Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Menangislah!

Kali terakhir bawak kereta manual dengan jayanya ialah disaat ujian JPJ dan berjaya mendapatkan lesen! Setelah itu teruslah katakan tidak pada kereta manual yang meletihkan lagi mendebarkan. Sudahlah bawak yang auto pun sesekali debaran tetap ada,inikan pula terpaksa berfikir nak tekan minyak dulu atau nak angkat klash (ok ejaan) dulu atau tarik handbreak sepanjang waktu memandu. Tapi bila keadaan memaksa,maka kereta manual itu kembali (terpaksa) ku gagahi. Berdoa sehari sebelum,menjampi kunci kereta dan macam-macam upacara lagi yang dilakukan untuk memastikan pemanduan berjalan lancar. Harini cuba lagi setelah percubaan haritu terberhenti dua kali terima kasih sebab klash (ejaan lagi) tinggi kena tekan minyak banyak-banyak rasa nak lari!! Alhamdulillah harini Allah izinkan lancar. Pemangkin untuk terus menjadi driver kereta manual insyallah.. Itulah aku dari dulu. Sering memilih jalan mudah untuk berjaya. Dari kecik begitu! Bila masuk kelas sekali dengan budak-budak pandai ma

7 benua

Ada 7 benua Kita dimana-mana Disalah satu darinya Membawa cita-cita yang sama Memohon doa yang serupa Bersama aliran air mata Jauhnya merentasi benua Meninggalkan segala yang ada Menepis semua lintasan dijiwa Kerana percaya Tuhan bersama Walau kemana langkah dibawa Tinggal 1 benua yang belum diteroka Moga direzkikan akhirnya kesana Namun ada 'benua' yang sedang menanti kita Siapkah kita dengan bekal sebanyaknya? Walau dibarat,timur,selatan dan utara Kita tiada modal apa-apa Sekolah pun main-main saja Kerana itu jangan pernah lupa Panggil tanpa henti yang maha kuasa Serta semua yang bersamaNya Benuaku malam,benuamu siang Walau jauh sering terbayang Berpisah ini itulah sayang Dalam doa semuanya dikenang -11.32pm- ( Untuk semua yang sedang melalui 7.32am Juga buat 10.32am Tak lupa untuk 12.32am dan semuanya ) Selamat berjuang