh..Indonesia. Marahnya orang Indonesia bila kita sebut Indon. Padahal Indon tukan singkatan dari Indonesia. Bukan ke orang Indonesia memang suka singkatkan perkataan? Wartel,curhat,nasgor,telmi dan lain-lain tu. Bila kita singkatkan Indonesia jadi Indon,marahlah pulak. Hehe..saje gurau. Jangan marah ye orang Indonesia..

Ok kembali pada tajuk asal. Kalau queen control yang jenis terang nyata tu memang senang nak nilailah. Asal isteri mengarah,mengamuk je dah tau dah memang dia ni queen control. Tapi ramai yang tak tahu ada lagi jenis isteri yang dia tak garang mana pun tapi sebenarnya itu adalah sejenis queen control juga. Contoh:-

- Isteri yang sikit-sikit nangis lepastu suami pun selalulah tak sampai hati,tak tergamak. Jadi dia telah mengkontrol suaminya dengan airmatanya yang murah itu.

- Isteri yang bila suami keluar selalu mesej/call tanya bila nak balik? Tanya tu lembut je. Kalau hantar voicenote pun bunyinya sedap je dengar. Tapi dalam keadaan tak sedar perbuatan itu telah menyebabkan suaminya terkontrol atau berada dalam kawalannya.

- Isteri yang bila suaminya nak pergi kerumah isteri yang lain (ini kes poligamilah) dia akan bertanya dengan ayunya,bilalah nak jumpa abang lagi. Nampak macam comelkan? Tapi sebenarnya pertanyaan itupun sudah bersifat mengikat kaki suami.

- Isteri yang akan menggunakan anak-anak untuk mendapatkan perhatian suami. Contohnya bila suami hendak kemana-mana atau ada kerja yang nak dibuat,cepat-cepat dia mengedepankan anak-anak dengan berharap suami akan mengikut kehendaknya.

Kategori-kategori diatas ni kiranya macam pandangan peribadi aku lah. Bukanlah aku nak memandai-mandai,jauh sekali nak kenakan sesiapa. Apa yang aku tulis tu memang hasil dari aku suluh diri sendiri. Dan memang itulah pun sikap-sikap yang ada dalam diri kebanyakan kita kaum wanita ni yang semuanya lahir dari nafsu kita yang sembilan. Licik sungguh strategi nafsukan? Kadang tu memang kita tak perasan. Tapi sebenarnya perbuatan kita tu sangat menyekat kebebasan yang menjadi hak suami. Selaku pemimpin,suami bebas membuat setiap keputusan tanpa perlu terikat dengan isteri. Walaupun dalam rumahtangga memang ada tolak ansur dan budi bicaranya. Tapi bukan sampai isteri jadi suami,suami pula nak kena jadi isteri.

Kerana itu didalam berumahtangga,segala apa yang dilakukan perlulah diniatkan untuk menggembirakan Allah,bukan sekadar ingin menambat hati suami. Jika hanya cinta suami yang didamba,kelak bila ujian melanda,sukar untuk bertahan. Tetapi jika cinta Allah yang dicari,nescaya kedua-dua cinta Allah dan suami akan kita perolehi.

GISB kaya

Kalau diberi pilihan waktu ni memang nak duduk chalet sebab kat situ tiap hari dapat beramah tamah dengan jemaah umrah. Seronok nak jumpa orang,sembang-sembang. Yelah..dah lama sangat asyik menatap muka bangla india je kat sini. Bila dapat layan muka orang kita pun dah sejuk hati. Tapi sesekali bersembang lepas habis show pun ok dah. Macam-macam komen,pandangan,pujian,komplenan yang diterima. Yang baik datangnya dari Allah,yang buruknya dah tentulah dari diri sendiri dan sangat perlu dibaiki.

Antara yang biasa sangat didengari ialah,huish...kaya betul GISB ni ye. GISB,Arqam,Ustaz Ashaari,Abuya,Ummu Jah dan macam-macam panggilan lagilah yang diberikan untuk kami. Mana-mana pun bolehlaa..

Kaya ke GISB ni sebenarnya? Rangkaian perniagaan dah cecah 3 suku dunia. Staff dah menjangkau 4ribu orang. Rumah kat Mekah Madinah dah macam istana. Kereta mewah berapa bijik. Kayala kan? Tapi tengok ahli-ahlinya sederhana je. Anak-anak bos (Abuya) pun kerja macam orang lain jugak. Board of directornya pun boleh je buat kerja-kerja sempoi. Jaga katering,jaga binatang,tolak wheelchair orang,pakaian pun kadang tu sakai je. Yelah..takkan nak buat kerja buruh pakai baju kot kan?

Oklah..kaya tak kaya tu terpulanglah pada yang menilai. Tapi sebenarnya kaya ni sangat subjektif. Walaupun orang kata sekarang ni nak apapun pakai duit. Nak berak pun kalau takde duit tahanlah kat depan bilik air tu. Punyalah hah! Tu yang sampai duit dah jadi Tuhan. Tapi betulke duit tu segala-galanya? Mai kita cek..

Kenapa GISB boleh buka cawangan dimerata dunia dalam tempoh yang singkat? Rasa macam sekelip mata je dah ada cabang di London,Manchester,China,Haramain dan bakal menyusul Filipina,India,Amerika dan Jepun. Padahal syarikat lain kalau nak bukak sana sini tu memang tak kurang 10 tahun lah rasanya. Itupun memerlukan kos yang sangat tinggi. Maka disinilah kita dapat lihat sebenarnya apa yang lebih diperlukan daripada duit untuk membangun sebegini.

Abuya dalam pertemuannya dengan Tun Mahathir sekitar tahun 70 atau 80an telah berkata bahawa membangun bangsa perlulah dengan iman. Tapi Tun Mahathir cakap,iman bukan boleh bagi makan. Dan Abuya sampaikan,lihatlah negara-negara yang kaya seperti Brunei,Saudi dan sebagainya itu bukan maju pun bangsanya. Itulah bukti bahawa kekayaan ekonomi bukanlah syarat kemajuan sesebuah bangsa. Untuk itu rasanya tidaklah keterlaluan jika dikatakan yang kaya pada GISB ini ialah IMAN. Iman lah yang menjadi dasar bagi Abuya didalam membangunkan seluruh kekayaan yang ada ini.

Contohnya di Haramain ni sendiri. Dah bagitau dah haritu macamana sistem negara wahabi nikan?Jutawan Indonesia yang datang buat projek hotel kat sini pun boleh kena tipu hidup-hidup. Kat sini kalau Tuhan tak datangkan orang yang betul-betul jujur nak tolong,silap haribulan memang bungkuslah. Kat sini mana ada undang-undang. Malah disinilah wujudnya industri yang melahirkan penipu-penipu besar! Kalaulah bukan kerana adanya iman yang dimasukkan kedalam hati,mustahil rasanya untuk membangun empayar sebesar yang ada sekarang ni. Kami disini atas nama perlindungan dari Kaabah sumber power,Tuhan telah datangkan orang-orang yang sanggup untuk mempertahankan keberadaan GISB dinegara yang serba serbi payah ni. Bukan sekali dua percubaan memusnahkan projek GISB disini,tapi dengan adanya bantuan Tuhan melalui mereka yang dihantar,maka teruslah semua ini dapat dipertahankan.

Lihatlah..orang-orang yang sanggup bekerja walau tidak dibayar gaji,tidakkah mereka itu merupakan aset yang paling besar diakhir zaman ini? Kita tak perlu pening fikir nak kena tipu dengan pekerja sendiri. Semua pekerja yang telah dibekalkan dengan iman dihati itu akan mampu untuk berlaku jujur didepan dan dibelakang. Bahkan mereka yang akan berfikir cara untuk memberi kepada syarikat,bukan sebaliknya. Mahal bukan? Kalau ada pun yang tak jujur,itu tidak pun kita anggap sebagai masalah besar. Kerana kita yakin bahawa Tuhanlah yang akan menentukan nasibnya kelak. Nanti mereka yang cuba nak menipu tu akan malu sendiri. Itu pengalaman aku kat Jordanlah. Bila kita dapat tau ada sorang pekerja arab yang memang suka ngelat,kita diamkan je. Kita tetap layan baik. Last-last dia malu,dia sendiri yang minta berhenti. Tapi memang puaslah aku doa kat Kaabah untuk dia ni. Begitulah kuasa Tuhan.

Jadi kekayaan sebenar GISB yang dibangunkan oleh Abuya ialah para staff yang dilahirkan dari program bina insan yang menjadi dasar didalam pembangunan apa jua bidang. Berapa banyak orang yang ada duit melambak tapi tak boleh nak buka projek banyak-banyak dengan alasan ketiadaan orang yang boleh dipercayai. Benarlah bahawa iman itu jauh lebih mahal mengatasi duit juta-juta. Bila ada iman,sekalipun takde duit juta-juta,tapi semuanya akan mampu dijalankan. Rasanya kalau nak minta cash jutaan sedebuk memang GISB takde. Tapi kita berjaya buktikan bahawa modal insan ini justeru lebih bermakna. Dengarnya hendak melahirkan seorang perisik atas nama negara pun memakan kos juta-juta. Jadi,kira-kira berapakah pula kos untuk melahirkan seorang yang bertaqwa? Seorang yang takutkan Tuhan,rindukan Nabi,yang tidak akan sanggup melakukan khianat,bahkan sanggup miskin untuk mengkayakan islam! Tidakkah harganya jauh mengatasi duit bilionan sekalipun?

Teknologi Roh

Saturday, March 16, 2013
Makcik pakcik jauh datang dari kampung mana nak sangka bahawa mereka akan menyaksikan pemandangan sebegini di Mekah. Kita dari kecik diajar tentang kesucian dan keagungan Mekah dan Kaabah. Tapi bila datang,sucinya kemana,agungnya entah kemana! Yang ada ialah lambakan orang-orang yang menjual barangan dikaki lima disepanjang jalan ke masjid,pusaran maut disekitar hajarul aswad,pergelutan dan perebutan,orang tidur disana sini dan lain-lain pemandangan yang sangat menyakitkan mata.

Kita mendengar dari ramainya jemaah umrah yang datang perihal kekecewaan mereka terhadap apa yang berlaku kepada Kaabah dan sekitarnya. Rumah Allah itu tidak pun memberi ketenangan melainkan hiruk pikuk dan kekalutan. Simpati juga kerana dalam masa yang singkat keberadaan mereka ditanah suci,keindahan sebenar rumah Allah tidak dapat mereka perolehi. Sedang dalam letih-letihnya berebut,dah nak kena balik. Kita solat kat masjid kampung pun lebih terasa syahdu,sunyi sepi,hening. Tak risau nak kena langkah,nak kena pijak kepala,nak kena halau dengan polis!

Walaupun sudah begitu sekali Tuhan izinkan rumahNya diperlakukan,namun kita yakin bahawa rumah itu juga adalah sumber power yang maha kuat untuk melakukan keajaiban. Tidak sedikit kisah yang kita dengar tentang bagaimana reaksi Kaabah terhadap pengunjungnya. Ada yang dilayan cukup baik,ada juga yang dilayan sebaliknya. Maka walaupun musuh cuba melenyapkan sama sekali pengaruh Kaabah itu,tapi kuasa Allah mana mungkin dapat digugat. Berjayanya Kaabah dirosakkan juga adalah dengan izin Allah terhadap perbuatan musuh-musuhNya. Walhal Allah juga pernah menghantar burung ababil keatas tentera Abrahah yang cuba menghancurkan Kaabah. Maha adilnya Tuhan.

' Bumi yang paling suci,orang yang paling keji '. Demikian orang-orang arab menggelar Haramain dan manusia disekelilingnya. Bahkan seorang kenalan menyatakan,betapa aku berharap Mekah dan Madinah tidak berada di Saudi. Kalian ambillah keduanya bawa kenegara kalian. Oh..kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Seorang lagi kawan berketurunan Rasulullah dengan nada memujuk hatinya berkata,tidak mengapalah mereka memperlakukan kampung datukku (Rasulullah) begini,tapi rindu pada Baginda sentiasa dihati.

Melihatkan Haramain kini,cukup untuk kita kian mengenali kerja jahat musuh (lahir) turun temurun kita yang telah Tuhan sebutkan didalam quran bahawa mereka tidak akan redha kepada kita melainkan kita mengikuti jalannya. Dendam bilamana pengaruh Baginda Rasulullah dan para sahabat telah mengusir mereka keluar dari Madinah teruslah mereka wariskan hingga ke hari ini. Kerana itu Yahudi tidak pernah berdiam diri. Bahkan percayalah bahawa dunia kini berjalan sepenuhnya didalam caturan Yahudi,dengan izin Allah jua tentunya.

Tun Mahathir dilihat sebagai tokoh yang cukup lantang menyelar Yahudi. Saya pernah lihat bagaimana beraninya beliau memperkatakan perihal Yahudi dan konco-konconya didalam sebuah temuramah bersama BBC kalau tak salah. Tun juga ialah orang yang mempercayai bahawa kejadian 11 September sebenarnya ialah cetusan dari Amerika sendiri dengan misi untuk memburukkan islam. Dan saya kira ramai lagi yang percaya akan hal ini walapun tidak dinafikan ramai juga yang seakan tidak pernah peduli akan perkara sebegini. Atau paling besar pun mereka menyangka kejahatan Yahudi hanyalah kerana mereka membunuh rakyat Palestin. Dan yang paling lucu ialah bila kita menyatakan penentangan terhadap Yahudi,ada pula yang respon,alah...Yahudi tak pernah kacau kita pun,kita je yang syok sendiri. Oh mentaliti..

Lihatlah bagaimana Saddam digantung bagaikan tikus! Pemimpin arab yang lain juga telah dilenyapkan sama sekali kewibawaan mereka. Yang tinggal hanyalah boneka yang akur saja dengan kehendak jahat si Yahudi dek kerana takut nasib mereka bakal sama seperti Saddam. Maka harapan ummat islam yang tinggal ialah agar Tuhan datangkan segera sosok pemimpin untuk menyelamatkan dunia. Krisis besar yang sedang kita hadapi saat ini bukanlah kerana ketiadaan ilmu,atau lemahnya ekonomi,tetapi kita ketiadaan pemimpin yang cukup handal untuk menghentikan semua kekejaman ini! Kerana itu didalam hadis banyak menyebut betapa perlunya kita mencari dan mengikuti pemimpin yang diutus Allah walau terpaksa merangkak diatas salji.

Janganlah kita berfikir untuk menyekat kejahatan Yahudi melalui peperangan yang akan menggunakan juga teknologi senjata ciptaan mereka! Ketahuilah bahawa Tuhan punyai teknologi yang jauh lebih canggih untuk ummat islam,dan itulah teknologi roh. Teknologi roh itulah yang telah menumbangkan Firaun,Namrud, bahkan Yahudi sendiri. Jasad dan roh Rasulullah diangkat ke sidratul muntaha untuk bertemu Tuhan itu juga oleh teknologi roh. Kerana itu,didalam menyatakan penentangan terhadap Yahudi,teknologi tajaan Tuhan bersama kerajaan ajaibnya ini hendaklah kita perjuangkan sungguh-sungguh. Melawan Yahudi yang merupakan musuh lahir perlulah dimulai dengan menumpaskan Yahudi didalam diri terlebih dahulu yakni nafsu dan syaitan.

Yaallah tolonglah semuanya dan beri kemenangan untuk islam..

Dua tanah haram

Sunday, March 10, 2013

Di Haramain ni,kalau kau miskin takde sape nak tolong,kalau kau kaya,kau kena tipu. Antara 2 itu je yang akan berlaku. Sebab tu mana ada syarikat Malaysia yang betah nak berlama-lama disini. Padahal semua pun tau yang Haramain ni lubuk duit. Tapi tak sanggupla sebab risiko memang tinggi. Hanya orang yang gagah saja yang akan sanggup redah liku-liku di Haramain ini. Pahitnya hakikat yang harus kita hadapi tentang tanah suci ini.

Maka bila syarikat GISB mampu untuk bertahan disini dan terus mengembangkan empayarnya,banyaklah hati-hati yang bertanya,apakah kekuatan sebenar mereka? Terkejut dan terujalah orang melayu bila sampai Haramain disambut oleh orang melayu juga. Dari airport,hotel,makan,ziarah,kenduri,semua orang melayu yang handle. Makcik pakcik yang sakit lutut tak larat jalan pun ada orang melayu yang akan tolong tolak wheelchair mereka. Nak harap bangla india yang menolak,memang ketakutanlah. Sebelum tolak minta 300,tengah tawaf mintak tambah,dah patah balik hotel dah jadi seribu. Mana tak takut?

Kian terasalah dihati mereka bahawa benarlah Haramain ini sebenarnya ialah kampung kita. Bukankah disini ialah kampung Nabi kita? Kampung Nabi kita bermakna ia juga adalah kampung kita. Indahnya bila dapat jadikan Haramain ini macam kita yang punya.

Namun keindahan yang didapatkan ini bukanlah datang bergolek-golek seperti hero heroin cerita hindustan ye. Kesenangan yang sedang dikecapi dan dikongsi bersama oleh orang-orang melayu ini sesungguhnya didapatkan dengan airmata. Airmata dimalam hari kepada Tuhan mengharap diberi perlindungan dan dijayakan projek yang dibangun atas nama islam ini. Maka Tuhan benar menunaikan janji bila si hamba menyerah sepenuh keyakinan kepadaNya,nescaya tidak akan disia-siakan.

Kita bukan millionaire,jauh lagi billionaire. Kekayaan yang dilihat itu memang benar-benar dipakaikan atas nama islam,sedangkan individu yang menjayakannya dilatih untuk mengambil dunia hanya sekadarnya sahaja. Selebihnya dikorbankan untuk kepentingan islam yang sangat memerlukan. Kalau bukan untuk Tuhan,tidaklah sanggup kampung halaman,keluarga juga harta ditinggalkan. Menjadikan negara orang seperti negara sendiri bukanlah sesuatu keputusan yang mudah dilakukan. Lebih-lebih lagi dinegara yang penuh dengan manusia yang kelaparan!

Sungguh Tuhan sedang menunjukkan kuasaNya terhadap sebuah bangsa yang kecil,hidung pesek,tak reti bergaduh,suara rendah,tak reti tolak orang waktu tawaf,kalau kena tipu tak reti tuntut hak! Pembelaan sebesarnya sedang berlaku oleh Tuhan. Hingga bangsa arab yang melihat projek perkampungan Rasulullah di Chalet Nur Mohd berkata,seribu tahun lagipun kami tidak akan mampu berfikir untuk melakukan hal yang sedang kamu lakukan ini! Angkat tanganlah para korporat yang singgah melihatkan projek besar oleh orang melayu islam,di Mekah ini. Betapalah kita sama sekali tidak merasakan ianya ialah hasil titik peluh kita,sebaliknya Tuhanlah yang telah melakukan semuanya.

Dengan apa hendak kita bayar semua ini wahai orang melayu? Cukupkah dengan hanya mengagumi kejadian besar ini? Menjadikan hidup tanpa ada kepentingan selain terhadap Tuhan,itulah bayarannya..

Geng usop wilca!
Pakai purdah tu sebab nak elak panas je..ish!

 

 

 

Solat lalai itu kejam!!

Pertamanya diucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi di Sabah baru-baru ini. Memang mengejutkan bila negara Malaysia yang cukp dikenali dengan tahap keamanannya yang tinggi kini terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini. Mana nak sangka,semuanya tiba-tiba. Sungguh Malaysia bukan Malaysia lagi. Moga ianya satu petanda bahawa Malaysia akan jadi islam sepenuhnya tidak lama lagi.

Namun sebesar apapun masalah yang sedang menimpa negara tercinta,aku sebenarnya sedang menghadapi masalah yang lebih besar lagi. Masalah yang cukup mengganggu hati dan fikiran. Masalahnya ialah kerana belum dapat rasa khusyuk didalam sembahyang.

Aku sendiri hairan,mengapa konsep membalas budi,menghormati dan membesarkan orang yang cukup berjasa itu sangat mudah,logik dan auomatik kita boleh applykan kepada manusia,tapi tidak kepada Tuhan? Walhal semua tahu betapa Tuhan itulah segala-galanya bagi kita. Namun sepertinya,mengetahui akan keagungan Tuhan itu belum cukup untuk kita sampai mampu menyerah seluruh jiwa raga kita kepadaNya terutama didalam sembahyang. Kenapa jadi macamtu ye?

Aku sedih..sedih sangat. Sebab aku baru tahu bahawa solat dalam keadaan lalai itu rupanya ialah satu kekejaman yang cukup besar kita lakukan terhadap Tuhan. Aku selama ni tak rasa salah pun bila sembahyang tak khusyuk. Malah aku hairan bila Abuya dalam sajak-sajaknya selalu menyatakan rasa susah hati bila selesai mengerjakan solat. Sedangkan aku kalau dah sembahyang tu memang akan legalah. Lega dah sembahyang...

Jenuh aku mencari logiknya akan hal ini. Akal aku ligat kesana kemari. Bayangkan..kita didalam majlis diraja. Sedang raja sibuk bertitah didepan,kita pula sakan bersembang dibelakang. Siap gelak ketawa lagi. Tak kurang hajar ke? Aku pernah direzkikan masuk ke istana,diundang untuk santapan tengahari. Makan semeja dengan Agong dan Permaisuri. Tuhan je tahu betapa kecutnya aku waktu tu. Nak makan pun serba salah. Pakai sudu ke,garpu ke,sudu kecik ke. Nak makan mana dulu? Nasi ke lauk? Takut bising bunyi sudu kena pinggan. Serba tak kena. Lepastu pulak dijemput nasyid. Dahlah sorang,nasyid tu pula dimeja makan tu jugak. Yaallahhh.. Tegang gila perasaan waktu tu. Aduii..

Tapi sayang..mana pernah aku rasa macamtu pun bila berdepan dengan Tuhan. Sembahyang boleh mengantuk lagi. Dalam sembahyang boleh buat macam-macam. Boleh pergi jalan-jalan,lepastu masak,lepastu berangan,lepastu boleh nak tergelak,sedar-sedar je dah bagi salam. Oh Tuhan..kenapa macamni sekali jadinya aku ni? Boleh ke aku maafkan diri aku atas kejahatan terbesar ini? Lebih-lebih lagi apakah kau sudi ampunkan aku atas maksiat yang aku lakukan 5kali sehari secara berulang-ulang kali pada setiap hari ini?

Aku rasa sedih sangat bila ada orang tak hargai perasaan aku. Terasa macam kejamnya orang tu. Tapi aku sendiri? Tak kejam ke? Tak cukup zalim ke? Tuhann.. Atas dosa sebesar ini,aku sepatutnya layak untuk dizalimi sepanjang hidupku. Tapi engkau tak pun lakukan itu. Elok saja kau layan aku,bagi aku itu ini,aku teringin apa semua kau bagi,aku sedih kau pujuk,aku menangis kau hiburkan. Yaallahh..

Tuhan..aku tak tau nak cakap apa lagi.. Maafkan aku Tuhan.. Sembahyangku selalu saja dapat kat setan. Tak pernah ku beri sebaiknya untukMu. Aku tak nampak pun setiap solatku yang akan dicampak kembali ke mukaku. Maka neraka weil lah untuk aku yang lalai dalam sembahyang..