Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Ramadhanku

Ramadhan. Berpuluh tahun sudah Allah rezkikan aku menghadapi Ramadhan. Nikmat yang cukup besar. Tak terbilang. Lebih lagi tidak setimpal dengan apa yang sering aku persembahkan.

Ramadhan kali ni sekali lagi aku menyambutnya jauh dari tanah air. Bukan hal yang tak biasa sejak tahun-tahun kebelakangan. Hal yang luar biasalah jika dapat berpuasa di Malaysia tercinta. Berada jauh di tanah inggeris,berpuasa untuk 19jam benar-benar memberi warna yang berbeza disudut rasa. Warna yang terlahir dek suasana lahir juga warna yang tercorak oleh suasana batin. 
Oh Tuhan.. Acapkali Ramadhan disambut dengan amukan perasaan yang bercampur baur dan saling berlawan. Berlaku juga ujian-ujian besar dalam hidup di bulan suluk agung ini. Diatas semua itu,hal yang paling ditakuti ialah bilamana hati menyedari bahawa kejahatan selama ini nafsu lah puncanya memandangkan syaitan diikat kuat dineraka namun maksiat tetap berlaku jua. 
Dapatkah sebulan penuh berkat ini memadam dosa sekian tahun lamanya? Mampukah …