Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Kembara Paris - Samara part 2

Sabtu - 28 September 2019 Aku terjaga bila motor home kami membelok untuk parkir. Tak sedar betapa nyenyaknya tidur walaupun hanya di atas kerusi motor home yang tempat sandarnya tegak macam seat Air Asia. “Jom! Kita solat subuh kt sini,” aku tak pasti siapa yang bersuara dari luar tingkap. Cik Ita dan Tsuwaibah pun nampaknya dah bangun. Mereka tidur berdua di atas katil di belah belakang motor home. Rupanya kami dah sampai di bandar Hannover yang jaraknya sekitar 800km dari Paris. Kami capai segala perlengkapan dan segera turun dari motor home. Mana masjidnya? Gelap. Sejuk. Sunyi. “Olah kat masjid ni ada dapur. Kalau boleh minta izin boleh masak kat sini.” Mesej dari Cik Baya masuk ke hp ku. Cik Baya yang menaiki kenderaan lain sudah mendahului kami masuk ke tempat solat. “Kami tak jumpa pintu masuk,” balasku. Tak lama kemudian Cik Baya keluar dari pintu dan kami ikut masuk ke dalam Pakistan Zentrum (center). Jerman merupakan negara kedua paling ramai orang Islam di Eropah.

Kembara Paris - Samara part 1

Jumaat - 27 September 2019 Angin musim luruh sesekali terasa sejuk menusuk tulang. Belum begitu dingin, tapi untuk mereka yang sudah terbiasa dengan cuaca panas lembap di Malaysia, agak terasa sejuk juga.  Hari ini akan bermula lagi kembara atau xpdc yang sudah menjadi program bagi GISBH di setiap beberapa bulan sekali. Musafir ini da’bus solihin. Resam orang-orang soleh. Pada kali ini, kembara silaturrahim ini akan bermula dari Paris, melewati Berlin, akan singgah di Warsaw, kemudiannya ke Riga, masuk ke Moscow dan terus ke Samara bagi mengikuti ekspo halal yang akan berlangsung pada 3 - 5 Oktober depan.  Luar biasanya kerana pada kali ini ianya dilancarkan serentak. Tuan Nasir selaku orang yang merancang dan menyusun xpdc ini telah mengatur semuanya dengan rapi. Ada team yang sedang mengikuti ekspo halal di Sarajevo, ada juga team yang terus terbang ke Moscow dari KL bagi persiapan awal. Manakala kami pula ialah team yang akan melalui jalan darat dari Paris ke Samara,