Skip to main content

Ustaz vs Olah

Aku ceritakan kisah ini bukanlah berniat untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar sebagai satu renungan untuk kita bersama.

Baru-baru ni sorang kawan datang umrah,dia kontek aku. Lama betul tak jumpa. Padahal dulu aku selalu tidur baring kat rumah dia. Kenal baik dengan keluarga dia. Alhamdulillah..Tuhan pertemukan di tanah haram ni.

Jadi bila dapat tau yang dia ni datang, Ummu pun jemputlah seisi keluarga untuk bertandang ke rumah untuk sarapan ke,makan tengahari atau makan malam. Tergantung jadual merekalah. Turut diundang ialah ketua rombongan mereka yang merupakan seorang Ustaz yang juga telah menikah dengan salah seorang ahli keluarga jauh mereka.

Bila hari yang ditetapkan,aku pun pergilah ke hotel untuk menjemput tetamu. Sampai je kat hotel,aku tengok Ustaz ketua rombongan tu ada depan pintu bilik kawan aku ni. Lalu berlakulah dialog seperti dibawah:-

Kawan: Ni olah..yang pernah dulu jumpa.. (aku pernah jumpa Ustaz ni,tapi sekali lalu jelah) mak dia ajak kerumah. Jadi pagi ni nak bawak keluarga kerumah dia.

Olah: (senyum simpul dengan manis sekali)

Ustaz: Minta maaf ya.. Kami kesini nak ibadah. Bukan nak buat urusan dunia. Tadi saya dah sampaikan ke semua jemaah umrah untuk fokus ibadah. Jangan jalan-jalan urusan dunia.

Olah: (senyum lagi tapi nak tergelak)

Kawan: Bukan nak jalan-jalan..tapi mak dia nak ajak kerumah sebab sebelum ni Olah lama dirumah saya. Lagipun hari ni je yang mak dia free. Esok ada program teleconference..

Ustaz: Apa? Hal bisnes? Urusan dunia? (Terus baca ayat quran tentang syiar islam,syariat dan lain-lain. Aku lupa ayat dia) Kita ni orang islam syariat nombor satu ye. Saya kesini untuk ibadah bukan untuk sibuk dengan dunia (banyak kali ulang ayat ni) Lagipun keluarga mereka ni pesan pada saya untuk pastikan mereka ni beribadah disini.

Olah: (senyum makin lebar walaupun dalam hati dah macam-macam. Nak menjawab,tapi kawal je sebab depan aku ni orang tua)

Ustaz: Saya semalam jumpa dengan menteri besar. Ada tanya-tanya juga. Saya lepasan Jordan. Ramai juga yang datang berguru dengan saya dari macam-macam tempat.

Olah: (keliru kenapa tetiba masuk bab ni. Tanya apa? Berguru apa?)

Kawan: Mak dia jemput ustaz sekali (kawan ni memang toye je. Hehe.. )

Ustaz: Saya dah sampaikan tadi yang saya nak ibadah. Saya ada juga keluarga disini tapi saya tak jumpa pun mereka sebab saya nak fokus ibadah!! (Dengan nada sedikit geram sebab kami macam tak faham bahasa)

Lepastu Ustaz tu pun pergi. Jenuh aku tahan supaya tak tergelak. Aku bukanlah nak gelakkan dia,tapi aku tak sangkalah jadi macamni sekali. Dia bukan kenal aku pun,tiba-tiba nak serang macamtu kan. Nasib baiklah waktu tu Tuhan tak masukkan perasaan marah dalam hati. Malah rasa yang paling kuat waktu tu ialah rasa nak gelak dan rasa kesian. Kesian kat Ustaz ni. Kerana ahli agama yang macamnilah islam tak membangun. Ibadah tu ialah seluruh kehidupan kita. Bukan kat masjid je. Dia bukan tak tau yang ada antara jemaah umrah tu selama ni bukannya sembahyang pun. Syariat pun terabai. Macamana dia fikir untuk mengajak orang kepada Tuhan dan islam dengan cara suruh fokus ibadah dimasjid je? Aduii.. Jumudnya lah haii..

Esoknya dia jumpa kawan aku tu kat meja makan waktu sarapan,dia cakap " kena cek balik akidah mereka tu..saya dah tanya JAKIM,depa tu memang sesat. Saya tak benci depa sebab saya tak kenal pun depa,tapi seeloknya cek lagilah akidah mereka tu "

Oh..pasai sesatlah ni. Tu yang semacam je. Kalaulah ada peluang,teringin saya nak tanya. Yang tak sesat tu macam Ustaz ke? Yang jenis duduk masjid sahaja. Kalau ibadah tu hanya dimasjid,jadi macamana pula dengan kehidupan harian? Berkeluarga,beranak pinak..semua tu kan ibadah? Nak kena buat dalam masjid jugak ke?

Aku tak marah dia serang aku macamtu. Cuma aku kesal sangat sebab dia tu Ustaz. Kata-katanya didengari. Jemaah umrah yang datang bersamanya tu pastilah akan mencontohi islam dari dia. Bila aku tanya apa je jadual sepanjang di Mekah? Depa cerita,pergi masjid,balik hotel makan dan tidur. Kuliah,panduan,pengisian memang takde. Kawan aku tu cerita lagi,lepas Ustaz tu tegur dia depan orang tentang sesat tu,seharian keluarga dia tak tegur dia. Sebab keluarga dia macam takutlah dengan Ustaz ni. Keluarga dia bukanlah faham sangat bab-bab ni. Tapi sebab Ustaz tu ketua rombongan. Pada depa,mestilah Ustaz ni lebih alim.

Tak ke semua tu boleh menimbulkan perpecahan? Kita ni bukan ramai mana.. Kalau yang sikit ni pun nak dipecah belahkan,tak kesian ke dengan islam? Terang-terang dia cakap yang dia tak kenal pun kami. Dalam tak kenal tu pun dia boleh buat tindakan macamtu. Hmm.. Patutlah Abuya kata susah nak berkawan dengan ahli agama ni. Sebab semua rasa diri baik dan tak boleh melihat kebenaran itu berlaku ditangan orang lain!

Yang bertambah lucunya,pakej umrah yang Ustaz ni bawak akan ke Jeddah untuk shopping dan juga jalan-jalan di Dubai. Haii..itu urusan akhirat Ustaz ye?

Ampun maaf..

Comments

Unknown said…
Kisah ini sangat memberi pengajaran kepada semua orang di dunia,

Orang yang takbur dan menfitnah sembarangan akan memecah-belahkan jemaah umrahnya sendiri,

Islam tidak nampak gah,Islam jadi terhina dengan sikap dan tindakan yang salah,

Pentingnya suluh diri,rasa hamba/merendah diri dan bermursyid, agar hidup kita semua dalam panduan dan mendapat keselamatan di dunia dan akhirat, Amin....
Zack07 said…
Hehehehe... Doakan ust ni... Sian die dpt ilmu agama sekular... Sangka baik die nak abiskan umrah cepat2 sbb nak shopping ke dubai... Sangke baik ^_^
Anonymous said…
Tuhan..Islmkanlah hati ust tu..
Sebenarnya kita terutama saya lah klu x dididik,mcmni jugalah yg kita faham..
zaini said…
Bagus ceritanya..doakan ustaz itu,ya..juga kawan yang toye tu..hehehe..
Puteri Olis said…
terbaik kak olah....
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Penuh pengajaran…dan ilmu…
Unknown said…
Cerita yang patut di kongsi…
sunflower said…
Perkongsian yg bermakna sangat! Terima kasih Ibu Khaulah..
pakda06 said…
ibadah baginya sekadar ritual.agama tu waktu kt mekah madinah.kuar tanah haram dah habih ibadahnya.ksiann.
Sha said…
membaca sambil senyum...

yg baik itu dari Allah, yang kurang baik itu dari diri kita sendiri

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...